09 February 2008

GUANE DEMO NUSI? KETUO KELAS 5SAS3,'77

Sanusi ketua kelas 5 sas3, 77
Assalamualaikom!

Kok aloh! guane tibo2 baghu timbo mucol ni? Lamo kak loh kawe tunggu demo! Demo dok maano lamo dok timbol2? Dok sibok wat gapodio tuh? Huje lebat pun nye begheti. Ko guane? Sibuk sokmo nih.

Tak pa, hang ketua kelas 5sas3 yang kami tunggu2. Aku saja tak mau kacau ketua kelas kita. Bila tiba2 muncoi malam ni, aku nak ucapkan ahlan wasahlan! Haghap2 lepaih ni hang tok sah dok buat2 tenggelam pulak! Kelas lain kebanyakannya dah habeh dah jumpa kawan2 lama. Kelas kita saja yang agak lembab. Aku segan jugak kat depa yang laju tu. Laa ni kheja hang ialah pulon caghi kawan2 kita yang dok di sebelah pantai timog. Yang dah aku caghi tuu ghamai jugak dah. Hang kena ambek beghat sikit dengan ahli kelas kita ni. Hj Mang dah dok berusaha sakan nak kumpoi memba2 di sebelah sana. Aku pun dah bagi tau kat dia yang aku akan tetap bersama dia untuk bagi berjaya. Hang kena tolong kuat sikit! Hang ajak tu kawan kita yang suka sangat tengok ceghita kungfu. Ali Jusoh! Aku lama jugak dah tak jumpa dia. Last aku tengok dia masa dia bawak budak2 sekolah dia yang kat sabah mai ikut bernadwah di kik. Lamaa sangat dah. Aku pun tak ingat dah tahun bila. Masa tu aku jadi s/u nadwah. Ali jadi guru pengiring, tapi selalu lesap! Dengak ceghita dia ada di trengganu kite, betoi ka? Azami Jusoh yang pakai sepek tebai tu pun aku peghenah jumpa sekali saja, itu pun aku tak ingat di mana? Mat Azit Kadiag dok menyoghok tang mana pulak? Dia tu budak ghambut khintin daghi Tawang, Kelantan. Lagi soghang yang aku tak peghenah jumpa iaitu si Kahag Daud. Dia ni mai daghi Republik Besut. Sdr Mustaffa Abd Rahman pun aku tak peghenah jumpa lebih 30 tahun dulu. Soghang lagi si Ruhaimi Sidek budak Maghang. Dia terseghempak dengan aku masa aku dok jalan2 di pantai cinta berahi. Lama dah, masa tu dia kena jaga oghang pelarian. Samsudin Awang pun aku tak jumpa lagi. Dia ni budak Kemamang. Aku ada masukkan senarai nama dan alamat ahli kelas2 gen77kik dalam blog ni. Lama dah. Hang caghi balik! Kalau tak jumpa hang bagi tau kat aku! ok.



Faham tu skooot?



* Esok pagi, In Sya Allah aku dan bini aku akan berkunjung ke Sri Iskandar.

Jom pi sama! Om Puat, kita jumpa di sana no!


- abdullah hj hassan

Salam..

Alhamdulillah, tahniah kepada teman-teman kerana dapat bertemu di sana sini. Kami yang tak dapat ikut atas sebab-sebab tertentu Insyaallah akan tetap mengikuti perkembangan. Kalau boleh kami pun nak pi juga, tapi nak buat cam mana...

Selamat berbahagia. Semoga bertemu dan berpisah kerana Allah.
FarahDina

Ditemui

salam persahabatan utk semua....
Untuk makluman sdr sdri semua, ptg td saya bertemu ngan sdr Rosli Abas [ 5sas2 ]. Dia dtg ke SMKANI Kuala Besut utk hantar anak dia dsitu. Saya kesna pun ngan tjuan yg sama. saya dah bgtau ttg kewujudan blog ni pdnya serta rancangan sahabat2 utk reunion kaw timur ni. skg ni dia ngaja di sk durian mas 2, dungun. Buat hj mang, mungkin bleh la kontek dia klu ada pertemuan kaw. timur nnt. no hp 0133388761.

skian tmasih.

sanusi.

Perjumpaan di sana sini

Alhamdulillah, nampaknya kita telah dapat melebarluaskan skop perjumpaan silaturrahim kita ke kawasan-kawasan di luar Lembah Kelang. Jika selama ini, dalam tiga pertemuan yang lepas-lepas, kita hanya bertemu di Lembah Kelang, sekarang kita telah melebarkan sayap menjangkau ke utara, ke selatan, dan ke timur.

Besok tengahari, geng-geng di Perak akan bertemu di Sri Iskandar. Kemudian satu pertemuan lagi sedang rancak dirangka di Melaka dalam masa seminggu dua ini. Kabarnya, 100% fully sponsored!! Perjumpaan di Melaka akan "cover" kawasan-kawasan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Of course orang kuat kita di Kelang, Dato Dollah, akan pasti hadir dengan Datin. Tuang Haji Mang pula sedang rancak merancang satu pertemuang Zon Timur di Kuala Terengganu, atau Kelatang, atau Kuatang! Sahabat-sahabat di Pantai Timur sana, berilah kerjasama sepadu-padunya kepada usaha-usaha Tuang Haji Mang/Padzilah itu. Seperti yang ditekankan oleh Dato, wang emas boleh dicari, persahabatan yang abadi pula perlukan komitmen. Di atas nama Kolej Islam Kelang, marilah kita satukan jiwa-jiwa ini, fillah dan lillah.

