14 February 2008

silamat birtemu di tirenjanu wa milaka!

Assalamu'alaikom warohmatulLahi wabarokatuh wa as'adalLahu masaakom!
Awwalan atamanna lijami'e zzumalak wazzamielaat an yahfazakumullahu wara'aakom bikullil khairi wassa'aadatiddaimah. Wa lizumalaaina wa zamilaatina allazina qad syaraku ma'aana jadidan aqulu lahom ahlan wasahlan wa arju minhom an yastamirru filkitabati wa ibdairrakyi bainal hini wal aakhar fi hazihissofhati arraie'ah!

Ikhwani almahbubiin wa akhawaati almahbubaat!
Aku tak tau la hangpa paham ka tak yang aku tuleh ni? Tak tau lah, aku nak buat macamana! Aku sambung sikit lagi..
Bimunasabati allliqak allazi sayakunu fi kuala trenjanu fi yaumissabti almuwaafik 23 fibrayir wakazaalika alliqaa allazi sayu'kqadu fi almadinatittarikhiyyati Melaqa fi yaumil ahad ba'kdahu, fa in sya Allahu Ta'ala saahdhuru ana wazaujati alrasyiqah ila alliqaaini almubarokaini bi masyiatilLahi ta'ala, wa arju an naltaqia ma'an fi sa'adatin wa hananin!

Wooiii, ente2 orang semua perigi mana? tinggai ana soran2 saja dalam ini bolog! ente2 perigi ceramah ye! Ana mahu tidur2, esuk hari mau perigi puterajaya kerana ade hal pentin!
Wassalamu 'alaikom!
-abdullah hj hassan

AIYAA MAK ANDAM, TELIMA KACEH Ooo....!


abdullah Hj Hassan wrote:
Assalamualaikom Mak Andam! & teman2 semua!
Selamat kembali ke alam maya selepas bertemu sahabat di Hong Kong. Harapan semoga sihat dan sejahtera bersama orang tersayang kita. Bukan apa Mak Andam oii, tak terasa apa pun, tetapi hanya tertanya saja kerana kalau sungguhlah apa yang dikata, nak jugak ikut Mak Andam ke sana mencari keluarga di sana! Sayangnya Mak Andam tak boleh tangguh.
Memang pada awal rancangan kami ialah kami bercadang utk membawa Mak Andam, Sicomel Roziah dan juga Cik Pah ke TG corner. Kalau tak silap saya ada bertanya hal ini kepada Bro. Mawi. Jawapannya Mak Andam nak ke HK. O.k tak apalah noo. Cik Pah pun mulanya nak ikut jugak, tapi akhirnya tak jadi. Saya pun beritahu dia eloklah macam tu. Sebab Cik Pah pun dah banyak hari tinggalkan anak2 dan orang tersayang di rumah. Memang bagus sangatlah berbuat begitu kerana kita sangat perlu memelihara sesuatu yang lebih penting dari yang penting! Tak bolehlah nak ikut hati kita saja. Betol tak Mak Andam!

Yang saya terfikir ialah adakah Mak Andam tahu satu perkara! Mak Andam ialah seorang yang pandai berfirasat dan adakalanya tahu perkara2 yang orang lain tak tahu. Benda tu ialah sebuah ketayap cina seperti yang saya pakai dalam gambar tu! Ketayap tu ala seolang kawan baek gua kasi hadiah bila dia balek dali negeli cina tempoh hali. Gua ingat Mak Andam ale nampak gua pakai itu kitayap dalam mimpi atau lalam Mak Andam punya tilik! Cerita seterusnya akan bersambung jika ada kelapangannnnggggggggggggg ..... ok
Kita jumpa di Melaka, In Sya Allah!
Bye, wassalamualaikom.

Salam Buat Semua Teman KIK.....Kamal, Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada Teman2 dan Guru2 semua...rasanya takde sapa pun yang tk terasa terhutang budi pada Sdr Asmawi kita dan kawan2 yang terlibat yang begitu komited mengusahakan ruangan ini yang membolehkan kita berhubung semula setelah berkurun terpisah. Pada teman2 yang masih ingat atau tak ingat atau ingat2 lupa pada saya, saya Kamal Daril budak Melaka (sekarang dah tua la kut cam kawan2 yang lain..) yg kini berada di Kuala Terengganu.

Terlebih dulu terima kasih berbanyak pada Asmawi yang susah payah menjejaki saya dan akhirnya dapat juga kami bertanya khabar walaupun malangnya plan nk berjumpa di Kl tak kesampaian. Maaf la pada Asmawi, Fuat, dan yang lain wpun dah lama dapat id ni baru kini dapat mencelah dalam ruangan kita ini. Lanjutan dari usaha ini jugalah saya telah dapat berhubung dengan beberapa kawan lama yang menyegarkan kembali ingatan masa bebudak di KIK dulu. Antaranya Hj. Mang toke Petronas (dah beberapa kali besama-sama pekena nasi dagang Mak Ngah..) Zain, Halimon, Azhan, Kamilah, dll. Walaupun rupa dan suara dah cukup berubah, namun kenangan lama masih cukup kuat lagi. Bila melihat gambar2 kawan lama dan cikgu2 dlm blog ni, rasa2nya kalau berlanggar bahu pun mau payah nak mengenalinya. Saya cukup terasa rugi tak dapat bersama semasa perjumpaan di KIK tu hari walaupun dah plan sangat nak pergi bersama Hj. Mang. Tentunya kebanggaan menjadi bekas penuntut KIK lebih2 lagi batch 1977 ni masih kuat terasa. Tak salah juga kalau saya beritau KP di jabatan tempat saya bekerja (Jab Mineral dan Geosains...ramai yg tak biasa dengar jab ni kut...) adalah bekas pelajar KIK aliran sains batch 1971-72...dan orang Melayu pertama yang menjadi KP...

