Yup. Looks like Tipah will be "tekona" (loghat orang ghombau) di TG Corner this weekend.
Perjumpaaan yang mulanya dirancang secara "low key" sekarang sudah jadi "high key" hasil usaha promosi beberapa orang "sifu" kita seperti Datok Dollah suami isteri, Fuat dan juga komitmen beberapa orang kuat di Perak sendiri.
Nampak gayanya, Tipah kena masak banyak-banyak la nak handle serangan orang-orang yang datang dari jauh ni-sure semuanya lapar-lapar belaka, maklumlah datang dari nun ceruk Changloon, Kelang, Sg Buluh dan macam-macam tempat lagi.
Restoran TG Corner ni rasa macam familiar je buat saya. Entah-entah pernah singgah, tapi sebab masa tu belum kenai Tipah lagi, tak dapek la kami makan free masa tu!! Maklumlah semenjak dua menjak berulang alik ke Tronoh ni, segala jenis tempat makan dah kami lawati bagi mengalas perut. Makan pagi, makan tengahari, dan kadang-kadang terpaksa makan malam di sana sebelum balik ke KL.
Saya akan bertolak awal pagi Ahad lagi -maybe lepas subuh- sebab anak saya nak balik semula ke sekolah dia awal sikit untuk siapkan kerja-kerja sekolah dia. Lepas hantar dia, saya akan terus ke TG.
By the way, Mak Andam hantar sms kat saya dia kata dia tak dapat join kita semua sebab dia akan bertolak ke Hong Kong pada hari Ahad tu. Dia kirim salam banyak-banyak kat semua orang dan mintak maaf kerana tak dapat join. Knowing her, I am sure she would very very much love to join, if not because of this HK trip.
Arpi juga tidak dapat join sebab beliau berada di Kemaman dan hanya akan balik dari Kemaman pada hari Ahad itu.
Tapi kalau Anson dan Che Tipah ada, dua orang itu sudah cukup untuk menggamatkan suasana nanti. Orang lain boleh jadi pelakon sambilan saja.
-Asmawi
08 February 2008
Yeeaaaahooooooo.... TG corner, yeaahoooooo.....
Yeaahoooo, jumpa di sanaaaa, yeaaahoooo.
Saja peghangat kawang2 hok dok peghenoh jupo.
Ambil perhatian! Bab makan toksah kighalah pasai setakat yang kita tau Si Tipah ni memang pandai laa bab nak jamu kawan2. Telahan pulak bukannya untuk oghang lain. Kawan2 kita jugak. Allah sangat suka kepada mereka yang berusaha dengan bersungguh2 untuk mengeratkan lagi silaturrohim seperti ini. Pendek kata bab hidang menghidang ni kita seghah bujur2 kepada Puan Besar yang empunya restoran saja.
Balik kepada program di TG Corner, Om Puat boleh rancang dari sekarang. Lepaih ni cuba atog elok2. Boleh ka kalau Om Puat adakan sedikit permainan! Maklom la, kecik2 dulu kita suka jugak main2 ni. Ada yang main pasiag, ada main kong geghek tua, main guli pun ada. Aku dulu pernah jugak main cekup puyuh, patuk ulag, polis sentri dan macam2 lagilah. Jengkek tu budak pompuan macam kak ani saja yang main. Jadi Om pilihlah mana yang sesuai untuk peghingkat seperti kita laa ni. Tentukan nanti ada dokumentasinya! Om Puat boleh bilang sama Om Husin agar Om Husin ada membawa bersamanya apa itu... kamera rekodernya sekali.