Seusai (waduh-waduh, sudah berbahasa Indon ya wak!!) siri pertemuan-pertemuan ini, ertinya kita sudah mampu "cover" seluruh negeri-negeri dalam Malaysia, kecuali Malaysia Timur. Ini akan meletakkan kita di satu asas yang kukuh dan efektif untuk pertemuan seluruh negara yang kita rancangkan di Kolej Islam nanti.


-Asmawi

Cik Pah Di Bandung


Jangan marah , aku dah jumpa putera Pak Soenaria,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Puad Hang rugi tak mai. cewek Bandung cun cun belaka
Pah .

TUNGGU APA LAGI? JOM PI SANA!


Assalamualaikom!

Dulu ustaz2 kita ada mengajar beberapa tajuk nusus. Kami yang dok di kelas sastera kena hapai bulat2 sebab nak ambek SKK. Antara syaer yang ana masih ingat sampai laa ni ialah yang dikaryakan oleh Al Imam Assyafiee rohimahulLah. Kata Al Imam;


"Bermusafirlah kamu, pasti kamu akan menemui teman gantian kepada teman yang kamu terpisah darinya!"Katanya lagi;

"Sesungguhnya aku melihat air yang bertakung tak bergerak akan merosakkannya, andainya ia mengalir ia akan menjadi baik, dan andai ia tidak mengalir pasti ia tidak akan menjadi baik!"


Teman!

Ana tak mau nak syarah panjang2. Kita semua dah lama2 belaka. Semua tentu tau bila, mengapa dan bagaimana nak bertindak bila ada sesuatu yang dicadangkan oleh kawan2! Duit boleh dicari setakat rezqi yang Allah beri. Alhamdulillah. Dah lama kita sibuk dengan dunia kehidupan kita dan keluarga sendiri. Dalam pertemuan2 yang diadakan telah banyak yang kita lihat. Macam2. Memang kita kata tak patut jadi macam tu, tetapi itulah keadaannya. Tak kenai pun walaupun kita masih belum sampai 50 tahun! Selepas tenung, rebung, belek kelebek, bayang, garu dan pikiag, akhirnya memori kita pun mai, kita dapat kenai juga, Alhamdulillah. Ada kawan2 yang kurang prihatin, mungkin kerana ada perkara yang lebih penting agaknya! Yang memang tak boleh tinggai, nak buat macamana? Tak paa la hok ado hal mace tu! Kepada mereka kita doakan semoga Allah Taala sentiasa mempermudahkan kehidupan agar dapat kembali berkomunikasi atau berhubung muka dalam program2 yang sempat kawan2 kita atur hanya kerana ingin menatap wajah2 teman lama yang pernah makan, minum, bermain, bertengkar, bergaduh selama kita berada di KIK dulu sebelum kita menghembus nafas terakhir menghadapi alam kubur menuju ke akhirat!


Kawan2ku!

Alfatihah untuk kawan2 kita yang sudah agak ramai mendahului kita ke alam baqa. Guru2 kita pun sudah ramai yang sedang menunggu kita! Kita hanya dapat mengumitkan dua bibir dan menggerakkan lidah menghadiahkan beberapa ayat suci kepada mereka. Itu saja? Itu pun ketika Allah masih memberi kekuatan dan keizinan untuk kita berbuat demikian. Apakah kita masih mahu berkira? Ayuh teman, ayuh Bakri, Hj Mang, Puat, Samawe, Saidi Ismail, kaum2 ibu kita! Semarakkan pertemuan! Semoga Allah memberkati usaha2 kita untuk mempertauteratkan semula hubungan ukhuwwah fillah yang telah terputus agak lama!


*Hj Mang! Ana bersedia demi menjayakan Liqa' Pantai Timur! Pastikan tarikh dan masa yang sesuai utk kita terus bersama!

Ampun dan maaf jika tersalah sangka!

Akhukom fil Islam wal hakhir ilalLah;

-abdullah hj hassan
080208

Cadangan Reunion KIK@77 Kawasan Pantai Timur

A'kum warga KIK@77 yang berada di Kelantan, Tganung & Pahang.
Kita dah baca reunion di Tg Malim, Briani King di Kelang, di KIK semasa perkahwinan puteri Datok Dollah/Nik Mahizan, di Alor Staq & terakhir akan diadakan di Tronoh.
Oleh itu wahai kawang2 yang berada di Kelantan, Tganung & Pahang dok teringing ke kita nak reunion getek macam mereka, lawang - lawang jangan dok lawang .If so, jangan malu dang segang :
1. Beri nama dan no tel ke kepada saya (Tganung) ,Phadilah (Pahang) & Ahmad Imran (Kelantan).
2. Kita akan capture, brapa orang & yang paling ramai populasinya dimana.
3. Kita akan rancang (jika setuju) untuk pertemuang.
4. Tarikh & tempat akan kita tetapkan kemudian - hopefully very soon.

rahmaju@petronas.com.my
rahmaju@gmail.com
019 915 0007

Phadilah 013 930 7007
Imran - tak dok no lagi, sila contact saya.

w'ssalam
hj mang.