Assalamu'alaikum wbt.
Bertemu kembali, wakman baru balik rumah, sejak Isnin {28.1.08} tinggalkan rumah. Ada kursus dan meeting kat PJ. Wakman sempat jejak kasih teman2 di Darul Ehsan Restoran Shah Alam dan Bangi Kopitiam. Amat menyeronokan. Mawi dah tulis kisah di Darul Ehsan, Sebenarnya Wak Man boleh tahan malam tu, tapi visa teman-teman dah habis jadi wakman pun redho dan balik. Malam Rabu 29.1.08 wakman bertemu dgn halimon n bakry kat Bangi Kopitiam, walaupun org Melaka tetapi hampir 30 thn tak bertemu, {teman2 kena cari petua rambut lebat dan hitam kat bakry} wakman dpt cal aziz che kob yang ada kat Kota Kinabalu, Sabah dia kata nak turun PutraJaya, wakman tunggu dan ajak bertemu teman2. Bakry memang power ingatan dia, dia kata yang ada tahi lalat kat tepi hidung tu ke!, comfirm aziz che kob. Malam tu minum dua kedai , lepas kopitiam beralih ke kedai satay dekat rumah halimon. Tak cukup kat luar, lepas bakry dan halimon balik, wakman sambung cerita ngan aziz kat bilik di ILIM,tak tahu jam berapa tido , sedar2 dah subuh. Jam 7.30 pgi cal Saidi , beritahu dia ada teman baru jumpa, aziz che kob, dia lupa... lupa tapi kemudian dia kata yang ada tahi lalat kat hidung. betul. hebat tahi lalat ustaz Aziz. kuat sungguh ayam saidi berkokok, terdengau2 dari telefon. Dalam perjalanan ke PutraJaya, cal Mokhtar Muhed kat skudai, seronok dia dapat bercakap dengan aziz. Mokhtar masih bercuti sakit, wakman doakan mokhtar akan sehat dan semboh segera. Malam tadi (malam khamis) wakman tunggu juga kat Bangi, tak de teman yang cal, wakman cari teman UKM (1983), Razak Husin budak Johor, wakman bual sampai tengah malam, Sazali Termizi hantar SMS, dia kata, wakman buat apa sampai kat Bangi, tengok kawasan ke?, dia kata teruskan jihad .......... Sazali, kau jangan diamkan diri tu, jom jejak teman2 kita yang lain.Jam 6.30 petang 31.1.08 wakman sampai Melaka, ada org hantau SMS , dia tulis ada pasangan masuk hotel dan disyaki buat benda maksiat, wakman singgah kat hotel tu, dapat 3 pasang termasuk 1 pasang wargatua berusia 54 dan makwe dia usia 52. Apa nak jadi, kantoi dan esok kena bicara. Itu kerja Kak Ani lah, berapa nak bagi hukuman. , sebelum balik tadi Saidi ada cal, anak dara Saidi dah dapat keja kat Shah Alam., Syukur Al-HamdulilLah, Kak Ani, Mawi bolehlah tolong tengok2kan. Ok lah wakman nak undur diri..... Dolah tengah sibuk tu, pastikan cukup semuanya, nampaknya ramai yang nak datang. Nik, Rohani, dan teman2 wanita yang lain dah jadi ibu dan nenek.. Tahniah. . Wassalam. wakman.5sas2kik77.
31 January 2008
blog semakin panas!
Daku kini sudah mengerti
hidup di dalam derita
siang malam dirundung malang
badan di dalam cobaannnnnnnn.
....bersambunggggg
Teman!
Ini rangkap pertama lagu nasyid yang kita sama2 dendangkan dengan penuh perasaan pulak tu di hadapan khalayak ramai di dewan besar kik semasa majlis penutupan minggu orientasi ting 4 kik tahun 1976 dulu.
Bila pula kita nak bernasyid semula?
Cadangan saya ialah ketika kita menyambut Pak Soenaria! Setuju?
abdullah hj hassan
31 jan 08
RE: Cameron Highland 1977
Bakry,
Aku rasa aku angkat tangan tu dok lambai Anson! Dia lalu depan kita ramai-ramai dengan segerombolan budak perempuan lain. Kau tau la Anson dulu (sekarang pun entah2 macam tu jugak :)) -- bila kita lambai atau tegur, dia marah. Tapi yang dia dok toleh-toleh kat kita jejaka-jejaka bila lalu depan kita tu, sapa suruh? Tapi aku tau, dia marah buat-buat je tu! [Ampun connnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!].
Yang tak jelas sebelah aku tu, rasanya Jeng!. Jeng, boleh confirm?
Perasan tak masa trip tu, ramai yang ambik kesempatan bergaya dengan blue jeans yang kita bawak keluar dari stok penimbal kita. Aku pun pakai jeans jugak. Yang hairan bin ajaibnya, bila balik je dari Cameron Highland malam tu, lepas tu tidur. Bila bangun esok harinya, jeans tu dah kena "pau", sebelum kita sempat simpan balik dalam stok penimbal masing-masing. Ya lah sampai dari Cameron Highland pun dah lewat dah. Letih la. Aku ingatkan dah kena curi. Rupa-rupanya bila akhir tahun dan semua jeans dikeluarkan dari kem tahanan ISA Kemunting, tengok-tengok jeans aku pun ada di situ. Aku syak si Zubir yang buat kerja!!! Dia kenakan tahanan ISA terhadap jeans masa kita pergi musalla gamaknya! Nasib baik masa tu Karpal Singh belum ada, kalau tak aku dah initiate habeas corpus atas penahanan jeans tu.
-Asmawi Mohamad

Keluarga Yang Arif Saarani
Assalamualaikum semua,
Jangan lupa janji kita pada 2/2/008 di Dewan Besar KIK apabila ada program sebegini tebayang kembali nostalgia silam 20 tahun lalu dimana kita sama-sama menerokai alam persekolahan dengan berbagai kenangan.
Peristiwa diwaktu ketiadaan air, kolah masjid Sultan Sulaiman yang akan menjadi sasaran, saya bersama Amar Abdul Rahman (roomate) akan pergi mandi manda. Tabiat Amar menyuruh saya menolaknya ke dalam kolam, konon-kononnya ia terjatuh apalagi terus berenang.
Semasa balik dari masjid kami akan melalui kawasan pokok durian di sebelah pagar, sudah tentu semua di kalangan kita masih ingat dengan harapan buahnya akan jatuh. tapi sepanjang 4 tahun saya di sana tidak pernah terjumpa walau sebijik sedangkan ketika musimnya durian begitu lebat, mustahil tidak jatuh atau telah didahului oleh mereka yang lebih ARIF.
Peristiwa lain yang tak boleh dilupai apabila selesai makan malam, saya akan keluar bersama Amar ke kedai Mamak di sebelah untuk membeli makanan tambahan, kebiasaanya lain-lain pelanggan telah siap sedia dengan rokok di tangan (faham-faham ajela). Yang lucunya apabila nak masuk semula ke dalam pagar asrama pada Sunaria telah siap sedia menunggu ketibaan kami terus di londehnya kain untuk mencari rokok. Pernah sekali Amar tidak tinggal seurat benang (Masya Allaaaaaaaaaah) untuk memperingati kenangan silam tersebut saya sertakan bersama ini gambar gambar terbaru setelah jadi "orang".
Subscribe to:
Posts (Atom)