06 March 2008

Kenangan di Melaka

Assalamualaikum Gen77, semoga semuanya sihat sejahtera dalam peliharaan Allah.
Maaf dipinta kerana kali ni saya nak berkongsi gambar2 kenangan reunion di Melaka pada 24 februari lepas. Saya tertunggu2 juga coretan dan gambar dari Wakman sebab beliau dah sediakan cameraman, tapi sikit je gambar2 yang keluar ni.
Pertamanya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Wakman yang sudi menjemput saya dan anak dara saya ke lokasi reunion di rumah Puan Fatimah Hassan.

Rumah Puan Fatimah Hasan di Kandang, memang luas, amat sesuai untuk pertemuan sebegini. Macam kenduri kahwin, siap dengan bannernya lagi. Terima kasih Fatimah.Dalam pertemuan ini saya telah dapat berjumpa dengan ramai kawan perempuan, ya, pertemuan di Melaka dikuasai oleh Gen77 perempuan. Paling seronok dapat jumpa roomate masa di Blok D dulu, Rabiah Bujang dari Melaka selain Kamilah. Seorang lagi,Fatimah Ali belum ketemu.










Puan Fatimah, Tuan Rumah
X Roomate- Rabiah Bujang, che Pah n Kamilah


Saya juga dapat bertemu dengan Jumaiyah dari Singapura, rakan yang duduk bersebelahan saya semasa di kelas dulu. Kami juga sempat berkumpul bersama pelajar 5 Sastera 1 1977 (Mustafa Md Noor, Che Pah n Jumaiya) dan pelajar 6 Atas 1 1979 yang terdiri dari Gen77 (Naim, WakMan, Mustafa, Kamilah, Afrinah n Che Pah).




Mimpi....

Subuh tadi anak perempuan saya yang sedang tunggu keputusan SPM menceritakan mimpinya. Tidak lucu, tapi kami tergelak! Apa pun saya katakan padanya; “InsyaAllah Khaiir, InsyaAllah Tayyiib” (InsyaAllah alamat baik).Saya ingat ustaz pernah ajar itu pesan Rasulullah saw bila orang ceritakan mimpinya pada kita.

Kata anak saya, kalau di sekolah/ KISAS, ada sorang kawannya letakkan buku Tafsir Mimpi yang tebal atas meja di belakang kelas. Pagi-pagi sebaik saja sampai ke kelas akan ada kawan-kawan yang akan ke belakang membelek kamus mimpi tu…

Masa tingkatan 5 saya ada sepasang baju kurung warna kuning coklat yang ada gambar photo muka budak kecil comel (anak Mat saleh mana tak tau!) dan sekuntum bunga ros yang cantik. Saya sangatlah sayang akan baju itu...Waktu nak beli kain Mak saya dah sebut; “Ada gambaq oghang.” Saya kata pasai gambaq budak comei tu la saya berkenan sangat dan bunga ros pun saya suka.

Akhirnya jadilah saya satu2nya orang di KIK yang pakai baju kurung sepasang ada gambaq manusia.Mungkin kawan-kawan tak perasan pun, cuma saya sendiri terbayang-bayang akan diri saya dengan baju yang amat saya sayangi itu.

Satu hari.... saya telah bermimpi: Saya dikejar oleh ‘seekor’ anak patung kecil dalam 2” tingginya.Saya berlari dan bersembunyi merata tempat tapi budak kecik tu tetap ikut. Saya amat takut memikirkan macam mana nak berkawan dengan budak sekecik itu. Akhirnya saya terjun ke dalam anak sungai yang cetek dan jernih airnya. Budak kenit tu pun terjun juga dan saya jadi bertambah takut bila dia tersangkut di akar pokok dan menjerit-jerit minta saya tolong. Akhirnya, Alhamdulillah...saya terjaga dari mimpi!

Sejak hari itu, saya simpan baju kesayangan saya tu dan bila cuti penggal saya bawa balik ke rumah. Bila terjumpa hadis yang menceritakan tentang larangan membuat patung makhluk bernyawa & Rasulullah saw mengkhabarkan bahawa patung-patung itu di akhirat kelak akan minta nyawa pada orang yang menciptanya, saya teringat akan mimpi itu....

Sebelum melangkah keluar untuk ke tempat kerja pagi tadi, saya sempat menjenguk anak gadis saya yang sedang tersenyum mengadap internet membaca tafsir mimpi. Alhamdulillah, semuanya nampak baik belaka.Bijaksana sungguh orang yang mentafsirkannya...


P/S Kepada Kak Teh ( Rohana Mahadi ) dan Esah di Melaka. Saya doakan semoga kedua-duanya tabah menghadapi dugaan Allah SWT. Lagi besar dugaan yang dihadapi , bertambah besar ganjaran yang telah tersedia.

Kata Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni: Orang berjiwa besar mempunyai pandangan jauh ke hadapan. Dia redha dengan Tuhannya dan Tuhannya redha kepadanya. Dia dicintai oleh keluarga dan sahabat-sahabatnya. Hidupnya penuh bermakna dan dia punya prinsip...

Salam mesra,
FarahDina