16 February 2008

Di Bumi Waqafan - 16.02.08

Antara orang kuat alkis, Abd Aziz Abdul = spm76

Kak Ani Mohamad pun tidak lepas can utk datang!



Dok makan pun wakil gen77 diapit oleh adik normawati & abe ajis. "Jangan jeles pulak ...!"



Khas utk Mawi: Cuba teka, siapa ni? Dia kenal enta...





"Berkongsi sms. Antara kami tiada apa2 rahsia."Tengok nih, cun punya mesej!"



Kami serupa, sebelah di bawah, sebelah di atas.





Antara gen lain yang hadir,


Hjh Nik Samihah Bt Nik Mohd Mohyidden (Pengetua SMAKL) bersama teman.







WAKIL GEN77 D MESY. AGUNG ALKIS, 16 FEB 08



Assalamualaikom teman2

Hari ini ana dan kak ani, hanya duanya kami sahaja yang secara tak resmi menjadi wakil bagi gen77kik ke mesyuarat agung tahunan di dewan besar, kisas. Jumlah kedatangan tak banyak mana sangat pun. Rasanya kalau dibandingkan dengan jumlah bekas2 murid kolej islam, mungkin tak sampai 2 peratus pun!!! Tak sampai seratus orang! Gen77 ni kigha o.k la tu, ada jugak wakilnya. Gen2 yg lain ada yang tak dak wakil langsung. Ini satu lagi kes "Pelik Tetapi Benar".

Buat kak ani, terima kasih laa bebanyak. Walaupun terpaksa menahan kesakitan disebabkan kecederaan yang dialami sebelum datang ke mesyuarat! Kesabaran kak ani menanggung keperitan yang agak pedih itu sudah cukup menunjukkan betapa kak ani seorang yang berjiwa kental dan berhati keghaih! Tahniah sekali lagi kak ani ooii. Nampaknya bukan saja Bang Chin, Nasir Lok, Zubir, Ammar & geng saja yang memiliki sifat2 terpuji seperti ini, tetapi kak ani juga tidak kurang hebat dari sdr2 kita tu.

Memang betoi kak ani yang nampak ana dulu. Tapi bila terpandang kak ani dalam keadaan begitu, ana terkejut! Entah pasai apa pun tak tau. Jadi, ana pun buat2 tak nampak bila kak ani mai dekat. Nak tegur takut terperanjat pulak orang dalam majlis. Maklumlah yang datang pun tak ghamai sangat, ada beghapa keghat saja. Depa semua dok tengok kat kita masa tu.

+ Kak ani, biar kita saja yang tahuuuuu. Caiyaaa lah!

Semoga kecedaraan dan keperitan yang kak ani alami itu akan cepat sembuh, dan esok jangan lupa kita serang rumah abe mustapha pulok!

+ Mus, mu keno maghi esok ghumoh abe mu Ajis hok kheje kaste tu. Waktu ambush tepat je 12.29.59 tengahari!

- abdullah hj hassan

KITA & ORANG LAIN

Assalamu'alaikum wbt.

Hari ni nak ceghita sikit pasai mak menakan Puat....Nama dia Faridah bt Hj Yahya. Tahun 76 & 77 dia di Sastra 4. Seperti yang pernah Che Pah sebut; Che Latifah, Hajjah Siti Sarah, Faridah dan saya sahaja pelajar perempuan dari Kedah ketika mendaftar di tingkatan 4 1976. Faridah dan Hajjah tinggal di asrama F, bangunan kayu istana lama tu. Kebetulan pula kelas berbeza, jadi kami tidak berapa rapat. Namun bila nak balik kampung kami berempat sentiasa bersama, malah kita semua sentiasa bersama-sama dalam kumpulan waktu ni. Yang balik ke utara berderet pergi sembahyang di Masjid Negara sebelum naik keretapi. Begitu juga yang balik ke tempat lain.