Suka diperingatkan di sini bahawa teman2 dari Perak tu ghamai. Kalau tak silap beberapa orang teman seperti Kamaliah Zabidi - Selama (suaminya Nasri Kedah, senior kita), Taksiah Ngah -Paghit ( Dulu goli hoki berbadan tegap), Shahida Basri - KKangsar (yang pengsan sat), Kamariah Jaafar (Selama), Norhayati, Husin Johari (Bagan Seghai), Omar jailani (Parit Buntag), Faizah Othman (Bagan Datoh), Kamariah Ahmad (Bagan Datok), Ismail Hassan (Air Tawar), Sazali Tarmizi (Telok Intan), Norihani (Taiping), Ali Osali, Amnah (Larut), Zahranor ( Tg Piandang), Zurinah Sahalan ( Tg. Malim), Roslan Khairi, Kadiag tp, Dolah Ahmad Tlk Intan, Asnah Rahim (Alog Gajah), Jalilah, Puan restoran tak payah sebutlah, Azhan, Chop Hasan (Grik), Mad Raman, Fauzi Beruas, Normah Bota, Si Rozi Tg. Malim, Khalil Lahat, Poziah Din ( Bagan Seghai), Mardiah Grik, Piee Rahman (Bagan Seghai), Arpi (Chemor),Radhi Kuala Kughau, Salahiah bini abg fauzi, soghang lagi syed abu. Enson kena ada sama!
Kawan2 di Perak mintak tolong caghi sampai boleh pi.
Om Puat: Hantag program cepat, kalau boleh laa! Hang tanya Kamilah, dia nak pii dak?. Kalau nak pi, Mak Andam boleh pi ngan aku! He he.
Mawi; Bergerak ke sana bila?
- abdullah hj hassan
Restoran Tg.Corner
saya baru saja dapat nama restoran Pn.Latifah zulkifli ni.
RESTORAN TG.CORNER
Lokasi : nO.19,jLN pp4,bANDAR Universiti, sri Iskandar
Tronoh,Perak(Dekat Universiti Petronas)
Kedudukan di Bangunan Kedai 2 tingkat(Blok Belakang)
Mengadap Tanah lapang
Masa : 12.00 Tngah Hari
Ramai yang akan datang dan Azhan Azmi pun dah confirm akan datang.Sanggup Gostan dulu temujanji yang beliau buat demi kawan2.sapa2 yang ada tempat kosong kalu dari utara mintak tolong amik si Yusuf Hasan kat tol Kemunting(No.tel:0196497570)tu pun kalau dia tak masuk hutan .Balik nanti...lantak la dia nak balik ngan apa pun.
Taksat baru Tipah sms kat saya samada nak launch atau dinner?kalau nak masakan siam dia kata pukul 4 keatas.Kalau b4 tu kena nasi lauk taruh atas saja.
Tapi kalau sapa nak tidog di Sri Iskandar boleh dua2 skali.Launch dan dinner...(mampuih u TiPAH.......hahaha)
Husin,Lok,Zubir,Amar,Uncle,Mohabbat,Datok Lah dan Datin Nik,Anson.....jangan buat leceh
Naimmmmmm......u tak stim ka?
okey kawan2 kita serang Tg.Corner Hari ahad 10 hb 2
...fuatazahari
RESTORAN TG.CORNER
Lokasi : nO.19,jLN pp4,bANDAR Universiti, sri Iskandar
Tronoh,Perak(Dekat Universiti Petronas)
Kedudukan di Bangunan Kedai 2 tingkat(Blok Belakang)
Mengadap Tanah lapang
Masa : 12.00 Tngah Hari
Ramai yang akan datang dan Azhan Azmi pun dah confirm akan datang.Sanggup Gostan dulu temujanji yang beliau buat demi kawan2.sapa2 yang ada tempat kosong kalu dari utara mintak tolong amik si Yusuf Hasan kat tol Kemunting(No.tel:0196497570)tu pun kalau dia tak masuk hutan .Balik nanti...lantak la dia nak balik ngan apa pun.
Taksat baru Tipah sms kat saya samada nak launch atau dinner?kalau nak masakan siam dia kata pukul 4 keatas.Kalau b4 tu kena nasi lauk taruh atas saja.
