20 May 2008

Merajuk....

Masih ingat cerita Batu Belah Bertangkup? Masa anak-anak di peringkat sekolah Tadika, saya suka melipurkan mereka dengan kisah ini.

Sewaktu saya bercerita kepada generasi pertama anak-anak perempuan saya yang kini meningkat remaja, mereka diam mendengar dengan penuh khusyuk, tanpa menambah sepatah kata pun. Saya rasa mereka menerima cerita ini sebagaimana saya menerimanya bila diceritakan oleh nenek ketika saya kecil.

Apabila saya bercerita pula kepada anak lelaki ketika dia seusia kakaknya, dia memberi respon; “Kalau Faiz dah besar,nak buat macam lif kat pintu gua. Ada butang hijau dan merah . Kalau ada mak-mak yang merajuk masuk dalam gua tu, senanglah...kita tekan je butang hijau....terbukalah pintu gua tu.”

Bila saya bercerita pula kepada anak yang kecil generasi siber ni; komen darinya menyebabkan semua tersentak.”Apa la orang tu, benda kecik macam tu pun nak merajuk. Anak dia kecik lagi mana tau apa-apa. Dia lapar mestila nak makan. Kakak dia pun kasi la, sebab adik dia dah menangis.....kenapa mak dia tu tak sabar sangat.....” Saya biarkan saja kakak-kakak dan abang-abangnya yang turut mendengar siaran ulangan memberi respon terhadap anak ini.....

Tidak kira sama ada Batu Belah Batu Bertangkup cerita benar atau legenda, yang penting adalah pengajarannya. Biasanya saya simpulkan pengajaran untuk anak-anak mengikut respon mereka.

Merajuk dengan membawa diri seperti kisah tauladan ini adalah merugikan semua pihak. Baik anak atau ibu, malah bapa juga. Semuanya tidak sempat bertaubat ! Orang yang mendengar cerita menangis sedih namun tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu.

Anak-anak perlu sentiasa tanamkan dalam diri sifat kasih kepada ibubapa. Siapalah kita tanpa ibu dan bapa. Janganlah biarkan mereka bersedih kerana kita. Janganlah sekali-kali biarkan mereka menghabiskan sisa-sisa hidup di dunia ini dengan asyik berkorban untuk kita. Usah jadi seperti drama Demi Masa dalam TV tu...

Sebagai ibubapa juga , kita mestilah selalu rasional. Tindakan rasional akan lahir jika akal dan emosi terpimpin baik. Akal dan emosi perlukan pimpinan ilmu dan iman. Saya mengingatkan teman-teman dan diri saya sendiri....

Seminggu dua ini adalah musim anak-anak lepasan SPM dan seumpamanya menuggu tawaran untuk sambung belajar . Ada yang sambung ke tingkatan 6, masuk kursus matrikulasi , buat diploma dan macam-macam lagi. Kadang-kadang anak-anak punya pandangan sendiri yang berbeza dengan kita dalam menentukan masa depan. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas kehidupan, restui dan doakanlah mereka.Jangan biarkan kalimah ‘terkilan’ ada dalam kamus hidup kita. Bila sesuatu perkara itu berlaku, itu adalah yang telah dikehendaki oleh Allah SWT. Yang penting bagi kita ialah berusaha bagi memastikan segalanya berjalan lancar....

Selagi kita masih hidup teruskanlah memberi nasihat dan tunjuk ajar . Ingatkan mereka tentang ikhlas, amanah, tawaddhu’, jangan sombong, jangan ada iri hati, dedikasi , baca dan hayati al-Quran, utamakan solat, hikmah dalam pergaulan.............Andaikata kita sudah tiada lagi di dunia ini mudah-mudahan bekalan yang kita tinggalkan akan dapat mereka gunakan untuk meneruskan kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini. Di samping membantu menerangi kehidupan kita sebagai ibubapa di alam abadi...

