23 January 2008
Yang Ariff- Sabar InsyaAllah dapat Ganti
Saya bersimpati dengan cubaan Allah terhadap saudara. InsyaAllah jangan risau dan ghalat akan dapat ganti lagi banyak. 10 pasang kasut yg dibeli kat London tu... Bally n Clark InsyaAllah dapat beli balik. Harap tahun ni ada official trip ke London lagi. Saya dapat rasakan kehilangan barang yang kita sayang...sebab saya tahu Yang Ariff orang yang sangat menghargai dan menjaga barang kesayangan. Saya pun ada pengalaman spt saya cerita di Tg Malim dulu...orang buat pelari kereta saya di depan mata... nasib baik anak bujang saya sempat keluar. Jenis dan model kereta sama dengan yang Dr Norbakry bawa masa jumpa di Briyani King. Cuma Dr Norbakry punya 2.4 saya punya 2.0. Baru 4 bulan...milage baru 6400. Ringkas cerita kita kena extra carefull. Orang yang nak ambil kesempatan mencuri terlalu ramai...
Saudara Asmawi betul...
Saya baca semua tulisan kawan2. Saya cari tajuk Nostalgia dulu sebab ada cerita yang terperinci dan detail. Kadang-kadang saya ketawa sorang sampai berair mata. Malam ni saya baca nostalgia 6. Saya kata mana nostalgia 5. Silap taip kot Dr NorBakry... saya scrol cari rupanya ada nostalgia 5. Nostalgia...tajuk yang ditunggu. Cerita detail dan analisa mendalam. Sampai Sdr Kadir Daud ajar maching dan berhenti di tempat strategik pun dia boleh analisa dan tahu apa di sebalik tindakan itu. Nampaknya lepas ni kena buat peta minda ikut tahun lepas tu recall peristiwa dan tulis.
Sesat di Kelang Tak Jumpa Cari Jalan Kota Raja Kg Jawa.
Petang tadi 5.30-6.30 saya ke Kelang zairah Abang saya Ab Aziz Mohd Nor Upper Six KIK 1977,(dia tinggal di Qts kastam Jln Nong Chik off Jalan Kota Raja 2km dari kik) batch sdr Fauzi dan Sdr Suhail Azahari (abang Sdr Fuat). Dari Bandar Tun Razak guna KESAS Highway terus ambil exit jalan kebun kg Jawa. Sampai satu simpang saya salah pilih junction. Saya ambil simpang ke Hospital Tg Ampuan Rahimah. Patut saya ambil simpang satu lagi yg terus ke jln kota raja. Bila dah jalan saya perasan salah pilih junction ni kata saya kepada isteri. Sah salah bila nampak hospital Tg Ampuan Rahimah. Saya beritau anak dara saya kat sini abah jumpa kawan2 baru ni... isteri saya pun terus berkata itu pun Briyani King...Jenuh cari jalan hinggalah ambil landmark Stesyen K'api dekat Bismillah Restoran dulu... terus ke Kolej Islam. Saya dapat bayangkan bagaimana keadaan Anson, Kamilah dan Rodziah Rozi cari Briyani King 13.1.08 dulu. Hari ini saya kena sebab over confident.
Bila pandang kanan Asrama A di depannya nampak ada projek. Gazebo yang pernah disebut oleh Sdr Asmawi...saya terus ke rumah abang. Rasa nak singgah...tak apa kita pendam rindu dulu. Kita curah pada 2.2.08 nanti bersama kawan-kawan lain...InsyaAllah ramai tu...
Hampir Waktu Maghrib Che Latipah sms. Dia beritau seronok sangat baru lepas cakap dengan Nik Mahizan. Saya jawab saya di Kelang...rumah abang. InsyaAllah jumpa di sana 2.208.
Belum pencen...Dr Bakry
Saya rilek dua tiga hari sebab nak tumpu baca cerita. Lepas tu tulis balik...Saya rasa Sdr Fuat pun begitu...Apa yang berlaku kepada blog Sdr Asmawi tahu...siapa masuk, berapa jam, berapa muka surat dibaca seseorang dll dia dapat kesan...
Ok dah lewat.ni tunggu nostalgia 7.
-mustafa mohd nor-
Nostalgia KIK part 6
Ini collection pic ,both yg dah aku buat touch-up. Hopefully clearer than majalah restu n dlm blog bleh di enlarge. Gambar lg satu semasa perayaan hari guru, kamal, syed,at,safie,zing,dollah,dollah kecik,yg special saja nak tunjuk semua org isu tak pakai stoking, kecuali md zing.