Tapi kalau sapa nak tidog di Sri Iskandar boleh dua2 skali.Launch dan dinner...(mampuih u TiPAH.......hahaha)
Husin,Lok,Zubir,Amar,Uncle,Mohabbat,Datok Lah dan Datin Nik,Anson.....jangan buat leceh
Naimmmmmm......u tak stim ka?
okey kawan2 kita serang Tg.Corner Hari ahad 10 hb 2
...fuatazahari
Sri Iskandar Ahad 10/2/2008
Si Fuat nak balas dendam sebab tak dapat datang ke Kelang minggu lepas.
--------
--------
Di Sri iskandar kita jumpa lagi...
yang dah mengesahkan kehadiran di SRI ISKANDAR ialah:
yang dah mengesahkan kehadiran di SRI ISKANDAR ialah:
i,asmawi,Norma, Latipah(tuan rumah kena ada la)Muhamad abd.rahman,Fatlilah,Kalil,Ismail Arifin,Uncle,Amar,Husin,Zubir,Lok,che Pah(pase dia nak tumpang siHusin balik kedah.P indon tau,nak balik tak tau)Datok Lah dan Datin Nik,Muhabbat,Anson,Azhan Azmi (i nak kecek dia sekali lagi),YUsuf Hasan(tak confirm lg)....byk jgak tu.Penat u nanti Tipah.U jgn tak keluar2 dah lah.Tak keluag i cari gak..Ada lagi nanti si Muhammad konteks.
datok Lah Dan datin Nik,Muhabbat U all jgn mis.Klu tak krn u all geng Kedah tak p
JGN LUPA 10 BUNGKUS UTK ANA!
Ali Osali (kiri) dan saya (kanan) sempat (tak tau macamana boleh terambil pula) bergambar bersama 3 orang senior kita. Kami kena jadi pengapit depa kerana kami berdua agak terhensem berbanding yang lain!( Perasaaaannnn sendiri saja.)
Assalamualaikom!Terbaca IKLAN yang Sdr Asmawi siar utk mempromosikan hasil usaha Sdr Zaidi Kadir, saya mohon sudilah kiranya menerima permintaan saya untuk membeli sepuluh bungkus (permulaan sahaja). Lain kali order lagi! Kalau boleh, dapat dibawa semasa pertemuan di Sri Iskandar Ahad ini!
Sdr. Mawi boleh warwarkan pertemuan ini agar lebih ramai rakan dapat menyerang Latifah Z di sana. Om Puat Azhari apa ceghitanya? Katanya Ibu Latipah Z cukup enak sekali rebusan, stiman, gorengan dan panggangannya!! Jangan lupa semua gen77kik dari daerah tok gajah! Geng Peghak ghamai ooiiii. Mak Andam dan Roziah mesti jemput sama!!! Naim jangan tertinggai pulak! Ali Osali boleh balek ka?
Teima kasih.
-abdullah hj hassan
8.2.08
IKLAN- dengan izin :)
Sewaktu Sdr Saidi datang ke KIK minggu lepas, beliau ada membawa bersama beberapa kotak sejenis produk kopi kesihatan yang dinamakan "Biosecret Young Cafe". Hanya ada 5 kotak yang dibawa. Haji Deramang ambil 2 kotak dan saya ambik bakinya 3 kotak.
Satu kotak berharga RM19.90, dan ada 15 sachet di dalamnya.
Saya telah cuba beberapa hari, and I must say that the product is effective :). Kandungan utamanya ialah Tongkat Ali, Ubi Jaga, Pegaga dan Halia. Kalau setakat nak berjaga sampai jam 3 pagi untuk apa-apa tujuan, ditanggung beres pak!
Ia dikilangkan oleh TPM Biotech Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Technology Park Malaysia. Produk ini ada GMP (Good Manufacturing Practice) dan Halal.
Sesuai dengan namanya, produk ini hanya sesuai untuk orang-orang "muda" seperti kita.
Kalau berminat, sila telefon Saidi untuk order. Kalau ordernya dapat dikumpulkan, Saidi sanggup datang dari Bentong ke KL untuk diedarkan.