P/s Hmmm......panjang saya tulis hari ni. Tengahari tadi bila cuba menulis saya nampak seperti ‘diamond’ dan ‘crystal’ ada di mana-mana. Bila buka cerminmata pun masih macam tu....Petang ni bila semuanya dah ok saya tulisla banyak2; takut ntah2 esok saya tak dapat menulis lagi :) :)


Wassalam
FarahDina

LIQA' NASIONAL - 5 SAS 1



Assalamualaikum GEN77,
Nampaknya Mod Mawi kita sedang berusaha gigih mengumpulkan seramai mungkin Gen77 untuk bersama2 memeriahkan Liqa' kita nanti. Di harap semua sahabat dapat memberi perhatian sewajarnya bagi menjayakan pertemuan ini. Kepada bekas2 pelajar 5 sastera 1, semoga kita semua dapat berjumpa semula. Bang Chin n Mus, kita kena usahakan juga seperti kawan2 5 sc 1, 5 sc 2 n 5 sas 3 yang telah berjaya mengumpulkan semua bekas pelajarnya. walaupun kita dah mencuba, tetapi sehingga kini, bekas 5 sas 1 yang telah ditemui n aktif ialah Bang Chin sendiri, Mustafa, YA, Farah Dina n che pah, dan yang telah ditemui ialah Tajudin, Mughith, Ariffin, Sabarudin, Daud Yahya, Kamariah, Jumaiyah, Azam Hamzah, sapa lagi ye? Tak sampai 1/3 pun daripada jumlah keseluruhan.... Dimanakah anda semua?

Bekas pelajar 5 sastera 1, dimanakah anda semua berada kini?

Mustafa, Che Pah, Jumaiyah di Liqa' Melaka
Che Pah, Farah Dina n Muna semasa Liqa' di Putrajaya

Kepada semua sahabat2 Gen77 yang mengetahui di mana kawan2 kita berada harap dapat war2kan juga mengenai Liqa' nasional ini nanti. Kepada bekas pelajar 5 sastera 1 yang telah or belum ditemui n telah termaklum mengenai Liqa' ini, lapangkanlah masa untuk bersama2 meraikan n memeriahkan pertemuan kita.
ChePah





Jemputan Kenduri Kahwin

Saya ROSLAN KHAIRI BIN ABD RASAD DAN KELUARGA, Dengan sukacita menjemput
Tuan / Puan ke Majlis perkahwinan anak perempuan kami di alamat No.4 Jln 17 Tmn Bunga Raya 33000 Kuala Kangsar, Perak.

Pada 1 Jun 2008

contact : 0193342155 / 0193242155

p.s:

Rombongan Gen77 akan berada di sana antara jam 3.00 hingga 4.00 petang.

Kenangan di Putrajaya

Assalamualaikum Gen77 sekelian,
SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA, KERANA KITA ADALAH GURU SEPANJANG HAYAT..
Di sini saya mengambil kesempatan ini untuk memaparkan beberapa keping gambar kenangan semasa pertemuan di Putrajaya 10hb Mei yang lalu. Walaupun Mod Mawi dah siarkan, tapi saya nak juga siarkan di sini dari sudut pandangan saya pula kan...maaf la kerana agak terlewat...ada masalah dengan server kat sini

Ibu2 sedang menjamu selera Beriyani Gam di rumah Rozi...sedapnya (Muna n anaknya, Anson, Kak Nab, Adik Ema, Che Pah.

Inilah pemain2 bowling kaum ibu Gen77 - Rozi, adikEma, Chon, kakNab, Muna& Che pah. Datin Nik kat mana ntah ( gaya je lebih..he he...)kalau kak lah n bekas pemain2 hoki yang lain ada bersama, tentu lebih meriah n dapat kalahkan kaum bapa tu kannn..

Ini ke pelapis-pelapis pemain bowling masa depan? -anak2 syed+muna, anak dara rozi n anak bujang che pah.

