05 August 2008

EKPEDISI GUNUNG KINABALU!

ASSALAMUALAIKOM!Semasa menghadiri majlis kenduri di rumah Datin Pah, saya berbual dengan Limon berkenaan satu ekspedisi gen77 ke Sabah dan mendaki Gunung Kinabalu! Kami bercadang untuk mengadakan ekspedisi tersebut penghujung tahun ini, In sya Allah. Oleh itu kepada sesiapa yang berminat bolehlah memberi nama untuk memudahkan perancangan seperti tiket, pengangkutan di Sabah, penginapan, tempahan di Laban Rata dsbnya! Persediaan awal terutama dari segi fitness perlulah dilakukan mulai sekarang supaya perjalanan dan pendakian berjalan lancar. Masa yang akan diambil lebihkurang 3 hingga 5 hari. Perancangan kami ialah, selepas sampai di KK, kita akan terus ke Kundasang. Bermalam di Resort Taman Negara Kinabalu. Keesokan pagi akan mula mendaki mulai jam 08.00 pagi. Dijangka sampai di Laban Rata selepas 6 atau 8 jam perjalanan mengikut tahap kecergasan dan cuaca. Bermalam di Laban Rata dan bangun pada jam 2 pagi. Kemudian terus mendaki ke puncak Kinabalu, dan dijangka sampai sebelum subuh. Kita akan menunaikan solat subuh di puncak Kinabalu, berzikir dan melihat keindahan alam ciptaan Allah Taala. Sekiranya hujan turun pada pagi tersebut, kita terpaksa pulang sahaja tanpa meneruskan pendakian ke puncak kerana trek yang licin dan cuaca yang terlalu sejuk! Di puncak kita tidak boleh tinggal lama kerana sejuk dan berkabus. Sebelum matahari terbit, kita terpaksa turun semula kerana cuaca akan berubah dan puncak Kinabalu akan diselaputi kabus yang akan menyukarkan perjalanan jika terlewat turun. Kita akan singgah sekali lagi di Laban Rata utk mengambil barang2, bersarapan pagi, kemudian akan terus turun ke bawah. Kita akan sampai ke kaki gunung Kinabalu lebihkurang jam 4 ptg. Selepas itu kita akan ke KK, membeli belah/ bermalam/ dan pulang ke KL.Jadi, sesiapa yg berminat, sila daftarkan: Wassalamualaikom wr wb. 1. Genghiz2. Limon3. Nik Mahizan4. Sambungkan.. .! * Sahabat2 yang tinggal di Sabah akan diminta utk membantu menguruskan pengangkutan di Sabah dan hal2 berkaitan pendakian nanti.