Saya rapat dengan Faridah setelah emak saya meninggal, waktu tu tengah trial STP. Emak Faridah meninggal sejak dia masih bayi. Masih saya ingat ada sekali dua selepas prep dan solat ’Asar dia datang kepada saya dengan buku di tangan. ”Jom kita pi study sikit”,dia ajak saya.Kami pun turun jalan-jalan kat tepi bangunan asrama lepas tu lepak-lepak sambil sembang-sembang dan buka buku sikit-sikit. Saya tahu waktu exam dah dekat dan Faridah nampak saya tidak belajar....

Selepas tamat belajar di KIK kami lebih rapat. Ada peristiwa bersama Faridah yang masih segar dalam ingatan saya:

Masa nak mendaftar di ukm, abang Faridah menghantar kami dengan kereta ayahnya.Turut bersama kami ialah Uji ( dia masuk lower six) dan sorang lagi lelaki di hadapan sebelah drebar saya tak ingat. 30 tahun lalu perjalanan tidaklah sepantas hari ini. Itu pun Alhamdulillah kami dapat merasa naik mercedes Tok Wan Puat, Tuan Guru Haji Yahya. Sampai di suatu tempat di Perak, kami berhenti di tepi jalan tempat lori berhenti. Dulu belum ada highway yang selesa dan tempat rehat, R & R, seperti hari ni. Saya tak ingat kenapa berhenti. Yang saya ingat; Faridah keluarkan telekong & sejadah dan dia solat atas jalan tu di tepi kereta. Saya dan Uji pun terus sama-sama pakai telekong dan solat di situ! Di kiri kanan kami hutan tebal. Kalau ada kenderaan lalu ketika itu sudah tentu timbul cerita hantu telekong keesokan harinya! Saya terkenang juga cerita cikgu ( Cikgu Md Din atau Cikgu Tarmizi) pasal jumpa tiga orang kanak-kanak balik mengaji al-Quran di Highway Karak, berjalan dengan pelita di tangan masing-masing ketika dia lalu di situ waktu tengahmalam!

Suatu hari yang lain....Kami ke bandar Kajang ketika orang sedang solat Jumaat. Kami berjalan di kawasan gerai-gerai tempat orang Melayu berniaga. Faridah ajak saya pergi kepada sorang lelaki separuh umur yang sedang berniaga digerainya. Dia menghampiri Pak Cik tu: ” Lain kali kalau Pak Cik masih berniaga waktu orang sembahyang Jumaat , kami tak akan beli lagi kat kedai Pak Cik.” Pak Cik berkenaan memandang kami dengan muka marah.Saya jadi terkejut dan kecut perut dan sememangnya dari awal tadi saya dah takut. Nasib kami baik, Alhamdulillah.. tiba-tiba dia berkata; ”Ye lah !!!...sambil terus tutup kedai.

Moral dari nostalgia saya ini : Setiap orang ada kekuatan tersendiri dalam dirinya.Kekuatan itu berpunca dari faktor-faktor tertentu, dalaman dan luaran, fizikal, mental serta spiritual. Dan, kebenaran serta keikhlasan adalah faktor utama penentu kejayaan.

(Masa belajar Faridah pernah memberitahu saya ayah dia tak tahu dia tidak mengambil pengajian Islam tapi ambik accountancy. Harap sahabat kita ni dapat menganggap ada sesuatu di sebalik coretan ini yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Orang kuat juga ialah yang dapat menahan perasaannya sama ada dipuji atau dicaci.Menang dapat pahala, kalah dapat dosa! Kalau marah pasti dia akan menelefon saya dan sudah tentu dia terus marah-marah! Itu yang seronoknya!)
Salam Mesra,
FarahDina


Life's Little Instruction Book Untuk Gen77


Salam.

Malam tadi sewaktu penuntup majlis, saya quote dua nasihat yang saya kutip dari buku di atas. Buku tu pertama kali saya beli sewaktu muda-muda dulu, 15 tahun dulu kot. Masa tu tak nampak sangat nasihat-nasihat yang cuba disampaikan oleh penulis. Maybe sebab masa tu kita tak rasa tua, dan anak-anak pun tidak besar macam sekarang.

