27 January 2008

Bapak Soenaria Sasmita 3 - Syukur Dapat Menatap Gambar Bapak

Assalamualaikum WBT,
Terima kasih Sdr Muhabad, saudara telah menyambung usaha Sdr Asmawi dengan menghubungi Pak Soenaria dan petang ini saya dapat menatap wajah terkini Pak Soenaria. Syukur Bapak dan Ibu Sihat. Kamilah juga beruntung dapat bercakap dengan Bapak Soenaria. Kebijaksanaan dan kemahiran kita dengan dibantu oleh Teknologi telah menjayakan usaha kita. Dalam tempuh satu bulan lebih sikit saja kita sudah dapat berhubung dan mendengar celoteh suka duka masa kini dan masa silam kita di KIK.

Perjalanan Masa

Difahamkan Bapak Soenaria yang kita ingati di Lahirkan pada tahun 1940. Pada tahun-1975,76,77, Bapak Soenaria bertugas mendidik kita di KIK. Masa itu usia Bapak Soenaria 35,36,37, th, berdasarkan tarikh lahirnya pada tahun 1940. Sekarang tahun 2008 ini bermakna usia bapak dalam linkungan 68 tahun. Pada masa Bapak Soenaria bertugas mendidik kita usia beliau adalah 10 tahun lebih muda dari kita sekarang. Pada masa itu usia bapak 35,36,37.

Kebanyakan kita dilahirkan pada tahun 1959 (rakan dari kel. dan kedah). Ada kalangan kita lahir tahun 1960 (rakan dari Trg, Melaka dan Perak) dan kalau tak silap ada seorang yang lahir tahun 1961. Kita saling kenal mengenal, bekawan dan belajar bersama semasa berusia 16,17,18 tahun ada hingga 19 dan 20 tahun. Sekarang kita dah berusia 48, 49 tahun...

Dalam erti kata lain, perkenalan dan persahabatan kita telah masuk 3 dekad. Jubli Perak kira sudah lepas. Kita tak sambut jubli perak sebab dah lepas. Ya Allah, panjangkanlah umur kami dan guru-guru dalam keadaan sihat walafiat. Kami ingin berjumpa lagi bersama kawan-kawan dan guru kami untuk dua dekad lagi dan lebih...iaitu pada tahun 2027...dan lebih tujuh tahun selepas wawasan 2020. Teruskan perhubungan kami dan waris kami...seperti yang telah terjalinnya hubungan kita dengan anak kepada guru kami Bapak Syaiful yang telah sudi menghantar gambar bapanya untuk tatapan kita.

Salam Ukhuwwah selamat sejahtera. Wassalam.
-mustafa mohd nor-
27 Jan 2008

SALAM DARI KOTA BARU ( 2 )







ASSALAMUALAIKUM WBTH
Teman yang di rahmati Allah

Saya baru terima e mail dari anak Bapak Soenaria di Jakarta
tatapilah wajah terbaru Bapak .......................... SubhanaAllah
MAHABBATEIN

Assalamu’alaikum Pak. Muhabad,
Berikut saya kirimkan beberapa photo ayah (Pak. Soenaria) dan photo saya untuk bapak.
Mohon maaf saya search di laptop baru dapat photo tersebut. Insya Alloh nanti saya akan kirim photo ayah lainnya yang lebih baik.
Sampai bertemu di Jakarta pak tanggal 7 Februari mendatang.
Terima kasih pak,
Wassalam

Syaiful









SALAM DARI KOTA BARU

ASSALAMUALAIKUM wbth

Teman yang di rahmati Allah sekelian

Saya masih di Kota Baru , selepas sesi JEJAK KASUT dengan teman teman KIK 77
Pagi tadi lepas subuh saya dah taip dua muka surat mengenai pertemuan dengan rakan rakan di KB . Malangnya ada virus kat hotel ni , habis semuanya. nanti balik Melaka saya akan karang semula.

Cuma saya nak kawan kawan kongsi bersama WAJAH terbaru Ustaz yang kita sayangi , malam tadi kami ke rumah beliau , cerita lanjut menyusul kemudian,,,,, SubhanaAllah





Ustaz Idham - Moga Allah merahmati Ustaz @ Keluarga

MAHABBATEIN

WakMan di pagi minggu



Assalamu'alaikum wbt.


WakMan doakan semua sehat dan tabah dalam menghadapi ujian hidup di era globalisasi. Teman2 dah berusia 48 - 49 tahun. Ada yang sehat, yang sakit dan ada yang telah pun meninggalkan dunia yang fana' ni. Wakman pun dah tua 49 tahun. Pagi minggu ni wakman cuba sempatkan masa walaupun ada sepasang merpati dah kena tangkap subuh tadi. Baru cal Zaki Abd Rahman, tanya khabar berita dan wakman dapat no.teman sekelas Mokhtar Abd Latif (Kelantan), WakMan cal dia, rupa-rupanya dia cuti sakit kat UTM Skudai. Ramli Awang bolehlah ziarah mokhtar tu, Ahmad Rupaaei dengar dah tukar bidang, dah tak de kat UTM, jadi bisnessman kot, kalau banyak untung jangan lupa menabung kat Blog ni, banyak projek kebajikan yang nak di atur, betul kan Mawi?, Bantu kami, tolong kami, wakman nak kau orang semua berjuang, berjihad melawan hawa nafsu tu.Teman2 yang kat Johor tu, spr Bibik Afrinah, Ct Kitiyah, ct fatimah (kau orng berjiran kan) tolong ziarah Mokhtar tu, isterinya seorang guru. Jangan marah kalau WakMan ni mengarah kau orang (jaluk ngapura se akih-akih}. Ok lah, wakman nak gi program motivasi anak (Thn 6), doakan kejayaan semua anak-anak kita supaya menjadi anak-anak Soleh Solehah. Teman yang sakit makanlah ubat dan berehat, Teman WakMan yang sehat, tolonglah tulis cerita dan nasihat kat Blog ni. Wassalam.


WakMan5sasa5KIK1977.