InsyaAllah..kepada semua teman alumni, muga kita semua dapat berjumpa nanti, lebih2 lagi pada pertemuan di K Terengganu yang dirancang pada 23 hb Feb ini. Pada kawan2 dari Melaka dan sekolah SMSM bila la dpt jumpa kau org semua ye (Wak Man, walau sekampung pun, jarang ketemu wak ni..Mohabatin, Bakeri, Halimon, Mail, dan semua suku sakat la...)

Ikhlas
Kamal Daril, K Trg.
H/P o13 3885933

BELAJAR MATEMATIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada kawan-kawan dan guru-guru yang dikasihi,
Betapa ruginya saya rasa hari ni bila tidak pandai matematik. Dulu bila waktu matapelajaran matematik ja saya mula rasa nak pergi klinik dan macam-macam lagi. Pernah sekali bila Cikgu Shahrom masuk saja ke kelas, saya pun minta kebenaran keluar sebab nak pergi ke Klinik Anika di Hospital Klang kerana ada appoinment dengan doktor gigi. Memang betul ada appointment tapi saya menyelam sambil minum air. Rasa lega tak payah belajar math hari tu. Tapi malangnya bila pak cik van dah bawa saya ke klinik, doktor pulak tak ada. Saya balik semula ke kelas, Cikgu Shahrom masih ada dalam kelas dan sedang duduk di tempat saya sambil tunggu kawan-kawan menyiapkan latihan. Alhamdulillah, saya masih sempat belajar matematik hari tu..

Saya tidak nampak pada wajah Cikgu tanda-tanda nak marah sama ada ketika saya nak keluar atau ketika masuk balik. Tapi, hari ini bila saya berada di tempat Cikgu, jika ada pelajar minta kebenaran keluar atas urusan lain, saya juga tidak marah, cuma saya bertanya;”kenapa keluar waktu ni?”. Dalam fikiran saya ada berbagai andaian. Maafkan saya Cikgu, saya silap , walaupun Cikgu mungkin tidak berburuk sangka terhadap saya, tapi tindakan saya boleh menyebabkan sekurang-kurangnya Cikgu kecik hati.

Pernah juga suatu hari, semasa di tingkatan 5 sastra 1, Cikgu Rani guru matematik kami tidak dapat hadir, Bapak Mulyadi masuk ke kelas menggantikan beliau. Ditangannya ada kertas ujian matematik yang telah kami buat dengan Cikgu Rani. Saya rasa hari ni Pak Mulyadi nak pulangkan kertas tu. Memang benar. Pak Mulyadi memanggil setiap pelajar untuk ambil kertas masing-masing. Saya jadi berdebar-debar. Tiba giliran saya....Saya ke meja guru di mana beliau berada. Kertas tidak dihulurkan kepada saya, Bapak Mulyadi memegang pen merah sambil membulatkan point tertentu dalam kertas yang memang sudah ditanda oleh Cikgu Rani. Sambil tu beliau berkata; ”Apa ni?!, Apa ni?!” sambil marah-marah. Saya diam.

Akhirnya Pak Mulyadi menolak hampir 7markah lagi dari apa yang telah diberikan kepada saya oleh Cikgu Rani! Saya ridha, sebabnya... Saya suka kecoh (tipu/mengelat) bila jawab matematik. Bila saya rasa jalan kira tak akan menemukan saya dengan jawapan yang tepat, saya pakai letak je jawapan yang saya rasa sesuai. Jalan penyelesaiaan tu saya biarkan saja begitu. Walaupun tak kerap, ada la saya buat macam tu. Mungkin kerana kesian, cikgu Rani bagi la sikit markah untuk jalan kira tu . Saya tidak sepatutnya buat begitu. Maafkan saya Cikgu.

Betapa ruginya saya dahulu tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk meminati mata pelajaran ini, mempelajari dan menguasainya. Imam Shafie ada menyebut bahawa ”matematik boleh mencerdaskan minda”. Kini baru saya memahami tentang pentingnya belajar matematik. Segalanya telah berlalu, tak mungkin masa berpatah balik. Namun, saya akan berusaha untuk menjiwai matematik sekadar yang saya tahu dan ingat. Matematik mengajar tentang ketepatan fakta, tidak boleh lebih kurang, andaian dan agak-agak.

Terima kasih Cikgu, saya dan juga kawan-kawan memohon ribuan ampun dan maaf atas kealpaan dan kelalaian kami. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas usaha ikhlas Cikgu-cikgu mendidik kami!