Bila umur dah 48, dah anak pun dah besar, dan kawan-kawan pun baru teringat nak dicari semula, saya amat rasa betapa indahnya pengajaran dan nasihat di dalam buku tersebut.

Sebagai contoh, nasihat no 1066 berbunyi:

When no great harm will result, let your children do it their way, even if you know they are wrong. They will learn more from their mistakes than from their successess.

Nasihat No 1067: Forgive quickly.

Nasihat No 1068: Kiss slowly (hahaha)

Nasihat No 1183: Whenever you hear an ambulance siren, say a prayer for the person inside

Dua nasihat yang saya ungkapkan semalam ialah;

-Spoil your spouse, not your children. Manjakan pasangan hidup anda, bukannya anak-anak anda (pasangan hidup kita, ie suami/isteri. Bukan hanya isteri semata-mata atau suami semata-mata)

-rekindle old friendship (hangatkan kembali persahabatan lama)

Buku tersebut boleh diperolehi di kebanyakan kedai buku seperti MPH atau Popular Bookstore. Harganya mungkin dalam RM20. Kalau nak yang murah, pergi kedai Payless Bookshop yang terdapat di mana-mana di KL ni. Reganya dalam RM9 sahaja di situ. Buku tu kecik je, dalam saiz satu tapak tangan sahaja. Senang dibaca dan dibawa kemana-mana.

-Asmawi

Dinner Tom Yam Di Kg Baru-Tabik Dato' Dollah

Assalamualaikum WBT, Kawan-Kawan Gen77kik,

Tabik spriiiing kat Dato' Dolah. Pukul 11.20 15.2.08 mlm kita tamat acara, pukul 12.45 gambar dan cerita pertemuan di Anwar Tom Yam Seafood dah masuk dalam Blog...dedikasi, cekap dan pantas.

Dr. Fauzi...syukur dapat bertemu kembali. Dr kelihatan ceria walaupun baru kehilangan isteri tersayang. Takziah. Dgn pertemuan ini kita teruskan perhubungan sesama kita supaya bolehlah gelak sikit dan lupakan sekejap beban kerja dan pesakit, lepas teruskan pula.

Halimon...tak banyak berubah gaya kematangan dan cool pegawai kanan kerajaan terselah selepas 31 tak jumpa. Proses kematangan dan kesempurnaan seorang insan...

Dr Bakry...terima kasih cepat sangat ambil bil dan bayar. Tak apalah...Mawi kata tak kan sampai bergaduh berebut nak bayar...

Dato' Dollah, alahai...doa makan 31 dah hampir lupa. Mujur saudara ingatkan. Kalau saya baca doa makan malam tadi alamat doa makan tadika la..

Yunus Samed dan anak bujang...selamat jalan dan kembali ke negeri di bawah bayu...kalau ada meeting dan datang ke KL call-call lah.

Weldan dan Saidi...bentong sudah tidak jauh dalam kedaan biasa...kecuali Karak Highway jam...sdr Saidi semoga kesihatan bertambah baik.

Dr Zaki Ab Rahman...kami perlukan Dr dalam kumpulan ini. Dalam gembira dan suka hilai kezuhudan pun kena ada. Nak Ingat pesan Ustazah Fauziah Sani, Pak Sonaria dan guru/ustaz kita.

Sdr Asmawi, komitmen, cara bertindak, saudara memungkinkan apa saja yang positif berlaku antara kita... Tg Malim, Briyani King, Kenduri, Kg Baru, Trengganu dan Melaka dan seterusnya.

Kamilah... hebat sentiasa keep in touch... macam online real time. Malam tadi masa call kat Singapore kut... kita jumpa di Melaka InsyaAllah. Tapi saya dengan Naim mungkin lewat sikit. Dah maklumkan Dr Nor Bakry malam tadi.

