28 September 2008
minal 'aaidiin wal faiziin..
Assalamualaikom sahabat2 Adam & Hawa!
Terima kasih WM.
Nampaknya hanya salam saja yang dpt sampai ke majlis jemputan WM tu. Kami akan bertolak ke Utara ptg ni. Tgh mlm ada di sana, In Sya Allah.
Mus dan kawan2 yg lain ramai dah sampai. Mus kata line clear. 8 jam dah sampai KB. Awat laju sangat? Relax sikit! Didoakan semua muslimin muslimat selamat ddalam perjalanan!
Semalam saya ke Bangi, berbuka bersama besan dan anak menantu. Lepas tu call Vet, hajat nak singgah, tapi dia ada d Melaka, bertemu bonda kesayangan dan keluarga di sana. Vet, hati2 masa cucoh bunga api!
Bumi waqafan lengang. Hanya kami 3 org saja yg ada.
Semalam tengok maya, nampaknya maya macam mayat.
YA tak habis shoping lagi semalam. YA, hang balik dah ka? Kereta aku ada kosong 2 seat. Nak tumpang ahlan wasahlan!
Usaha WM nak cari Baba dan Maon, In Sya Allah berjaya. Jgn lupa WM bagi tau hal kita dok cari depa berdua tuh! Lepas ni macam2 liqa' ada.
Kepada saudara kita MNY, kita doakan semoga cepat sembuh! In Sya Allah kita akan bertemu menziarahi beliau selepas pulang dari kpg.
Mod Mawi dah sampai KB? Jgn lupa liqa PCB!
Mus dan kawan2 lain tolong hebohkan!Masa dah ditentukan, mulai 09.00 pagi! Jgn lupa baju mandi!Rumah Che Pah nak pi jugak, tapi belah petang kot. Tak tau pulak dia ada ka masa tu?
OM Fuat kata line ternet kawasan depa punah. Takkan ada yg cughi kabel lagi?
Zubir nak jaga sim card pun tak leh? Macamana nak jaga buah lulian? In Sya Allah, ana akan singgah rumah enta. Tapi hp enta tak ada? Atau ana terus saja ke KB?
Salam eidulfitri utk semua dan guru2 kita!
Mawi, Mus, YA, Dutch Lady, Vet, Puad! Misi besar menanti selepas pulang dari kpg! In Sya Allah, Allah pertautkukuhkan hubungan kita dan keluarga!
Wassalamualaikom wr wb!
Eid Mubarak!
Salam,
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARIRAYA EIDUL FITRI AL MUBARAK kepada semua sahabat handai Gen77 yang dikasihi sekelian.
Hari Raya tahun ini tentulah lebih bermakna dari tahun2 yang sudah2 kerana kini kita sudah dipertautkan kembali dalam ikatan silaturrahim yang kita mula binakan di tahun 1976 sewaktu kita melangkah kaki ke Kolej Islam Kelang sebagai seorang "freshie" dulu, dan selepas itu hidup bersama pagi petang siang malam bersama-sama selama beberapa tahun, menimba ilmu dan mempelajari erti hidup di bumi Waqafan yang tercinta itu.
Tentulah pertautan semula ikatan persahabatan itu akan kita rebut sebaik-baiknya dengan mengadakan kunjung mengunjung sempena menyambut Hari Raya ini. Kita sudah dengar ada pelbagai rancangan kunjung mengunjung yang telah dirangkakan oleh sahabat-sahabat kita samada di Utara, di Timur mahupun di Selatan.
Siapa sangka, setelah kita terpisah membawa diri masing-masing selama 31 tahun, dengan izin Allah jua, kita dapat bertemu semula dalam usia kita yang sudah di penghujung ini. Kepada Allah kita panjatkan kesyukuran kerana masih mempertemukan kita dalam ikatan persaudaraan Islam ini. Tidak ada yang kita pohonkan dari usaha-usaha ini selain dari merapatkan silaturrahim sesama Muslim, dan mencari redha Ilahi dari usaha kita itu.
Marilah kita terus berusaha dengan terus gigih untuk menjejaki sahabat-sahabat lama kita yang masih belum dijumpai. Tidak kita pasti samada mereka sihat atau tidak, samada mereka masih hidup atau telah pun dipanggil mengadap Ilahi. Setakat yang telah kita temui dan jejaki sekarang ini pun, kita tahu ada sebilangan kita yang sudah dipanggil mengadap ilahi, dan ada yang terbaring di tempat tidur kerana diuji Allah dengan sakit dan gering.
Saya akan bertolak balik ke kampong halaman malam ini.
Sekali lagi saya ingin melafazkan ucapan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua sahabat-sahabat Gen77. Insya Allah minggu depan kita bertemu semula di pelbagai majlis hariraya yang telah dirancangkan.
Minal A'idin Wal Fa'izin.
Asmawi Mohamad sekeluarga
Jemputan Wak Man
Semuga semua teman-teman sehat dan diberikan kekuatan untuk terus berjuang. Mereka yang dah sampai ke kampong, bersyukur dan selamat pulang ke kampong. WM baru balik dari kuliah subuh di Masjid Bukit Baru,Melaka. Singgah kat ofis sekejap. Diam tak diam dah masuk hari ke 28 ramadhan. semakin hampir ke garisan penamat. Ramai dah hantar kad raya dan SMS . Baru sekejap Ahmad Semawi hantar SMS. Terima Kasih. Ramai juga yang hantar SMS tanpa nama, tak tau samada teman-teman KIK ke,? OKT (Orang kena Tangkap) ? atau pendengar setia Radio Melaka.
OK, Melalui blog ini, Wak Man ingin menjemput kepada teman-teman yang berkesempatan untuk datang ke rumah WM pada hariraya pertama jam 4 petang hingga 11.00 malam. WM ada majlis perjumpaan keluarga Embah Hj.Shukur (Datuk sebelah ibu yang berasal dari Tanah Jawa) Ini program pertama diadakan untuk mengesan cucu cicit yang ada di Malaysia dan di Indonesia. Dikesempatan ini juga WM jemput penduduk kampong dan teman-teman GEN77KIK yang berhampiran. Bakri, Muhabbat,Abdullah, Kak Timah, Jaliya, Halimon, Ct Aisyah, Habsah, Robiah dan semua yang lain jika balik ke Melaka, tak lupa Kamilah. Dijemput singgah.
Didoakan semua teman-teman dan juga guru-guru selamat balik ke kampong dan berhariraya dengan sanak saudara. Misi mengesan teman Ismail Maon dan Md Noor Baba akan diteruskan dihari raya ini, Insya AlLah akan berjaya. Jadikan persaudaran Gen77kik terus berkembang maju dan agenda membangun ummah dari sudut ekonomi, sosial, pendidikan dan siasah syari'ah akan dijelmakan dalam liqa' yang mendatang. Insan cemerlang dan tokoh usahawan telah ramai dalam Gen77kik, teruskan demi keredhaan AlLah swt. WM menyusun jari sepuluh memohon kemaafan dan kempunan dari semua teman2. Insya-Allah jumpa lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)