24 January 2008

NAK DIAM SAJA



IH, IH, IHHHH,

SUBHANALLAAAH, MASYAALLAAAH, WALHAMDULILLAAAH,
ASTAGHFIRULLAH AL'AZIIIIIIM........

HANGPA BEGHANI NO? AKU TAU.... NUU, BELAKANG SANAA, DEPAN TAMAN DEWAN MAKAN. PASAI TU LA TAK LAMA HANGPA KENA PINDAH BALEK MAI BLOK E. HEHEHEEEE.
Salam utk Hajjah. Mai na, jgn tak mai!

abdullah hj hassan
24 jan 08

Weldan

Weldan dari Bentong kirim salam kepada semua orang. Beliau baru berlepas ke Mekkah tadi untuk Umrah selama dua minggu, dan tidak akan berpeluang untuk hadir kenduri Abdullah Hasan dan Nik Mahizan di Kolej Islam Kelang pada 2hb Februari nanti.

Kita sama-sama doakan beliau dapat menunaikan amal ibadah dengan sebaik-baiknya sewaktu berada di sana nanti.

-Asmawi Mohamad

Siti Sarah


Dolah,


Siti Sarah ada dekat aku, sejak 77 aku simpan dia baik-baik


hang percaya tak?


cuba hang tengok sapa ni - tapi hang jangan habagh kat Nik Mahizan, nanti kacau majlis nikah anak hang



MAHABBATEIN

HJH SITI SARAH - KG HIJRAH, LANGGARK!

Siapa nak pi caghi, sila klik VW bawoh ni...!
Pah! Assalamualaikom....

Saja nak peghingat sebab lama dah tak peghangat.

Ghasa2nya ada soghang lagi kawan baikhati kita yang Alhamdulillah diberi nikmat oleh Allah Taala untuk menjadi warga bumi waqafan.

Beliau ialah: HJH SITI SARAH BT HJ MOHD NOOR dari Kg. Hijrah, Langgark, Alog Stag!

Pah oooiii.....!

Aku tak tau di mana beliau dok laa ni. Kalau Pah tau tolong bagi tau, kalau tak tau kita pakat2 caghi la. Nampaknya ghamai lagi kawan2 kita yang kita tak tau dan depa pun tak tau yang kita tak tau, dan kita jugak tak tau yang depa tak tau apa yang kita tak tau, depa tak tau apa yang kita tau, jadi sapa yang tau apa yang kita tau tau taulah bila dah tau supaya yang tak tau jadi tau, dan yang tau tu tau apa yang kena tau bila dah tau. Pendek kata jangan kita dok buat tak tau bila dah tau. Tau tu!, biag pakat2 tau!





Hj Dramang? Mu jupo ko Si Zaidi? Guane bunyi senyakkk saje ning? Mu dok di daghatang ke di lawutang? Ke mung dalang hutanggg?

abdullah hj hassan
24 jan 08

RE:Senarai Pelajar Form 5, 77

Assalamualaikum kawan2 semua,
Hari ni saya pada mulanya bercadang nak membaca sahaja segala coretan di blog kita ni, tak nak menulis dah, tapi bila terpandang senarai nama pelajar yang panjang lebar di keluarkan oleh Datuk Dollah kita tu, masyaAllah.... hati tergedik2( he he ...istilah baru ni..) nak menulis, nak mencelah....
Bila saya renung balik senarai nama pelajar kelas saya form 5 Sastera 1, saya terus print out senarai nama tu n belek2 lagi utk recall...isykkk 3x... daripada 25 nama yang ada, hanya beberapa nama yang masih saya ingat dan kenal...yang pastinya, Mustafa, Husin, Shaarani, Ariffin, FarahDina (UiTM S.Alam). yang lain2 tu, Muna, Aminah Hasan, Jumaiah Omar (budak S'pore tu ), Masitah,Isah, Kamariah, Mek Mas, Rokiah Jambi (yang perempuan rasanya ingat semua...) yang lelaki...sapa lagi? Abdul Mughith (sebab namanya lain sikit kann...sori..). Maaf la kawan2 sebab tak berapa ingat...MasyaAllah, dimanakah anda semua sekarang?

Pa n Husin, mana kita nak cari kawan2 kelas kita ni ek?
Seingat saya masa di kelas kita dulu Yang Arif kak Ani kita la selalu buat lawak kan... tapi dia buat lawak selamba ja kann...sampai la ni pun kak ani masih macam tu...tak dapat bayangkan macamana kak ani jatuhkan hukuman kat court sekarang ni ye...He he, rasa macam nak gi masuk court tengok dia jatuhkan hukuman...Apa2 pun, sabar ya kak ani dengan musibah yang melanda famili tu..
Pelajar perempuan baik2 belaka kan..diam je..Rasanya Jumaiah Singapore tu ja yang lebih tinggi sikit suaranya. Saya dengan Farahdina ja budak Kedah.
Kalu tak silap, pada tahun tu cuma ada 3 ja budak perempuan dari kedah, saya, Farahdina n Faridah Pak Ya. Saya wakil sekolah ayah saya, Faridah wakil sekolah ayah dia, Farahdina sorang wakil maktab mahmud. Puncanya tahun tu pengetua MM warning pelajar, kalau pi KIK n ditakdirkan tak cemerlang SPM, tak boleh balik sekolah MM, jadi mereka takut. Saya tahu hal ni sebab saya sempat belajar form 4 di maktab mahmud selama 1 minggu sblm dapat tawaran ke KIK. saya pun telah di warning oleh Pengetua MM. Tapi saya berkeras nak ke KIK juga...tapi kawan2 sekelas masa form 4 di MM tu ramai yang menyusul masa form 6 di KIK.
Datuk Dollah, sekarang ni pun rasanya ada kecenderungan sekolah2 yang tak mau lepaskan pelajar ke KISAS sebab nak pertahankan pencapain sekolah masing2 kan...betul tak?
Alamak...tengah sedap menulis ni kena berhenti plak..belum solat lagi, 2.30 ada meeting ni...Sori ya kawan2. Nanti saya sambung semula n harap tak ada la yang rasa jemu plak membacanya...he he
Wassalam - Che Pah di Perlis.