-Asmawi
Satu kotak berharga RM19.90, dan ada 15 sachet di dalamnya.
Saya telah cuba beberapa hari, and I must say that the product is effective :). Kandungan utamanya ialah Tongkat Ali, Ubi Jaga, Pegaga dan Halia. Kalau setakat nak berjaga sampai jam 3 pagi untuk apa-apa tujuan, ditanggung beres pak!
Ia dikilangkan oleh TPM Biotech Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Technology Park Malaysia. Produk ini ada GMP (Good Manufacturing Practice) dan Halal.
Sesuai dengan namanya, produk ini hanya sesuai untuk orang-orang "muda" seperti kita.
Kalau berminat, sila telefon Saidi untuk order. Kalau ordernya dapat dikumpulkan, Saidi sanggup datang dari Bentong ke KL untuk diedarkan.
-Asmawi
Latest of Pak Soenaria -from Muhabbad (2)
YANG ANA INGAT.... LIQA' UTARA 6.2.08 MA'AF TEMAN
"Emang Manang" Di RR Bukit Gantang
7.2.08
Assalamualaikom teman semua!
Sampai saja di Klang petang semalam 7 feb 08 setelah kembali dari Sg Tiang, Kedah kerana menghantar ibu saya pulang ke sana, saya terus membuka blog kita. Saya mencari maklumat berkenaan liqa' utara dan gambar2 jika ada. Tetapi masih belum dimuatkan oleh kawan2 dari sana. Begitu juga maklumat dari Mohabbatein & Prof. Madya Tipah. Masih juga belum ada. Lantas peluang yang ada itu saya ambil dan memasukkan 2 keping foto yang anak dara saya ambil pada malam tersebut. Cuma 2 keping itu saja yang sempat dia ambil. Anak dara saya tu pemalu sikit orangnya! Saya langsung tak ambil peduli dengan kamera malam tu sebab asyik sangat bersembang sakan dengan kawan2 di samping berutus sms dengan Prof Madya yang sedang bersiap sedia berkunjung ke kediaman Bapak Soenaria. Tipah smskan dalam keadaan seakan2 merajuk "Bencinya aku...hangpa tak patut la tak plan awai2.. Tak pa, kami nak pi rumah Pak Soenaria ni. Supirnya dah menjemput kami ni. He he... salam rindu semua."
Tipah! Aku heghan pasai apa hang hantag sms kata tak dapat cakap dengan kami! Aku bagitau kat Fuat yang hang tanya kami nak cakap dengan Bapak ke? Aku balas balik. Aku kata: ok bisa saja!. Tungguuu laaaa kami ni. Last2 hang bagi tau pasai apa cakap siam saja!? Ni yang heghan ni! Malam tu aku tak beghapa bulih lena. Pagi kemaghin aku bagi tau barangkali no hp aku ni dah kena klon oleh oghang siam apa? Sebabnya kami yang ada malam tu tak dapat panggilan dari sana!
Saya juga sempat memberitahu Mentor Sdr Asmawi bahawa pertemuan sedang rancak berjalan dan beliau mengingatkan saya supaya bantai Om Puat cukup2 kerana bila lagi nak ghasa ?
Kamilah! Tiba2 saya teringat padamu! Terima kasih banyak2 kerana komitmen yang telah Kamilah berikan dalam menjayakan ikatan ukhuwwah yang dipelopori oleh Sdr Mawi & sahabat2 yang lain. Kehadiran saudari dalam program di Briyani King sangat2 kami harapkan. Kemunculan saudari bersama Roziah menjadikan majlis pertemuan di Briyani King semakin berseri dan mensyahdukan.
