18 August 2008

5S = SISIH, SUSUN. SAPU, SERAGAM & SENTIASA AMAL








5 sekolah Selangor dapat pengiktirafan

LIMA sekolah menengah di Selangor diberi Pensijilan Persekitaran Berkualiti Sistem 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kerana berjaya melaksanakan Program Excellent Learning (Excel) di sekolah masing-masing.

Sekolah terbabit ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya, Shah Alam; SMK Taman Dato’ Harun; SMK Taman Medan dan SMK (P) Taman Petaling, Petaling Jaya.

Penganugerahan sijil itu disampaikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam kepada pengetua sekolah terbabit dalam satu majlis di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Berucap pada majlis itu, Ismail berkata, seramai 8,235 pelajar dari 29 sekolah menengah seluruh negara terbabit dalam program rintis Excel yang diperkenalkan tahun ini bermatlamat meningkatkan kefahaman tentang produktiviti, kualiti dan kepentingan daya saing negara kepada pelajar.

Katanya, pelaksanaan program selama enam bulan mulai Februari lalu itu turut mendedahkan pelajar amalan produktif, selain teknik bersesuaian pelaksanaan projek kecemerlangan pembelajaran berlandaskan penambahbaikan berterusan.

“Saya yakin program ini membantu menjadikan suasana pembelajaran di sekolah lebih selesa dan menarik, sekali gus menjana minda pelajar supaya lebih produktif dan berdaya saing.

“Malah, kejayaan lima sekolah mendapat pensijilan 5S akan dijadikan penanda aras dan contoh kepada sekolah lain,” katanya.

Program Excel memerlukan sekolah melaksanakan projek persekitaran berkualiti dan penambahbaikan proses mewakili 90 peratus daripada keseluruhan program, manakala 10 peratus lagi projek penambahbaikan dan inovasi.

Sistem 5S atau Seiri - Sisih; Seiton - Susun; Seiso - Sapu; Seiketsu - Seragam dan Shikutse - Sentiasa Amal - adalah sistem amalan diadaptasikan dari negara matahari terbit, Jepun yang memfokuskan usaha mewujudkan persekitaran berkualiti di sesebuah organisasi.

* GENGHIZ

LIQA' KOTA BARU

DEPAN HOTEL RIDEL SUNGAI KELANTAN
MAJLIS RUMAH MAWI
BERSAMA PENGANTIN BARU ( ANAK MOD)
DEPAN HOTEL RIDEL