Orang2 kuat Gen77 sedang bermesyuarat untuk persiapan Liqa Nasional

Sekian sekadar tatapan teman2 khasnya kaum ibu Gen77. Harap kita semua dapat bertemu lagi 31 Mei nanti. InsyaAllah

chepah




Urgent Unfinished Task

Salam,

Dalam perbincangan semalam, kita mengambil maklum tentang sebilangan besar bekas-bekas pelajar tingkatan 5 KIK 1977 yang masih belum dapat dikesan dan seterusnya disahkan kehadiran mereka di dalam Liqa Nasional 2008 nanti.

Mesyuarat membuat keputusan untuk memberikan tumpuan khas kepada isu ini untuk sepanjang minggu ini, dan mencari semaksima mungkin Gen77 yang belum dapat dikesan.

Saya telah meminta pertolongan Sdr Fuat Azahari untuk mengepalai misi khas ini, dengan dibantu oleh Fatimah Hasan dan Padzilah Said. Fatimah dan Padzilah akan melakukan apa yang terdaya untuk mendapatkan maklumat perhubungan pelajar-pelajar berkenaan, dan Sdr Fuat akan menghubungi mereka satu persatu. Terima kasih di atas kesanggupan besar ini Sdr Fuat!

Buat masa ini, hanya 5 Sains 1, 5 Sains 2, dan 5 Sastera 3 sahaja yang sudah lengkap atau hampir lengkap. Ertinya ada 4 lagi kelas yang belum lengkap.

Saya mohon kerjasama dan pertolongan dari SEMUA orang untuk menjayakan misi khas ini. Ketua Kelas atau wakilnya diharap dapat membantu Fuat, Fatimah dan Padzilah nanti.

Sekian. Fastaqim Kama Umirta.

-Asmawi Mohamad
Penyimpan Mohor Besar

Maklumat Terkini Liqa Nasional Gen77 2008

Salam,

Maaf kerana baru berkesempatan menulis laporan ini.

Mesyuarat di atas telah diadakan semalam, Isnin, 19hb Mei 2008, bertempat di Restoran Darul Ehsan dari jam 10.30 hingga lebih kurang jam 12.30.

Mesyuarat dihadiri oleh:

1. Abdullah Hasan
2. Asmawi Mohamad
3. Syed Abu Hussin
4. Muna Mat Ali
5. Noorbakry
6. Emma
7. Anson
8. Johari

1. Pembentukan Jawatankuasa kecil:

- Sambutan dan Pendaftaran: Ema/Huda Abdullah Hasan/Alya dan Atif Syed Abu Hussin
- Makanan: Roziah Razi dan En Sakni
- Tempat (Dewan dan Penginapan): Abdullah Hasan
- Rekreasi: Halimon
- Jemputan: Nik Mahizan
- Cenderahati: Puan Muna, Anson dan Nik Mahizan
- Dokumentasi: Noor Bakry


2. Tarikh Akhir pengesahan kehadiran:

Jumaat, 23hb Mei 2008

3. Jemputan Guru-Guru:

Guru-guru berikut akan dijemput. Selain itu, semua guru-guru kelas akan turut sama diundang. Muhabbad akan menguruskan kehadiran Pak Soenaria Sasmita.

Cikgu Kusno Amat Sabilan
Cikgu Tahir
Cikgu Shahrom
Cikgu Baharom
Ustaz Hasan
Ustaz Ahmad Ismail
Datin Wan Hasmah
Datin Norsiah Arifin
Cikgu Low Ah Kow
Ustaz Husin Unang
Cikgu Sushama
Pn Jamaiyah
Cikgu Hasan Selamat
Cikgu Rani
Cikgu Mohd Din Basuni

