22 January 2011

Kematian Satu penantian

">

Allah swt menyatakan dalam al-Qur'an yang bermaksud:
“Jikalau Allah menghukum manusia kerana kezalimannya, niscaya tidak akan ditinggalkanNya di muka bumi sesuatu pun dari makhluk yang melata, tetapi Allah menangguhkan mereka sampai waktu yang ditentukan. Maka apabila tiba waktu (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak pula mendahulukannya” surah An Nahl ayat 61.
Kematian pasti datang , persoalan bila dan ketika mana sering menjadi tandatanya. Justeru mengingati kematian amat digalakkan dalam ajaran Islam. Terlalu banyak ayat yang menyentuh antara persoalan kehidupan dan kematian. Malahan doa yang dipohon pun menyatakan supaya dimatikan dalam keadaan husnul khatimah.
Mati bukanlah penamat kepada kehidupan, tetapi ianya ibarat hijab yang memisahkan antara dua ’alam – ’alam nyata dan ’alam barzakh. Ataupun kita boleh renungkan begini, kematian amat hampir dengan kita, ibarat sekadar meyelak tabir di depan kita sahaja!
Justeru, kejayaan mukmin adalah pada nilai hidup dan matinya. Bagaimana mukmin menjalani kehidupan, yang pastinya berbeza dengan kehidupan orang bukan Islam, itulah yang akan memberi kesan langsung kepada kematiannya.
Detik-detik kematian mukmin juga seharusnya lebih mulia dan penuh rahmat, berbeza kematian mereka yang durhaka dan durjana. Sepatutnya kematian sampai ketika itu orang mukmin dalam ketaatan kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali ’Imran ayat 102
”Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwa lah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan muslim”
Peringatan ini terus diulang setiap hari jumaat ketika khutbah jumaat disampaikan, namun apakah nyawa seseorang itu akan dicabut dalam keadaan seseorang itu berada dalam ketaatan kepada Allah. Masih ramai yang alpa dan lalai dengan terus melakukan maksiat dan kemungkaran. Malaikat tidak menunggu bila sudah sampai masa dan ketika nyawa seseorang itu dicabut, yang penting kita semestinya berusaha untuk terus membaiki amalan dan bertaubat kepada Allah swt.
Minggu ini wakman tiga hari berturut (Hari rabu, khamis dan Jumaat) sempat menziarahi kematian, dari orang biasa hinggalah orang agak ternama. Kematian yang memisahkan nyawa dengan jasad, terpisah segala-galanya, anak, suami, isteri, rumah, pangkat dll. Semuga Allah mencucuri rahmat dan Ehsan keatas roh mereka yang telah mendahului kita semua.
Akhirnya doa kejayaan dan keselamatan untuk rakan-rakan seperjuangan dimana jua berada. Kukuhkan perpaduan dan ukhuwah. Wadah genkik77 dimantapkan dan dijelmakan dalam menjana modal insan gemilang.
Salam mulia dari wakman.

16 January 2011

Santapan Pagi Minggu

Assalamu'alaikum wbt. Rasanya suasana tinggal di kampong lebih selesa dan menenangkan, namun bagi mereka sudah biasa tinggal di bandar pun lebih selesa dan menarik. Suasana redup dan nyaman di pagi hari diselangselikan dengan kokokan ayam serta bunyi siulan burung tetap mencuit hati seseorang. Lebih indah dan menarik jika

di sudut pandangan dari tingkap terpapar permaidani sawah padi menghijau.Pasti mengasyikkan. Hari ini kehidupan di kampong mahupun di bandar menghadapi cabaran yang sama. Isu pemasalahan sosial, keruntuhan akhlak, pengabaian tuntutan Syariat, dan lain-lain. Semuanya memerlukan suatu tindakan dakwah yang pastinya rakan-rakan menganggap itu tugas kumpulan dakwah atau individu tertentu sahaja. Apakah sumbangan mereka yang telah dididik , di asuh dalam naungan bumbung kik. Justeru itu semua terpanggil untuk mengatur langkah dan strategi berdasarkan methodologi, uslub al dakwah yang merujuk kepada Tarbiyah Islamiah.

Salam Persahabatan,
wakman.

15 January 2011

liqa' bamboo river 2

liqa' bamboo river 2010

mesy

cOrEtAn aWal tAhUn 2011

Assalamu'alaikum wbt.

