03 February 2008

Terima Kasih, teman sekalian.... terima kasih.!


Assalamualaikom teman semua!
Saya sangat berterima kasih dengan sokongan dan sambutan yang telah diberikan oleh rakan2 semua terutama sdr Asmawi, Mus, Puad, Wak Man,Kamilah, Latifah, Roziah, Abang Mohabad & Kak , M Noor Yaakob, Kak Ani, Hj Mang, Zaidi, Yunus, Azhan, Bakry, Latifah Z,Halimah, Kamariah dll, serta kawan2 lain yg tak berkesempatan utk memeriahkan majlis pada 2 Feb 08. Kita hanya merancang, Allah Taala jua yang menentukan..! Sebenarnya kedatangan teman2 telah menjadikan majlis ini tersangat indah sekali...

Saya sekeluarga berdoa semoga Allah sentiasa merestui hubungan kita ini dan menjadikannya bertambah erat. In Sya Allah, dalam majlis2 dan kesempatan yang lain kita akan turut dan turun bersama menjayakannya. Saya doakan semoga teman2 semua sentiasa sihat dan selamat sejahtera bersama orang2 tersayang, akan segera menerima menantu untuk membolehkan kita sentiasa dapat bertemu.

Kesungguhan teman2 akan tetap dikenang dan semoga Allah membalas segala pengorbanan teman2 dengan sebaik-baik ganjaran. Aamin!

Terima kasih.
Yang merindui kalian;
- abdullah hj hassan
4 feb 08

dari hj husin dollah dan hjh siti rabiah awang


gamba kami sekeluarga....


pertama skali, thniah kpd datin nik mahizan dan dato' abdullah krna sudah mndapat 2 manantu...kami sgt gembira dpt tgk gamba membe2 lama...
terima kasih dan tahniah kpd asmawi dan krew krna brjaya menyambung silaturrahim membe2 5kik 77...sesungguhnye Allah suka pd hamba yg menyambungkn silaturrahim...
rase trkilan sekiranya sy tidak turut sama menikmati teknologi ict yg dicetuskan oleh asmawi n the geng..kalo anda msih ingt, anda lah juga antara org pnting yg membina masjid kami berdua...anda sentiasa cemerlang dulu kini slamenye...
sebenarnya sy dan kamilah adalah sebilik termasuk jumaiah dr singapura...sy juga adalah penolong kpd kamilah,headgirl...
alangkah terkejutnya bile menatap rakan2 seusia d usia akhir 40an,begitulah juga sebaliknya...kalo x ade gamba lama mmg x saling kenal walaupun penah berjumpa....
kami menetap d klantan cuma anak2 yg berhijrah menimba ilmu d johor kulala lumpur dan sabah...kami bertugas sbg pendidik dan membuat sdikit bisnes chalet d bachok klantan...
kalo kalian sudi, dtglah ke klantan,menginap percuma...
pd guru2,ustaz ustazah, jasa kalian Allah sahaja dpt membalasnya...kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian..

Kempunan n Terkilan!

Assalamualaikum wbrktuh!!!!!
Bila melihat dan memerhatikan semua gambar2 bekwah datok Dolah yg dikirimkan oleh Mustaffa terasa sayu amat hati kecil ini..tambah2 disana ada gambar kawan2 beramai2 atas stage tu..terkilan rasanya.....aduhai badan ku di sini tapi jiwa dan fikiran ku disana...jiwa terlepas badan terkurung......hai hai hai macam laila majnu pula......

Pada datok dolah aku ucapkan tahniah kerana dapat menantu sorang lagi...tak lama nanti terima cucu pula.....

Itulah untungnya kalau kawin awaiiiii.......Sebenarnya kalau plan awai2 mgkin boleh pi juga...Fuat salah plan..mula kata tak leh pi..pastu boleh lak...kalau tidak, boleh jadi drver dia..tapi last2 dua2 tak pi....let by gone be by gone ....kedepan pi kita plan lain...kut2 ada sapa2 nk buat kenduri pulak....kalau cik Pah tak bimbang lah sebab rumah dia dekat utara ni juga...yg arif shaarani ka.(kut tersilap jatuh hukum macam AR tompel dlm cerita anak bapa.)...Fuat sendiri ka nk kawin lagi...mana lah tau....fulus banyak...binalah masjid lagi sebuah...................ha ha ha......maaf Fuat n yg arif...gurau-gurau je....

Tapi tk nampak pula wajah Naim dlm gambar2 tu...berangkali ada dalm gambar yg bakal dihantar oleh Asmawi lepas ni....yg aku cam jelas.Mustaffa,shaarani,Muhabbat.Azhan.Md.Noor yaakob..Cik Latifah,Kamilah....
Sekian sambutlah salam ingatan saya kepada semua kerabat 5kik1977....

wassalam
Husin Changlun.

Gambar-gambar di sekitar majlis perkahwinan Nuha (Abdullah Hasan dan Nik Mahizan)

Untuk melihat deskripsi/catatan/celoteh pada gambar secara lebih detail, sila klik pada gambar yang berkenaan. Gambar-gambar disusun secara "slideshow" untuk memudahkan anda "browse" semua gambar-gambar secara cepat dan menjimatkan masa. Just click on the picture itself to see a full "stationary" view.



-Asmawi Mohamad