17 April 2008

LAMA & BARU




WM bersama Hamid Jusuh & Abd.karim Husin sempena persidangan semakan undang2 di IKIM.







WM ke udara setiap pagi jumaat jam 8.15 pagi hingga 9.00 pagi di Melaka FM.
WM sebagai Pengerusi Lembaga Pelawat Sek.Tunas Bakti Sg.Lereh, Melaka. (Sek.budak PER baik2 belaka)




**********************************
Salam sejahtera didoakan semuanya sehat dan sukses bersama keluarga dan kerjaya masing2. WM dah lama tak dapat muncul dalam blog maya ni. WM gembira apabila teman Gen77 semakin ramai dan terdapat teman baru yang telah dapat ditemui. Akhie Hamid Jusuh, Abd.Karim Husin, Kadir Muhammad dan terkini Teman WM Azizan Hasan. Semuga AlLah swt memberkati persahabatan kita semua. Sesungguhnya kehidupan ini menyeronokan namun ianya hanya sementara waktu. Justeru itu persahabatan yang erat perlu dipupuk dan dijalin agar tazkeerah, ingat mengingat, nasihat menasihati dapat diketengahkan dalam kehidupan ini. Tempoh 2 tahun di kampong Jawa Kelang pasti meninggalkan kenangan indah apatah lagi bila ada yang sampai 4 tahun. Dari tukang kebun, tukang masak, Pak Ali, Pak Cik Ramli yang jaga lintasan jalan sampailah ke Pengetua kita semua kenangkan. namun dalam kegembiraan teman2 , WM masih tertanya2 teman2 yang seangkatan dengan WM 1977 yang lain, di mana kau pergi menghilang diri, hidup atau mati, senang atau susah, kahwin atau tak kahwin, kurus ke, gemuk ke? . Kita hendak merasa sama, gembira, sedih, ceria, kenyang dan lapar biarlah sama2 merasakannya. Walau bagaimana pun WM bersyukur atas nikmat dapat bertemu dan bersua muka dengan teman2 Genkik77 hari ini dan juga guru2.


Sukran, WM insan kerdil

WM sempat menziarahi cikgu Shahrom di Batu Pahat kelmarin, turut serta Dr.Izah Ahmad, Umi tersayang n 2 puteri WM. Cikgu Shahrom keluarkan Majalah RESTU untuk kami lihat lebih dekat kenangan lama di KIK.

Azizan Hassan 5 Sastera 2



ASSALAMUALIKUM X5 KIK'77.

DAN TERIMA KASIH SDR ASMAWI (DENGAR DAH JADI "MAWI"). TAHNIAH.

SEDIKIT TAARUF:

ANA D KIK SEKEJAP JER SATU TAHUN. CLASS MATE YANG ANA INGAT: ABDULLAH
SAID, ISMAIL MAUN, RAHIMAN BANI (@ "WAK MAN"), I'M NOT TOO SURE ABOUT
THE GIRLS. TAPI TAK PA NANTI INGAT LAH TU. MUHABBAD KENAI, SYA'RANI,

ANA BANYAK MASA BELAJAR D ITM & UiTM (SEMPAT JUMPA SDR YUNUS, MOHTAR
ABD LATIF)& SKARANG PUN (PART TIME - EMBA).

SKARANG BERTUGAS D SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB)- SEBAGAI
HOD - INTERNAL AUDIT & COMPLIANCE.

"SAPA2 ADA METHOD BELAJAR CAKAP ARAB "IN SHORTEST TIME", ANA NAK
BLAJAQ - LUGHATUL MUHAMMAD ALMUSTAFFA, LUGHATUL QURAAN, WAL LUGHATUL AHLUL JANNAH. PLEASE ANY BODY..HELP ME.

NANTI BOLEH JUMPA D NEXT GATHERING, INSYAALLAH.
*(ANA CUBA CARI GAMBAQ ANA n PAPARKAN)

HP: 019-7716102

Buat Semua Sahabat yg belum Muncul .......

Assalamualaikum wrahmtullahi wbrkth!!!!!!
Setelah kita semak balik dari mula blog/grop maya diperkenalkan nampaknya orang yg sama sahaja yang kerap menulis..sedangkan kita tahu genkik77 sangat ramai.Kalau dapat saya sebut disini antara yg selalu menulis ialah: Dari utara : Cik Pah.Saya.Fuat.Zubir.Nasir(lok).Dari Pantai Timur: Sanusi.Hj Mang.Robiah.Tajuddin. MohdAzam.
Dari Selatan:Muhabbat.Doc.Bakry.WakMAn.Rohana.Fatimah.Jaliya.Anson.Halimon.Dari KL:Farahdina(paling banyak rasanya)Tok lah pun banyak juga..termasuk dalam bahasa arab. Mustaffa.Naim.YA.Asmawi.Puad Mohmd....dan beberapa nama lagi yg tenggelam timbul.
Kamilah yg sentiasa bergerak,sekejap didarat,sekejap diudara,atas kapal laut n dalam kapal selam tk dengar lagi la( atas tangga k.terbang pun dia boleh tulis email ....) Ini lah antara nama2 yg sering keluar dalam blog dan grop maya....
Kepada sahabat2 yg mengikutinya tapi tidak menyertainya....apa yg menghalang sahabat2 untuk join sama...sesibuk Kamilah masih sempat dia bersembang2.....Oleh itu saya menyeru kepada semua sahabat gen77kik agar segera memunculkan diri anda.....
Ramai lagi yg masih menyembunyikan diri.......

Sekian tksh.
Bang Chin Changlun.

***Asmawi! Tah macam mana aku boleh menembusi sekatan yg sebelum ni aku terpaksa kena melalui hang....alhamdulillah.