25 August 2008

Senyum dan Tangis

Sebagaimana insan biasa , baginda Rasulullah SAW juga bergurau dan mengalami suka-duka dalam kehidupan. Namun sebagai insan sempurna, baginda mempunyai perasaan kasih sayang yang mendalam, dapat menangis tapi juga boleh berjenaka.

Rasululullah SAW mempunyai budi pekerti yang riang dan menyenangkan, sebagaimana sabdanya yang bermaksud: Andai kamu bertemu seorang teman dengan wajah tersenyum, itu juga adalah suatu ibadat.

Percakapannya yang menarik dan riang gembira lazimnya menyegarkan orang-orang sekelilingnya, tanpa hilang keseimbangan dan kesederhanaan. Senda guraunya yang lembut, tidak berlaku sebarang pertentangan dengan kebenaran. Tidak pula menyinggung dan tidak mencetuskan ketawa terbahak-bahak.Tertawa baginda adalah senyumannya yang lembut, sekadar nampak giginya sahaja.

Abu Hurairah RA pernah bertanya penuh hairan: Adakah tuan berjenaka juga dengan kami?Baginda menjawab : Ya , aku tidak pernah menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan kebenaran.

Bagaimanapun sebagai insan mulia, Rasulullah SAW kerap menangis dan menitiskan airmata. Baginda pernah menyebut kepada Ummu Aiman : Mencucurkan airmata itu suatu perasaan yang datang dari rahmat Allah.

(rujuk buku Senyum & Tangis Rasulullah SAW )

p/s Sewaktu teman-teman menziarahi Mohd Noor Yaacob yang baru seminggu menjalani 'chemotherapy', beliau seperti biasa ramah melayan tetamunya. Walaupun dalam katanya : "..saya sedang melalui apa yang tidak pernah saya lalui sebelum ini..."

Semoga sahabat kita ini terus tabah menghadapi ujian Allah. Sesungguhnya Dia maha mengetahui tahap keimanan hambaNya lalu Dia menguji mengikut kadar kemampuan itu. "Layukallifullahu nafsan illa wus'ahaa..." Dan, sesungguhnya para Nabi dan Rasul adalah orang-orang yang paling hebat menerima ujian dariNya. Semuanya adalah kerana Dia Ar-Rahman dan Ar-Rahiim.

Kita semua sentiasa mendoakan agar Mohd Noor dan juga Ali Osali cepat sembuh.

Wassalam
FarahDina