10 March 2008

Terima Kasih dan Tahniah














Assalamu'alaikum wbt.
Terima Kasih dan syabas diucapkan kepada semua teman-teman yang telah berkorban untuk menyempurnakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh SPR dalam PRU ke 12. Tahniah kepada teman-teman yang sanggup kembali ke kawasan masing -masing sekalipun jauh ratusan km. Sekuntum bunga untuk semua . Terima kasih kepada ayah dan bonda juga guru-guru yang mengasuh, mendidik dan membimbing kita semua hingga berjaya mengenal erti hidup dan mengenang jasa perjuangan. Sesungguhnya amanah mentadbir bumi ini amat berat, tanpa sokongan dan dokongan ikhlas teman-teman rasanya agak sukar juga untuk membina Baldatun Taiyibatun waRobbur Ghafur.


Pandangan, teguran dan coretan nostalgia lama seumpama kilauan cahaya dari cermin mesjid Sultan Sulaiman semasa di KIK1977 perlu dilontarkan terus demi kesinambungan ikatan ukhuwah. Husin, Fuat,Mugith, Che Fah di Utara, IsmailHasan diPerak , mawi kak Ani, Bakry, Mus ,Tok Lah, F.dina di Selangor , Wakman, Kak Timah, Muhabbtie, Rin, k.mila di Selatan, Hj.Mang diPantai Timur dan lain-lain teman, insya-AlLah akan terus berusaha mengangkasa dan memperkasa jalinan Gen77. Ok.Sekian, Wassalam. WM Insankerdil