06 March 2009

alFatihah

Bekas Adun Durian Tunggal meninggal dunia



Datuk Abdul Kadir Daud spm76KIK - Ketua Umum Pelajar 1978



Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Abdul Kadir Daud, 50, meninggal dunia, di Hospital Pakar Putra, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi ini, dipercayai akibat masalah buah pinggang dan paru-paru.

Allahyarham sepanjang hayatnya pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam Umno bahagian Alor Gajah (dulunya dikenali Selandar) termasuk Pengerusi Tetap bahagian (1987), Setiausaha bahagian (1993), Ketua Pemuda bahagian (1995), Timbalan Ketua bahagian (1999) dan Naib Ketua bahagian (2004).

Allahyarham juga pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Chaah, Segamat, Johor pada 1981.



Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Paya Datuk, Alor Gajah, selepas solat Jumaat, petang ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Aida Bujang spm78KIK, dan enam anak.