Didoakan semua rakan-rakan beroleh kesejahteraan dan ketenangan dalam meneruskan kehidupan di awal tahun 2011. Selamat menyambut tahun baru 2011 dan tahun hijrah 1431 juga telah berlalu digantikan tahun hijrah 1432H. Begitu pantas masa berlalu. Genkik77 juga sudah berusia remaja. Semakin mesra dan terlibur dengan gelagat keremajaan rakan-rakan yang dahulunya terlalu kerdil mengenal erti sebuah kehidupan.
Hasil usaha jerih perit para muallim mengasuh , mendidik dan membimbing hari ini rakan-rakan telah menjadi insan Soleh menyambung usaha perjuangan para guru dan murabbi. Ada di ladang, di gedung besar dan kecil, di Mahkamah, Jabatan kerajaan atau swasta, ramai yang menjadi para pendidik.
Tahun 2010 berlalu dengan berbagai kenangan dan peristiwa samada dalam diri keluarga mahupun dalam ikatan Genkik77. Mereka yang mendahului kita pun sudah boleh dikira angkanya. Al Fatihah untuk sahabat-sahabat kita. Azizian, arif, md noor, esah, mokhtar, abdullah dll. Semuga roh mereka dirahmati dan ditempatkan bersama pasa solihin wa suhadak.
Tempoh rakan-rakan berada di KIK tahun 1976-1977 dan wakman sambung ditahun 1978-1979 mengajar erti kehidupan dan apabila genkik77 dimeterai dalam jaringan ukhuwah persahabatan semakin berertinya kehadiran semua di kik yang mana kita solat Jumaat dan waktu di Masjid Sultan Sulaiman, Kampong Jawa, Kelang, Selangor.

Blog Alumni Tingkatan 7 KIK 1977 semakin layu sejak kehadiran maya FB dan email group namun medium inilah yang memulakan pertemuan genkik77. Bacalah tulisan-tulisan awal pertemuan rakan-rakan. Lantaran itulah Wakman terpanggil untuk terus mencoret sedikit tulisan yang mungkin tiada erti dan makna.

Liqa Nasional 2011 telah dirancang dan diharapkan ianya menjadi medan baru untuk rakan-rakan merangka dan menyusun semula genkik77 sebagai satu organisasi membangun Ummah. Ramai tokoh dan pemikir dalam genkik yang mampu digembeling dan di adun bagi menyemarakan lagi konsep Persaudraan Sejagat. Masih ramai teman-teman yang belum dapat dikesan dan belum disentuh hati dan jiwanya untuk bersama-sama ikatan ini. Usaha ziarah dan menjenguk juga perlu dilakukan.

Rakan-rakan yang dikasihi.
Kesempatan ini juga wakman ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan mendoakan kesehatan dan kesejahteraan kepada semua guru-guru KIK yang telah mendidik kita semua dan kini menyokong ikatan ini,bersama dan aktif membantu genkik77. Mudah-mudahan ikatan ini akan terus bertenaga dan berwawasan yang memacu dan menyemarakan tugas DAie dan Musleh di bumi bertuah.

salam persahabatan,
Salam sukses untuk semua.

Wakman
kik5sas2 1976-1977

Tahun 2011

Assalamu'alaikum wbt.

Didoakan semua rakan-rakan beroleh kesejahteraan dan ketenangan dalam meneruskan kehidupan di awal tahun 2011. Selamat menyambut tahun baru 2011 dan tahun hijrah 1431 juga telah berlalu digantikan tahun hijrah 1432H. Begitu pantas masa berlalu. Genkik77 juga sudah berusia remaja. Semakin mesra dan terlibur dengan gelagat keremajaan rakan-rakan yang dahulunya terlalu kerdil mengenal erti sebuah kehidupan.
Hasil usaha jerih perit para muallim mengasuh , mendidik dan membimbing hari ini rakan-rakan telah menjadi insan Soleh menyambung usaha perjuangan para guru dan murabbi. Ada di ladang, di gedung besar dan kecil, di Mahkamah, Jabatan kerajaan atau swasta, ramai yang menjadi para pendidik.
Tahun 2010 berlalu dengan berbagai kenangan dan peristiwa samada dalam diri keluarga mahupun dalam ikatan Genkik77. Mereka yang mendahului kita pun sudah boleh dikira angkanya. Al Fatihah untuk sahabat-sahabat kita. Azizian, arif, md noor, esah, mokhtar, abdullah dll. Semuga roh mereka dirahmati dan ditempatkan bersama pasa solihin wa suhadak.
Tempoh rakan-rakan berada di KIK tahun 1976-1977 dan wakman sambung dimtahun 1978-1979 mengajar erti kehidupan dan apabila genkik77 dimeterai dalam jaringan ukhuwah persahabatan semakin berertinya kehadiran semua di kik yang mana kita solat Jumaat dan waktu di Masjid Sultan Sulaiman, Kampong Jawa, Kelang, Selangor.

Blog Alumni Tingkatan 7 KIK 1977 semakin lagu sejak kehadiran maya FB dan email group namun medium inilah yang memulakan pertemuan genkik77. Bacalah tulisan-tulisan awal pertemuan rakan-rakan. Lantaran itulah Wakman terpanggil untuk terus mencoret sedikit tulisan yang mungkin tiada erti dan makna.

Liqa Nasional 2011 telah dirancang dan diharapkan ianya menjadi medan baru untuk rakan-rakan merangka dan menyusun semula genkik77 sebagai satu organisasi membangun Ummah. Ramai tokoh dan pemikir dalam genkik yang mampu digembeling dan di adun bagi menyemarakan lagi konsep Persaudraan Sejagat. Masih ada teman-teman yang belum dikesan dan belum disentuh hati dn jiwanya untuk bersama-sama ikatan ini. Usaha ziarah dan menjenguk juga perlu dilakukan.