Makluman Kenduri Esok 12/4
Muhabbad minta saya maklumkan tentang aturcara besok:
3.00 pm hadir (ajk dtg awal ) sembang/makan makan ala hi tea.
5.30pm nasyid kaum ibu bapak gen 77(jika tak ada ketuk dolah)
6.45pm tahlil /solat maghrb/ ceramah dato a hasan din
8.30pm dinner
9.00pm acara kemuncak .....
Pakaian baju melayu
11 April 2008
Rehat & Santai
Sudah agak lama rasanya tak berbual dengan sesiapa di tempat kerja. Petang semalam saya berbual dengan Azizon rakan sekerja junior KIK di ruang tamu di pejabat saya. Kami sama2 ketawa dengan ceritanya tentang ’kepuasan memiliki’ . Ada orang suka membeli belah, kemudian barang2 yang dibeli bila dibawa balik ke rumah disimpan tidak digunakan. Azizon bercerita; sewaktu di kedai suaminya bertanya ”nak beli ke penyangkut tuala ni, boleh pasang kat bilik air?” Dia memberi pandangannya (kata dua :) ) : ”Kalau rasa nak balik terus buka dan pasang , ok lah beli . Tapi kalau rasa nak balik simpan ja kat rumah, tak payahlah susah2 beli.” Kami terhibur dengan cerita2 di sekitar tajuk ’kepuasan memiliki.’
Saya memberitahu Azizon rasanya saya juga ada ’keistimewaan’ ini. Kadang2 bila mengemas rumah saya terjumpa dalam beg plastik benda2 yang saya beli entah sejak bila. Ada fail plastik, buku, kain yang nak dibuat baju dll. Ada masanya saya kelam kabut mencari bila teringat ada sesuatu yang saya beli tapi tak nampak2 di mana duduknya.Bila dah jumpa; ”Oh kat sini, tak palah, lain kalilah ambik.” Akhirnya betapalah benda tu di situ untuk beberapa lama pulak...
Kenapa adanya sifat2 ’istimewa’ ini pada seseorang? Saya dan Azizon mencari jawapan hingga kepada kisah dan tabiat aruah ibu dan nenek kami. Azizon seorang yang ’simple’ dan ’practical’, saya tahu dia tidak ada keistimewaan ’kepuasan memiliki’. Dan saya menemui jawapannya….
Apakah yang harus dilakukan sekiranya menyedari bahawa kita tidak seharusnya hanya mempunyai ’kepuasan memiliki” ? Pandai2 saya dan pandai2 anda lah ;) .
P/s Al-Razzaq: Maha Pemberi Rezeki . Dia menghamparkan bumi dan membentangkan langit dan segala isinya. Dia mengurniakan rezeki yang melengkapkan hidup kita. Namun kadang2 kita tidak menyedari dan sering merasakan kita disempitkan. Sewajarnya hamba yang meyakini al-Razzaq mestilah sentiasa bersyukur dan memanfaatkan setiap rezeki yang diperolehi.
Wassalam
FarahDina

Subscribe to:
Posts (Atom)