Naim n Fuad Gengster maaf tak sempat call dinner confirm lewat sangat...lain kali kita makan sama. Saarani pun tak dapat datang. Tak dapat jumpa kawan tapi dia dapat benda lain. Saya dapat jumpa kawan tapi tak dapat...

OKlah kita berjumpa di Melaka Insya Allah

-mustafa mohd nor-

memori D'Kg Baru.

Saidi memperincikan kisah lamanya...... Zaki terlalu asyik mendengar.
Weldan mahu meneguk teh tarik yang ke berapa pun tak tau lah?
Halimoon (banyaknya kad!) mengatakan sesuatu (bisnes kot), Zaki seperti antara percaya dan tidak saja.

Fauzi mendetaikan sikit lagi, Yunus dan Mawi mendengar dengan teliti. "Saya rasa......mungkin tak lama lagi kot!"


Yunus : Yoo koo mu ni, Wi?



Rezqi yang Halal, In Sya Allah diberi keberkatan oleh Allah!




Sambil telan sambil cakap2

"Teringat kat dewan makan KIK tahun 77, dulu lain, sikalang lain..."


Mawi diapit oleh Yunus dan anaknya.


Alhamdulillah, yang habis begenti, yang belum carry on!


Masing2 beri tumpuan. Yang di depan merenung tajam, yang di belakang menarik panjang2.

LIQA' KG BARU 16 FEB 08


Tak dak gaya macam toke restoran langsung.... gedebe sikit2 ada kot?


9 muka lama + 2 muka baru
Handsome di belakang: Fauzi, Bakry, Yunus, Mohd Zaki & Weldan.
Yang duduk: Halimoon, Asmawi, Saidi, Mustafa, Genghiz & Nik Mahizan.



Muka baru (1) Sdr Halimoon seolah2 sedang menceritakan perihal kehidupan di dunia yang penuh pancaroba sambil kedua2 tangannya menyeluk poket. Tak banyak berubah, macam dulu jugak!


Muka baru (2) Dr Fauzi, tergelak kerana diusik teman2. Bila lagi Dr? 8.8.08 Tarikh keramat bagi semua ahli gen77kik!!! Kami sedia membantu, In Sya Allah. Sesiapa yang terjumpa Fauzi, tentu terpaksa merenung dan memusing kembali memori untuk ingat semula. Maaf Dr! Anda banyak sikit berubah. Perubahan akan datang akan lebih bergaya, sama2 kita berdoa, Aaaamiiiin!



Terima kasih Dr Bakry! Semoga Allah menambahgandakan lagi rezqimu!
"Allahumma at'imna toyyiba. wa nasta'kmilahu soliha.........." (ramai yg dah lupaaaa...)
- Terima kasih Mak Andam kerana sudi menalipon kami di Kg. Baru. In Sya Allah kita bertemu di Liqa' Melaka!
- Tipah! Terima kasih kerana menjamu bini aku sampai bulat! Jenuh aku nak bagi kecik balik. @#%^&^@(*&)+_#%$@&$(... haiii penin,,, penin.....
- Bang Chin! Jaguar dah siap? Terima kasih banyak kerana pandai jaga sempadan. Lega aku bila ada hang di sana.
- Nasir Lok! Engkaulah teman Bang Chin & geng ketika senang dan susah!
- Farahdina! Otak kak Farah memang first class punya!!! Bini aku pun tak banyak ceghita ceghitit yang seronok dibaca, teruskan.... bercerita.
Temang2 di Teganu dang di Melaka! Bila nak edarkan menu hangpa?
_ Mawi, terima kasih kerana sempat beri tazkiroh sebelum kita berpisah. Ingat balik kawan2 yang hadir beberapa point penting yang disebut oleh Bro Mawi tadi! Aku ingat satu saja, iaitu berkenaan dengan "memanjakan bini" bukan "memanjakan anak"! Yang lain2 tu kena caghi buku yang Mawi sebut. Apa nama buku tu ?
- Mus! Tq kerana jupo caghi ana hok dok tahu aloh mano nok tuju maso kak trofik light cabe 4 sebab sesat.
- abdullah hj hassan