Kamulah Kamilah, tetamu yang datang lebih awal bersama Roziah selain Hj Mang dan Kapten Saidi ke majlis pertemuan kita di KIK sempena majlis pernikahan Nuha dan Hassif. Saya memberitahu kamu bahawa Cikgu Kusno sudah datang dan meminta kamu segera menemuinya. Selepas kamu dipertemukan dengan Cikgu, saya membiarkan kamu berbual bersamanya. Suasana semakin bertambah riuh apabila semakin ramai tetamu yang datang..... saya terpaksa ke sana ke sini. Hati tidak senang ketika berada di hadapan dewan untuk menyambut tetamu2 yang datang, kerana sentiasa ingatkan kawan2 gen77 kita. Hanya sesekali saya sempat menyapa teman2, kemudiannya kembali ke muka dewan. Saya dan Nik memohon berbanyak kemaafan kepada rakan2 kerana tidak dapat sepenuh masa bersama dalam situasi kemeriahan apabila berlaku pertemuan sesama rakan. Sesekali saya sengaja membawa beberapa orang abang dan kakak senior kita kepada Sdr Mawi untuk diteka siapakah gerangan mereka. Sdr Asmawi telah menceritakan perkara ini dalam catatannya yang bersiri itu.
Kamilah! Saya rasa cemburu apabila hanya dia yang bergambar di atas anak tangga sebelum kita bergambar ramai bersama di atas pentas! Lantas dalam catatan ini saya tidak sebut bergambar bersama siapa? (Jangan marah ya yg berkenaan!).
Mak Andam Kamilah! Saya masih tertanya2 berkaitan satu perkara yang sehingga kini masih belum ada cluenya. Saya ada bertanya kepada Nik, tetapi jawapannya diam saja!? Kepada Mawi pun saya ada tanya, tetapi Mawi senyum semacam saja? Jadi sampai sekarang saya masih belum tahu jawapannya! Kalau boleh, saya ingin bertanya, bagaimana boleh timbul "Ghenghiz Khan?". Dulu2 ada laa sekali dua orang cina yang dah tua2 tu tanya saya dalam bahasa cina. Gua ala cakap gua ni olang melayu! Kawan2 yang lain kata saya macam jamal abdillah, tapi emak aku pulak kata yang aku ni macam emang manang puloook. Bini aku kata bior lah demo nok kato macee sapo2 tapi jange gata nok caghi hok laen doh!
Kepada semua teman yang datang minggu lepas (Asmawi, Mus, Kamilah, Latifah, Roziah, Kak Ani, Wak Man, Enchon, Puad Mohd, Radziah Mezah, Hj Mang, Saidi, Azhan, Md Noor, Yunus, Naim, Mohabat & Madam, Latifah Zul & Suami, Bakri & family, Kamariah, Halimah, dll )
Harapan saya semoga dalam pertemuan2 yang lain, In Sya Allah kita semua dapat dipertemukan oleh Allah Taala!
Berbalik kepada liqa' utara, sebenarnya dalam blog ini ada saya catatkan dalam tajuk yang saya tujukan kepada Wak Man. (Wak Man apa pasal dah melenyapkan diri pula? Saya bimbang jika terkena tangkap!!!) Harapan saya supaya Wak Man tolong munculkan diri dalam blog ni segera! Tak kan tak mau terima lamaran utk ke sana pada 2 mac nanti? Kawan2 kita si Baba dan Maon dah jumpa ke belum?
O.k, dalam post itu saya ada sebut sikit kepada Om Puat, yang saya akan pulang ke desa nun jauh di utara sana, ngak jauh dari perkampungan masyarakat siam. Saya bilang dalam post itu bahawa kembalinya saya bersama famili adalah untuk menghantar bonda kesayangan yang sudah ngak sabar2 mau pulang kerna kerinduannya yang sangat2 dan sudah ngak tertahan kepada haiwan kesayangannya si putih! Begitu juga dengan beberapa jenis tumbuhan penghias laman. Lantas saya terpaksa akur saja kernanya ia adalah perasaan ibu kita. Kan gitu? Saya tuliskan kepada Om Puat dan memberitahunya yang saya mahu bertemu dengannya di Kota Guarg. Konon2nya dalam pertemuan itu saya dapat memberitahunya sesuatu berkaitan dengan Kota Guarg yang ada kaitannya dengan proses kehidupan saya masa kecil2 dulu.
