19 August 2009

Cepatnya Masa Berlalu




Kehidupan terus berlalu dengan pelbagai ujian dan dugaan, sehingga manusia merasakan saat akhir kehidupan, walaupun sebenarnya manusia tidak akan tahu bilakah masa dan di mana akhirnya kehidupan seseorang insan.

Dalam manusia menyelusuri kehidupan , masing-masing mempunyai kekuatan disamping kelemahan yang kadang kala dibaiki dan ditambahbaikkan dengan keinsafan dan ketelusn hati masing-masing.

Ramadhan menjelang tiba, bulan yang di nanti-nantikan oleh pencinta sejati akan al-Khaliq. Cinta sejati kepada Rabb yang menjadikan insan dengan sebaik-baik kejadian. Setahun begitu pantas, sepantas kilat menyambar di waktu hujan lebat semasa dalam perjalanan ke AnCasa Hotel KL petang semalam. Hampir 2 jam perjalanan dari Serdang ke Ancasa Hotel di jalan Tan Cheng Lok, dekat Pudu Raya. AL HAMDULILAH, syukur akhirnya sampai sehingga ketika ini mampu melontarkan bicara untuk tatapan teman-teman genkik77. Selamat menjalani ibadah umrah dan ibadah puasa di Haramain, kota Mekah dan Madinah kepada teman-teman yang berkesempatan ke sama khususnya kepada Cikgu Hj.Tahir yang dimaklumkan juga akan mengerjakan ibadah umrah.

Teman-teman yang diingati,

Dalam menanti ketibaan Ramadhan, teringat sajak seorang teman yang menzahirkan kebimbangan tika berlalunya Ramadhan tahun lepas.

Entah mengapa terasa sedih
Bukan kerana Ramadan akan berlalu
Bukan kerana Lailatulqadar terlepas


tetapi


Mampukah saya beristiqamah dengan ibadah
selepas ini...
Mampukah saya melangkah ke surau untuk solat isyak
Mampukah saya membaca al-Quran setiap hari
Mampukah saya berpuasa sunat
Mampukah saya bersedekah


Kerana selepas ini


Tiada lagi alunan bacaan quran di corong radio

Tiada lagi Jejak Rasul di TV3
Tiada lagi Qari Mawi dan Qariah Siti Nurhaliza di TV1


Selepas alunan takbir konvo


Cabaran pasti datang bagai tsunami

Bukan syaitan yang dilepaskan dari dasar lautan
Tetapi nafsu dan godaan yang kembali membuka premisnya


Setelah diboikot selama mahasiswa mengaji

Di Universiti Ramadan


Berjanjilah pada diri sendiri


Langkahlah kakimu ke "Surauku Syurgaku ,Bukalah kembali Al-Quran setelah khatam di bulan ini


Berpuasalah sunat bukan nak save duit je


Bersedekah dengan harta, masa, dan tenaga


Kerana skrol Universiti Ramadan hampir dibakar api syaitan


Penganggur terlena sebentar

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK"

Selamat Maju Jaya

Dari WM

AnCasa Hotel

RAMADAN AL MUBARAK


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.
Salam Hurmat dari
WM
AnCasa Hotel
Kuala Lumpur, MALAYSIA.