Aku sokong to publish restu version 2. Cuma hajat nak jd dato’ seri blum lagi. Tapi mcm dollah, confirmed dah jd datok seri, Datok yg berseri2 dengan dua cucu.Teringat ustaz husin kat KIK semasa tazkirah ,( suatu petang kat surau sebelah kantin lama)dia cerita slumber jer .pasal dia dah confirm akan jd wali suatu hari nanti. ‘Ante semua ada chance tak’ Semua org melopong jer. bagitu confident dia akan/bleh capai taraf tu. Rupa2nyer dia ada ramai anak pempuan.sure akan jadi wali masa nikah anaknyer nanti.Mcm dollah gak, 2 kali jadi wali.
Dari Klas 5 sc2 bukan aku sorang jer yg menulis, Fatimah, Lok,zubiaq pun dah mula
Skodeng.
Cerita Mawi pasal skodeng kamilah nak amik air tu Cuma sebahagian jer dari sejarah silam. Kita yg duduk Blok C agak beruntung, Dari 2nd floor bilek ujung sekali tempat ampai baju, ada rak kayu, tempat kadang2 kita landing bila boring matau hari cuti. Kalau jengok bleh nampak terus tepi blok B, meja tempat kumpul pinggan kotor. ialer selalu kita nampak depa semua bertudung jer,tp time makan tudung dah ilang. Lepas makan, waktu depa nak hantar pinggan kotor kat atas meja besaq tu, depa semua ni maintain macho dan berbaris sopan santun, tak ada yg kepoh2, mcm nak jumpa bakal mertua jer gamaknyer. Aku rasa depa ni semua perasan kot.ada di antara kita
Waktu SPM
Ilmu skodeng ni kita gunakan lagi , may be di latih oleh senior (budak sc jer) untuk panjat makmal scs se hari sebelum praktikal final SPM. Kan makmal tu berjaring jer kat atas.Nak tengok apa instrument depa letak.saja nak cari clue ,soalan praktikal apa akan kluar.Praktikal exam kan lebih awal .Ada timun, petri disc, Esok nyer masa practical exam, kuar soalan bab2 osmosis. Kimia dan fizik mcm tu gak.Tak tau ler kalau ilmu tu di turun
Perlawanan Bola sepak.
Fresie wajib kena turun jadi supporter. Yang tak bestnyer pakai uniform sekolah jer .kena lak bus kik tu sebuah jer, kena la buat 3/4 round nak bawa fresie2 ni.Siapa yang jadi player (mcm aruah Azizan) dah pergin balik dulu. Bila nak balik berebut naik bas, maklum ler dah lewat, nak mandi, sembahyang n dinner.Nasib baik ler
Sukan Tahunan
Aku dan Halimon mewakili rumah Omar, t shirt warna merah.Baju ni kita dye sendiri kan.Ingat tak berapa lama kita training marching, petang2 dah kena training.Yang jd trainer kadir Daud, suka sangat marching dari parking kantin baru, garaj bus dan stop depan opis,(cikgu Sharum suka parking kreta baru ,mazda kuning dia). aku ingat apa sebab intruktur ni suka stop kat situ, rupa2nyer dia ada hidden agenda.
Akan Bersambung……
Bakry 5 sc2
KAK ANI! KAMI BERSAMAMU. BANYAK BERSABAR YE!
5.30a, tadi kawag masuk kuaters aku.Anak aku sed ag trus kawag lari. Bila ceq lap top jam h/phone n 10 p sg ksut beli dlondon beres.
Ana cuba terjemahkan begini:
“5.30 pagi tadi pencuri masuk kuarters aku. Anak aku sedar (terjaga), jadi pencuri terus lari. Bila periksa, lap top (betul-betul computer – bukan benda lain), jam, hand phone dan sepuluh pasang kasut yang dibeli di London telah habis (telah dicuri oleh pencuri).
Inna Lillahi waInna Ilaihi Rojiuuunnnnn.
Kawan2, nanti aku ceghita kat hangpa macamana aku pun kena tipu jugak.
“Kepada ALLAH kita berserah”
Rumah Yang Arif kena ceroboh
5.30a, tadi kawag masuk kuaters aku.Anak aku sed ag trus kawag lari. Bila ceq lap top jam h/phone n 10 p sg ksut beli dlondon beres.
Amin.
-Asmawi Mohamad
Tabik Utk Dollah n Asmawi
Sejak kebelakangan ni Dollah dengan aktifnya telah 'mengeluarkan" semula gambar2 kenangan kita dulu....masyaAllah3x...nampak la hero2 kita dulu yang bergaya dengan lagak machonya n heroin2 kita dulu yang bergaya dengan ayunya...he he...tapi gambar2 saya yang tak pakai tudung tu...isyh..malu laa!
Dollah, memang aku tabik la kat hang, dengan sibuk kerja n urusan persediaan perkahwinan anak yang bakal menjelang, hang masih beri komitmen sebegini rupa.... Dollah dgn Nik juga amat beruntung kerana dapat terus menabur bakti kepada Kolej yang telah membentuk kita menjadi 'orang' seperti hari ini..