Begitu juga saya ada selitkan yang kalau boleh dapat juga teman2 yang lain yang berada di sana diajak bersama. Saya pernah singgah di Kota Guarg satu masa dulu di mana pada waktu itu ada sebuah restoran Melayu yang membuat bisnes nasi. Yooooooohh, enak sekali rasanya. Saya pernah singgah di situ bersama famili. Sekarang saya ngak tahu adakah masih ujud atau sudah bankrup? Pokoknya saya serahkan kepada Om Puat untuk tentukan tempatnya. Itu saja. Jadi kita tidak ada perancangan apa2 pun. Kepada Prof Madya, Naim dll, kita pohon berbanyak ampun dan maaf kerana tidak mewarwarkan perkara ini terlebih dulu. Sebenarnya kita tidak ada spekulasi apa2, tidak ada boikot2 dan tidak ada ribut2.
Saya tahu, Sdr Naim mungkin terasa hati kerana perkara ini tidak diberitahu lebih awal kepadanya, begitu juga dengan Prof Madya Tipah. Jutaan maaf teman2. Sumpah, tidak dirancang dan tidak disengajakan. Lain kali kita bertemu lagi, ok.
........... bersambung
-abdullah hj hassan
8.2.08
Arifin di Changloon- rumah Hussin
Jam 5.45 Ripin n family sampai di Kg.Rawa Changlun. Dia singsing seluar tu bukan pasai banjir..tapi baru lepas ambil wuduk nk solat asar.
Sedang rancak sembang,masa tu saya dok snap foto..
Seronok dok di kg ni…
Selesa,halaman luas ada pokok tempat berteduh…kata ripin..
Oleh kerana kehadiran ripin n keluarga tk dirancang lebih awal ,,maka untuk diner kenalah bawa dia dan keluarganya ke restoran 3 bintang je..
Perjumpaan gen77kik utara
Assalamualaikum para sahabat gen5kik1977 yg berada diseluruh negara.....
Moga anda semua diberi allah sentiasa ceria dan bahagia...insha allah...
Nak cerita lah sikit akan hal pertemuan kami gen5kik utara ni ,sekurang2nya untuk dikongsi dengan sahabat2 lain yg tidak berkesempatan utk dtg pada malam tersebut...specialy depa yg dok KL/shah Alam tu n yg terbang pi bandung n juga semua sahabat2 yang lain...
yang paling jauh rasanya Zubir rasyid lah..dari kg Pisang Baling..singgah di Sg.Lalang ambil ammar ( raja pecut dulu..la ni toke kicap alhikmah ) mungkin dia sampai Alor star ptg lagi...
Datok Dolah n datinnya n bersama anak gadisnya kalau dikira mai dari Kelang mmg depalah yg paling jauh..tapi malam tu depa mai dari Sg.Tiang ( Kg.Datok Dolah ). Arifin yg baru pulang dari pulau Langkawi sampai agak lewat...tersalah bagi information dia tersasar hingga sampai ke RTM,nasib baik cepat hubungi dan dia patah balik dan jumpa juga akhirnya walau pun dah lewat...
Tapi lewat lagi Nik Alwi...bila aku sampai dah sedia disana ( restoren Al sala jalan Aloq Mengkudu ) ahli koperat kita Fuad,Rashidi Ismail orang kuat IAB utara..Zubir,Nasir lok.Datok Dolah 3 beranak.Zaki Ali (smk AlBukhari Astar ) dan Ammar...duduk dikerusi luar tu saja..jenis open restoren..2 bingtang je kut..