4. Aturcara:

9.00am : Pendaftaran di kaunter yang ditetapkan. Senarai nama akan disediakan mengikut kelas masing-masing
9.45am : Peserta berkumpul di dalam kelas masing-masing mengikut susunatur kelas di tahun 1977.
10.00am-12.00pm: Taaruf mengikut kelas dikelolakan oleh Ketua Kelas atau wakilnya, dihadiri oleh guru kelas yang berkenaan
12.00pm : Berkumpul di Dewan Makan Asrama Puteri untuk makan tengahari. Doa makan akan dibacakan oleh Ustaz Abdullah Hasan dan Ucapan Aluan oleh Pengetua KISAS
1.20pm : Solat zuhur di Musalla Asrama Puteri
2.15pm : Berkumpul di Dewan Besar KISAS
2.30-4.30pm : Acara Dewan:

1) Ucapan Aluan
2) Ketua Kelas atau Wakil dan Guru Kelas memperkenalkan setiap kelas masing-masing
3) Ucaptama oleh Rahiman Bani: Memupuk silaturrahim Gen77
4) Penutup dan doa selamat

5. Hal hal lain:

a) Kertas cadangan penubuhan Koperasi Gen77 akan diedarkan untuk maklumat awal peserta. Mesyuarat penubuhan Koperasi Gen77 akan diadakan pada suatu masa lain yang sesuai.

b) Minuman dan kueh mueh akan disediakan pada jam 9.00 pagi dan 3.00 petang

c) Oleh kerana kesuntukan masa, cenderamata t shirt tidak dapat diadakan buat masa ini. Namun begitu, stiker kereta akan disediakan untuk semua yang mendaftar. Bayaran pendaftaran sebanyak RM20 akan dikenakan kepada setiap hadirin.

Pihak penaja mengalu-alukan sumbangan derma dari semua kaum kerabat Gen77 untuk menjayakan majlis ini. Segala urusan sumbangan boleh diajukan kepada saya, Ustaz Abdullah Hasan, atau Noorbakry.

Semoga semua usaha kita ini dipermudahkan Allah jua.

-Asmawi Mohamad
Penyimpan Mohor Besar Gen77

MASA SEHAT SEBELUM SAKIT



Assalamu'alaikum wbt.

Didoakan semua teman2 sehat dan diberikan taufiq hidayah untuk terus berjuang membangun ummah. Ummah yang sehat akan mampu berjihad. Tengahari semalam kita sempat menziarahi jiran yang telah berusia 74 tahun yang sakit di Hospital Pakar sultanah Aminah Muar dan jam 5.30 petang sampai pula ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menziarahi saudara yang berusia 42 tahun yang sakit.Kemudian terus ziarah adik ipar di TUDM Subang dan ke Shah Alam. Perjalanan satu hari semalam amat mengingatkan erti kesehatan yang berharga bila melihat insan-insan yang diuji dengan kesakitan. Syukur kepada AlLah swt kita masih diberikan kesihatan.
Salam kesihatan dari WM

Lagi Petua sehat cara RAW

Petua Rasullullah saw,

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan).
Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan seperti:

1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migran. Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di manadalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Sapa yang tak mahu sehat oii, apa lagi umur dah dekat separuh abad.

Assalamualaikom wr wb.

HIDUP SEHAT ALA RASULULLAH
Rasulullah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim)
Bagaimana agar sentiasa sehat seperti Rasulullah?
Ikuti resepi berikut :


1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH, Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat shubuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain : - Berlimpah pahala dari Allah - Kesegaran udara subuh (O2 level paling tinggi) yg bagus untuk kesihatan dan terapi penyakit TBC - Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan.


2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumát beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. "Mandi pada hari Jumáat adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)


3. TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan .


4. GEMAR BERJALAN KAKI Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung .


5. TIDAK PEMARAH Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi smapai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah : - Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring - Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaitan - Segeralah berwudhu - Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati .

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT .

7. TAK PERNAH IRI HATI - Untuk menjaga stabiliti hati & kesehatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.


sekadar menyampaikan
hj mang