NAMA BUDAK2 TING 5, GEN77 KIK

5SAS1
GURU KELAS: PN. WAN HASMAH WAN ALI

5SAS2
GURU KELAS: EN. MOHD HASSAN SELAMAT


5SAS3
GURU KELAS: PN JAMAIAH OTHMAN



5SAS4
GURU KELAS: PN RAMLI HJ KHAMIS


5SAS5
GURU KELAS: EN MOHD TAHIR ZAINAL


5SC1
GURU KELAS: EN SHAHARUM HASHIM



5SC2
MISS SUSHAMA MADHAVAN

Assalamualaikom!

Sdr Mohabat ada telefon mintak senarai nama. Jadi saya copy dari Restu 77.
abdullah hj hassan
24.1.08















KAK TEH

Teman yang DiRahmati Allah SWT

Assalamualaikum WBTH

Dua hari sudah saya ada menghubungi Kak Teh mengenai laman BLOG KIK yang Mawi usahakan, Beliau begitu terharu dengan perkembangan ini , Kini kak TEH orang kuat Jabatan Hasil Di Melaka, Pendek kata tempat yang orang ramai tak suka berurusan , tapi bila dah kenal Kak Teh , siapa yang ada masaalah boleh kautimla.

Sejak hari tu saya masih menunggu catatan Kak Teh , tapi masih belum muncul .Tentu kawan ingat siapa yang kita panggil Kak Teh pada masa itu , Rohana Mahadi - Budak Melaka .......... ingat tak? Suaranya agak serak serak basah , cool , kelas mana saya tak ingat ...

Saya memang selalu berurusan dengan Kak Teh , kampung kami dekat , beliau selalu datang menemui saya sekeluarga.

Ringkas cerita yang saya nak kongsi dengan kawan kawan ialah -KAK TEH sekarang dah dua bulan berehat di rumah selepas menjalani --- pembedahan -- akibat Kanser ...

Saya amat terharu dan dapat merasakan dugaan Allah yang Kak TEH sedang lalui ,

Dari saya dan teman teman mendoakan Kak Teh cepat sembuh seperti biasa , Tabahkan hati , Moga dilindungi Allah dan kak Teh Beruntung kerana Haji Jalil dan anak anak adalah penawar yang tiada nilainya.

Bagi kawan kawan , hubungi lah kak Teh - 019 6534674

Itu saja utk kali ini , jumpa 2feb nanti - insyaAllah


Mahabbatein

Bangun!, bangun! bangun!

Assalamu'alaikum.wbth.

Bangun!, bangun!, bangun! , suara yang selalu didengar waktu pagi macam ni, pengawas dan lepas tu ada babak senaria sasmitha, ada sekali pengawas kejut orang tido bawa kayu hoki, agaknya budak semawi tu. Wak Man pun bangun lambat juga. Ada kesah budak kik bangun, terus pegi bilik air dan pengsan, dia kata nampak orang yang bukan macam orang, hei, hei seram. tu kiSah lama. Kisah maling masuk rumah shahrani memang menyedihkan, Sabau je. Wak Man sempat juga sebelum ni pergi rumah Y.Arif kak Ani kat S.Alam. Nampak2 memang senang nak masuk rumah dia tu. Tak pe lah kak ani. ingat tak kita naik sampan kat sungai belakang rumah, di kedah tu, balik rumah kita makan laksa, Sedap. Gambau kelas Wak Man 5 Sas2 , gelap tak terang, siapa yang ada simpan gambau yang lebih terang tolonglah hantau, nak ingat siapakah insan-insan yang bersama Wak Man tu. Zaki (UM), Aziz Che'Kob (Khabaunya ke JAKIM Sabah) Mohusin, Zahid (TRG) dll. Kisah skaf hilang atau tak de itu dulu, semuanya pemalu susahpun nak nampak, kecuali budak2 geng MsTafa yang ada ilmu skodeng. Sekarang remaja balik sekolah bukak tudung nampak tindik 2,3 tingkat, hidung lain, yang jantan kat dagu pun ada. apa nak jadi anak melayu/Islam . Wak Man pening fikirkan, Tolonglah teman2 bagi idea power sikit nak benteras sosial yang ada ni. Tak le susah Y.Arif Kak Ani nak jatuhkan hukuman. Ok lah, cukup tu, pengawas dah datang , nak check budak2 yang tak bangun dan ponteng datang musolla, nak tanya sikit ,siapa yang tulis Khat cantik kat Musolla tu (bukan ke Mat Azit), semalam dengar suara abg Ustaz Ellias Zakaria (USM) ceramah kat Radio Melaka. teringat dia jadi imam kat Musolla. bangun! bangun !.
WakMan 5SaS2.

NI GAMBAG PASUKAN BULU ITEK KIK '77 LELAKI BAWAH 18 TH



MELEPAK DI DEPAN : WELDAN, SYED, YUSOP, ?, FUAD.

TERCEGAT DI BELAKANG ANTARANYA: ROSHIDI, MAT ZIN, NAIM & RUBAEI SADIYO.

MANA PI HADIAH? GAYA ADA, APA BOLEH BUAT, DAH NASIIIIB. CUBA LAGI!