Sebenarnya saya pun bukan tau restoren tu,bukan pernah pi pun..Nik mahizan( pemaisuri Datok Dolah ) peleceh aku ..dia kata orang kedah apa tang tu pun tak tau,kami orag jauh pun tau.....nk buat gena memang tak pernah pi sungguh...tapi aku tk rasa hati pun apatah lagi dia ( nik Mahizan ) kata wajah aku ni tk berubah pun.cuma atas kepala ada banyak puteh..aku usha kepala kwan2 lain,depa pun kemuteh juga,,pak lah pun banyak juga puteh,Rashidi dan lain2 juga...uban kalau tk naik dikepala tang mana lagi kannnnn...
Aku ni bawa camcoder..konon2 nk buat vedio clip...bila dah jumpa sahabat2 camera pun terlupa nk buka..dah lama barulah si Fuad kata..tu bawa kamera awat tak atas meja saja...barulah buka n tekan..tapi vedio clip tk cantik kerana tak cukup cahaya...gambar pun gitu juga...gu ngan camcoder pun jeneh lama..tengah2 dok rancak sembang si shafie rahman buat terit kata anak dia nk makan kotew pulak...depa kata dia saja kata gitu,akai nk balik awai..mungkin mak andeh dia pesan..balik lebih daripada jam 11.00 malam tidoq luar...gitulah gamaknya..jangan marah piee aa..nanti kena juallll..macam ripin tak pa lah,dia mai ngan bala tentera dia yg ramai maka munasabahlah dia balik dulu...
Jadi semua kami yg mai pada malam itu ialah : Fuat azahari.Zaki Ali.Rasyidi Ismail.Nasir ahmad.Zubir rasyid.Abdullah hasaan n isteri n anak.Ammar Abd.Rahman.Husin Md.Isa.Shafie rahman.Arifin Abu Bakar.dan Nik Alwi Nik Harun..pompuan geng utara tak ada sorang pun.....cek abang pegang kaki,tk lepas...Cik Tipah pula terbang ke Surabaya...bandung ...ketemu bapak SONARIA SUSMITA ABD MUTALIB.Siti Sarah yg cik Tipah minta saya hubungi terus menyepi.....
Semasa kami dok berborak sempat juga mengikuti perkembangan di Bandung via sms ngan Tipah...bapak suna tanya kut2 ada antara kami yg ada hp 3G,dia nk sembang secara live dari bandung-Alor star...tapi kami semua pakai jenis cokia je...siFuat toke pun pakai cokia juga...Nokia yg cokia...so tk dapatlah nk berbual ngan pk sunaria....
Sembang punya sembang tengok jam dah 11.30 mlm.datok dolah nk minta diri pula...anak dara dia ngantok dah katanya...maka dia pun berangkat balik ke sg Tiang...tapi sebelum depa balik sempat ambil gambar beberapa keping seperti yg dilampirkan, tapi saya mohon berbanayk maaf kerana gambar tu cantik...gangguan cahaya dan ada yg tak cukup cahaya.....gambar ripin dan keluarga tak ada sebab dia dan familinya balik awai...bagitu juga piee...
Last 12.45 mlm baru berasa nk balik...sapa yg belanja saya pun terlupa nk tanya...Fuat ka Nasir ka sapa ka....tak pa lah sapa2 pun rezeki dia akan bertambah2 nanti....insha allah kita akan plan pertemuan yg lain dan ditempat yg lain pula...
Sekian....
Dari kiri ( Berdiri ) Zubir Abd.Rasyid.Nasir Ahmad.Ammar Abd.Rahman.Husin Md.Isa..Zaki Ali. Nik Alwi.
Duduk kiri : Fuat Zahari.Rashidi Ismail.Abdullah Hj Hasan dan Nik Mahizan ( isteri Abdullah )
Gambar terakhir sebelum berpisah pada jam 12.45
Malam.
Shafiee dan Ariffin tak ada dalam gambar sebab mereka
balik lebih awal.mungkin kamera zubir dan Rashidi sempat rakam gambar mereka..nanti depa akan masukkan…
Subscribe to:
Posts (Atom)