Ayuh kawan2 yang lain, mai pakat kongsi pengalaman kita dulu2 di Kolej tercinta..tapi macam ana cakap sama Wak Man, ana tak berapa ingat pengalaman2 masa form4&5, agaknya sebab masa tu belum cukup umur kot...he he ..mungkin saya antara yang termuda dalam batch kita sebab saya lahir 1961...tapi bila baca coretan kawan2 semua, baru la teringat semula nostalgia..
Asmawi, tabik juga untukmu yang berusaha menjadi moderator, mewujudkan ruang maya ini untuk kita berkomunikasi.. Setiap hari sejak menyertai blog kita ini, kita mesti nak membeleknya, membaca n menghayati dengan penuh perasaan setiap cerita yang dicoretkan...selalunya tersenyum sendirian n kadang2 timbul rasa sayu...memang dah jatuh cinta dengan blog kita ni!!! kalau tak dapat menatapnya sehari macam tak sempurna hidup seharian...he he.. tak mustahillah bila ada kawan2 kita yang sanggup berjaga malam malah hingga ke pagi untuk menatapnya, tahniah n tabik untuk Asmawi dan kawan2 lain yang berusaha mewujudkan blog ni n menganjurkan pertemuan2..
Sejak melayari blog ni juga, semakin ramai kawan2 yang menghubungi, bertanya khabar bercerita dengan penuh ceria...kerja di mana sekarang? anak berapa? dah bermenantu ke? dah bercucu ke? Macamana rupa awak sekarang ye?...itu lah antara persoalan yang pasti dikemukakan. Paling memeranjatkan bila Muhabbat telefon dan rupanya isterinya adalah kak angkat saya...MasyaAllah..Semoga ikatan ukhwwah ini berterusan dalam redho Allah, amin..
NOTA: Gambar saya bersama 5 anak2 yang diselitkan oleh Asmawi dalam blog ini adalah kenangan sewaktu Majlis Konvokesyen anak sulung di UIA
Ok, saya akan terus menulis dan mencelah selagi ada peluang. Sori, nak pi kuliah pula ni..lewat masuk kelas nanti si Husin Ketua kelas report kat cikgu, naya pulak...he he, maaf Husin
Wassalam - Che Latifah
jeng datng pulok
ohhh....baru ada free skit...nok baca meseg blog kau orang....
Saya kagum dengan kau orang semua....
gambar2 kenangan lama masih tersimpan,,,,,,
aku ingat gambar pakai baju melayu bertali leher tu masa aku kene rag kok??
ohh...aku teruk kene buli masa form4 dulu.kau orng ingat dok bila balik dari study malam dulu,sampai hostel senior form 5 suruh buat keretapi....aku jadi pala keretapi tu.....kene buat bunyi injin"kicap cair bubur kacang"kicap cair bubur kacang"kicap cair bubur kacang" .
Satu hri tu aku kene masuk semua kelas form 5 sas/sain ..dia orang bagi aku kereta mainan suroh aku main kereta tu dlm kelas mereka....masa tu aku rasa nok jerit malu....
eh...pukul 1 doh aku nok balik ambik anok sekoloh...
wasalam.
jeng.
SEKEPING GAMBAR - DI DALAMNYA CUKUP DALAM
31 OGOSTOS 1977
Assalamualaikom!
Selamat pagi semua. Gambar ini diambil pada 31 Ogos 1977, selepas selesai perbarisan ulangtahun kemerdekaan yang berlangsung di Dataran Merdeka.
Duduk dari kiri: Saarani (Yang hang dok palin tengok tempat lain tu apa pasai pulak?), Wan Zaki, Azizan, Mokhtar, Rosli, ???, Zawawi mamat (tukang gambar), Sanusi, Aku, Md Noor, Kamarudin, Bakar, Samawe & Yaakob.
Berdiri dari kiri: Sdr Hussin Md Isa (Bukak butang tayang dada konon, masa tu baghu ada dua tiga oghat saja! berdiri senget cekak tangan masuk poket! Lagak macam mauuunah! .... Maaf Chin!!!), Nasaruddin (Awat kangkang luwaih sangat? Kembong kot), ??? (tak cam, adakah ini Mat Azit?), Sazali, Halim Ahmad, Halim Yaakob, Ruhaimi, Azmi, Saripudin, Yang tengah sekali berdiri bawah parlimen tu ialah 'Chief Besar' iaitu Us. Ku Abd Hamid, Wahab, Rufae, Tajudin, Razak, Mohd Yong, Jailani, Mustafa & Md Arif.
'Berkorban Apa Sajaaa.......'
abdullah hj hassan
khabau baik dari Wak Man
Wassalam, teruskan mimpi indah. WaK mAn.