Assalamualaikom sahabat2 semua!
Dalam gambag ni ada tujuh lapan oghang bekas pelajar KIK yang bertugas sebagai PK HEM di Sekolah2 Berasrama Penuh.
- Genghiz
04 March 2008
Minggu suaikenal....
Assalamualaikum.....
Jumpa lagi sahabat semua... rasanya ramai dari kita menjadikan laman blog ni juadah awal pagi sebelum memulakan aktiviti... saya pun turut sama, tak sah kalau tak buka laman ni setiap pagi....
Banyak cerita yang belum habis kita kongsi bersama...
Tengok ni....masa minggu suaikenal tahun 1976...dulu ada Dr. Bakri masukkan gambar freshie form 4 (kita semua la tuu..), ramai yang ada bakat jadi peragawan, macam-macam fesyen...... kali ni saya tambah la sikit lagi...tengok-tengok gambar ni dari kamera yang sama agaknya....masa tu mana ada kamera sangat macam sekarang....
Kenal tak lagi pada senior-senior kita masa tu.... dia orang buli kita cukup-cukup, tengok yang cekak pinggang pakai seluar pendek.... dia la taikonya (prefect pulak tu) , eksyen betui dia, mentang-mentang la kita ni freshie ..... tapi seronok kan....
Member dari Melaka mesti kenal dia... bekas YB Durian Tunggal Dato' Kadir Daud. Yang tunjuk tangan pada Husni tu saya lupa namanya... cuba-cuba lah cari muka kita dalam gambar ni... agaknya anak-anak kita gelak besar bila tengok...
Antara yang nama saya masih ingat Husni, Omar Jelani.........lupa
Hj. Mang, Omar Mamat, Zaki, Amar.......
Bad, kau ingat tak malam kita tidor di Masjid Abu Bakar JB tu... Pak Soenaria asyik nyanyi lagu Julie Remie, antara senikata yang masih diingati... Jauh, jauh, jauh di mata,,, di hati dekat la sayang..... dalam, dalam, dalamnya laut,,, lebih dalam rindu hati ku..... (betul ke senikata tu...)...
Masa tu kita tak berapa faham erti rindu-rindu ni.... tapi bila dah ada keluarga sekarang kita juga rindu bila berjauhan dari keluarga... itu besarnya pengorbanan Pak Soenaria menjadi sebahagian pendidik bagi kita di KIK....Terima kasih banyak-banyak Bapak.....
Ada lagi gambar-gambar dan cerita-cerita....... tapi lain kali la.....
Semoga bahagia selalu....
Tajuddin
KITA & GURU kita
Pagi Selasa lepas, ketika sedang mengajar saya ’terperasan’ ada pelajar perempuan dalam kelas menulis sesuatu di kertas kecil dan pass pada kawan di sebelahnya. Pantang tok nenek saya perbuatan macam tu. Tapi saya masih boleh control untuk tidak marah. Kalau saya marah pasti mood saya di kelas berkenaan untuk minggu-minggu akan datang turut jadi buruk.Saya berhenti mengajar sejenak , kemudian menyambung; ”Ada kawan2 tengah pas2 mesej, tapi tak pa nanti kat akhirat kita sama2 baca!”. Semua pelajar berpaling ke kiri kanan, saya buat selamba terus mengajar. Habis kelas pelajar berkenaan datang jumpa saya, bersalam dan minta maaf. Sebelum dia memohon maaf saya sebenarnya telah memaafkan dia. Walaupun sebenarnya saya tidak tahu apa yang dia tulis. Malah sebaik saja terkeluar kata-kata teguran saya tadi, rasa seperti telah hilang serta merta perasan marah yang telah datang secara tiba-tiba.
Pernah juga berlaku sekali, bila pelajar sibuk ’passing ’ kertas kecil macam tu, saya minta kertas berkenaan. Pelajar tersebut merah padam mukanya dan seperti ndak menangis, namun dia menyerahkan kertas kecil itu kepada saya. Saya terus simpan dan tidak berhajat untuk membacanya kemudian. Saya sebenarnya acah je. Saya juga tidak ingin mengetahui apa yang mereka tulis dan kata tentang saya. Bila kelas tamat, sebelum saya beredar pelajar berkenaan cepat-cepat datang berjumpa saya. Dia memegang tangan saya dan merayu-rayu, “Puan, tolonglah pulangkan kertas tadi. Saya minta maaf banyak2.” Saya pun buka fail dan terus serahkan kembali kertas kecik tu kepadanya. Dia kelihatan gembira lalu mencium tangan saya. Ntah apa yang ditulis sampai hari ni saya tak tau…
Bila berlaku peristiwa begini saya selalu teringat ceghita Shaarani baca tulisan di tapak tangan ketika Ustazah Fauziah mengajar macam saya ceghita dulu. Saya juga teringat junior KIK, Siti Fátimah Sudin pernah bercerita; cikgunya di sekolah rendah pernah mendenda pelajar yang sedang asyik menunjuk2 ke arah cicak di syiling, supaya terus menuding jari telunjuknya ke syiling bilik darjah sehingga habis waktu belajar. Saya juga pernah mempersilakan pelajar-pelajar yang sedang bercakap-cakap dalam dewan kuliah ketika saya sedang mengajar supaya duduk di hadapan dan teruskan bercakap. Tapi mereka enggan dan habis kelas macam biasa minta ampun dan maaf….
Waktu tingkatan 5 saya masih ingat satu hari Cikgu Md Din menengking saya sebab ketika dia sedang bercakap saya membaca buku lain. Masa tu saya terlalu teruja dengan topik ‘Menggalur Ayat’ dalam matapelajaran Bahasa Malaysia yang baru saja diajar oleh Cikgu Abd Ghafar Laili. Walaupun sedar saya bersalah tapi saya tidak memohon maaf kepada cikgu. Mungkin budaya ketika itu..belum menjadi kebiasaan pelajar memohon maaf dan mencium tangan guru.
Saya pernah bertemu Cikgu Md Din ketika mengajar kelas malam di Jalan Othman, Petaling Jaya tahun 80an. Saya berselisih di muka pintu, kelas cikgu baru berakhir dan saya baru nak mula. Saya nampak cikgu dari awal lagi dan sedang merangka-rangka bagaimana nak menegur cikgu. Ketika itu cikgu tunduk dan dia tak perasan saya….. Akhirnya satu hari yang lain saya ternampak Cikgu Md Din di shopping complex di Subang Jaya. Saya menegur cikgu dan kami berbual. Cikgu Md.Din beberapa kali mengucapkan terima kasih kerana saya menegurnya. Sikap cikgu membuatkan saya semakin rasa bersalah tentang adab saya dengan guru. Saya berharap satu hari nanti saya dapat berjumpa Cikgu Md Din lagi.
Salam Ukhuwwah,
FarahDina

Subscribe to:
Posts (Atom)