16 January 2011

Santapan Pagi Minggu




Assalamu'alaikum wbt. Rasanya suasana tinggal di kampong lebih selesa dan menenangkan, namun bagi mereka sudah biasa tinggal di bandar pun lebih selesa dan menarik. Suasana redup dan nyaman di pagi hari diselangselikan dengan kokokan ayam serta bunyi siulan burung tetap mencuit hati seseorang. Lebih indah dan menarik jika

di sudut pandangan dari tingkap terpapar permaidani sawah padi menghijau.Pasti mengasyikkan. Hari ini kehidupan di kampong mahupun di bandar menghadapi cabaran yang sama. Isu pemasalahan sosial, keruntuhan akhlak, pengabaian tuntutan Syariat, dan lain-lain. Semuanya memerlukan suatu tindakan dakwah yang pastinya rakan-rakan menganggap itu tugas kumpulan dakwah atau individu tertentu sahaja. Apakah sumbangan mereka yang telah dididik , di asuh dalam naungan bumbung kik. Justeru itu semua terpanggil untuk mengatur langkah dan strategi berdasarkan methodologi, uslub al dakwah yang merujuk kepada Tarbiyah Islamiah.



Salam Persahabatan,
wakman.