( Bukan sahaja matematik, semua ilmu adalah harta orang mukmin yang tercicir, kutiplah ia walau di mana kita temui dan dalam keadaan bagaimana sekalipun. Semua ilmu yang bermanfaat akan mendekatkan hambaNya kepada Dia; Al-’Alim, al-Hakim)


Ikhlas dari,
FarahDina

kad jemputan ke perjmp gen77 diMelaka

SILA KLIK GAMBAR UTK PAPARAN LEBIH JELAS>.. TERIMA KASIH...



CIKGU !


Salam Sejahtera,

Kawan-kawan,ingat lagi Pesta Makan KIK 1976, waktu kita di tingkatan 4?? Pada hari berkenaan setiap kelas menyediakan juadah untuk dijual di gerai masing-masing. Guru-guru kelas, mak angkat, ayah angkat, masing-masing membantu menyediakan berbagai jenis makanan dan minuman untuk dijual (sebenarnya mereka yang menyediakan, kita hanya membantu!).Macam-macam ada; laksa, laksam, rojak, kuih-muih dan berbagai lagi. Urusniaga pada hari tu menggunakan kupon. Kawan-kawan tingkatan 4 Sastra 1 ingat tak lagi kita jual apa? Kita jual...putu mayam dengan kari daging yang dimasak oleh mak angkat kita ketika itu, Cikgu Shushama. Laris sungguh gerai kita dengan menu istimewa tu. Hinggakan di kalangan kita yang menjual ramai tak sempat merasa, maklumlah orang meniaga, yang penting pembeli. Hari itu kita semua keletihan, tapi seronok. Terima kasih banyak-banyak Cikgu ! Di samping mencurahkan ilmu Cikgu turut menceriakan hidup kami.

Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada Cikgu Shushama kerana mengajar kami di KIK sabjek Biologi. Satu-satunya sabjek sains yang saya boleh dapat markah ok sikit. Hingga sekarang saya amat meminati sabjek ini.
FarahDina.

Antara ragam di KIK

Waduh.... Bad, berair mata ku bila dengar Pak Soenaria minta maaf dari mereka yang terlibat.... kes curi durian tu.

Benar ungkapan Bapak tu... niatnya baik supaya kita jadi orang yang berguna. Sekarang memang jadi kenyataan........

Kini kita sama-sama berada di usia Bapak Soenaria ketika beliau di KIK ( 1977), bagaimana perasaan kita bila melarang anak-anak dari melakukan perkara yang tak baik (terutama geng-geng kita yang jadi pendidik) especially Ust. Dollah & Nik....

Itulah kita... masa tu berada di usia remaja, berbagai ragam kita tonjolkan. Memang sukar nak lupakan kenangan di KIK. Tu baru kes durian, banyak lagi kes lain... Bad kau ingat tak kes budak MCKK yang hilang kasut semasa bermalam di KIK????? Haru kita dibuatnya... sampai tengah malam kena cari kasut tu, tapi nak cari dimana......

Mawi, blog ni biarkan berterusan.... jangan tamat di tengah jalan, banyak sangat cerita yang perlu kita kongsi.

Dr. Bakri, gambar masa minggu suaikenal tu lucu sungguh... agaknya apa kata anak masing-masin bila tengok bapak mereka begitu.....masa walaupun hati marah tapi kita seronok.....

Insyaallah nanti saya muatkan gambar-gambar yang sama versinya dengan gambar-gambar tu..

Tajuddin.

Amanah Guru

Assalamu'alaikum wbt.

Tahun 2008 ramai guru besar n pengetua pencen, insya-AlLah, ramai teman2 form5kik77 akan jadi pengetua. Wakman dengar dah ramai yang dah jadi GPK1, GPK(HEM), Tahniah diucapkan teman2 yang telah dan akan menjadi pengetua. Tanggungjawab ni amat besar. Wakman pernah jadi guru sebelum ni amat merasa terlalu berat amanah membangunkan anak2 sekarang. Madrasah atau pondok tempat buangan pelajar2 tak menjadi... alhamdulilLah berkat kesabaran dan ketabahan, ramai juga yang menjadi manusia hebat dan berjaya. Di KIK/KISAS anak didik terpilih maka wakman yakin Dato' Dolah n Datin NIK mampu memperkasakan lagi permata2 yang sedia ada tu. Geng77 juga kena bantu memotivasikan anak2 dikg Jawa tu, disamping doa untuk kecemerlangan mereka sukses akademiknya dan luhur pekertinya. Wakman maklum ramai geng77 adalah warga pendidik n pensyarah. TAHNIAH. Teruskan perjuangan, sebagai murabbi, teman2 akan merasa hebatnya guru2 kita yang mengajar kita semua erti hidup dan mati. Bonda Fauziah Sani, Ustaz Ahmad Ismail, Cikgu Tahir, Shahrom, Ustaz Husin Unang, Bapak Mulyadie, Bapak Seonaria, Miss Shushama dan lain2 . Sukran n TQVM untuk semua.

wakman insan kerdil.