06 April 2008
Semalam saya telah berpeluang menziarahi sahabat kita Siti Norlela Badrulzaman yang sedang menerima rawatan di HTAA Kuantan. Beliau telah selamat menjalani pembedahan pada hari Jumaat (4/4) kerana fibroid. Alhamdulillah beliau kini stabil walaupun nampak lemah menahan kesakitan akibat baru dibedah. Dalam beberapa pertemuan dengan saya sebelum ini , beliau menceritakan pernah mencuba beberapa rawatan alternatif, tetapi akhirnya tiada pilihan, terpaksa juga dibedah. Kelihatan beliau dan keluarga amat tabah dan redha dengan dugaan Allah ini. Beliau telah diberi cuti sakit untuk berehat dan menerima rawatan susulan selama 2 bulan.
Sama-samalah kita berdoa supaya beliau cepat sembuh dan dapat bertugas kembali seperti biasa. Kepada sahabat yang ingin bertanya khabar tentang kesihatan beliau bolehlah menghubungi beliau ditalian 0139168607.
Wassalam
Padzilah
Mutiara Kata
Nampaknya hari suasana di maya gen77 agak sunyi. Barangkali sdr/sdri di sebelah western region agak sibuk. Ada yang balik kampung, kenduri. Ada yang bercuti, mesyuarat utk walimatul Urus 12 Apr ni dan 2002 mcm lagi agenda. Kami di sebelah East Region ni kerja hari ni. Terasa sunyi pulak tak dapat baca coretan, usikan dan gurauan teman2 . Biasa kalau saya tak buka mailbox 1 hari akan adalah 30-40 mesej yg masuk. Oleh kerana orang lain cuti biarlah saya overtime. Bukan benda2 yg berat pun. Sekadar kata-kata hikmat yg barangkalinya boleh kita baca dan renung sejenak. Kemudian......... jadikan pedoman kalau elok, kalau tak elok tinggalkan saja...... ianya dipetik dari merata-rata tempat...
MUTIARA KATA
1. Semakin tinggi tahap keangkuhan seseorang, semakin rendah tahap moralnya.
2. Baik buruk seseorang dinilai dari segi tingkah laku, pertuturan serta pemikirannya, bukan dari segi kehandalannya.
3. People will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them FEEL!
4. Manusia, bila sudah senang, sering lupa dan leka. Bila sudah senang, kita tidak ada apa lagi yang hendak diperjuangkan
5. Lebih baik berdiam dari, daripada mengeluarkan kata-kata kesat.
6. Kegagalan itu satu pengalaman yang harus diperbaiki untuk mencapai kejayaan.
7. Ilmu adalah satu anugerah.Menuntutnya adalah satu kewajipan. Mengajarnya adalah satu tanggung jawab.
8. Empat Jenis Insan
INSAN YANG TAHU, tetapi TIDAK TAHU bahawa DIA TAHU, itulah orang yang LALAI. Oleh itu, berilah mereka PERINGATAN.
INSAN YANG TIDAK TAHU dan TIDAK TAHU bahawa DIA TIDAK TAHU, itulah orang yang BODOH dan DEGIL. Oleh itu, TINGGALKAN mereka.
INSAN YANG TIDAK TAHU dan TAHU bahawa DIA TIDAK TAHU, itulah orang yang JAHIL. Oleh itu, AJARLAH mereka.
INSAN YANG TAHU dan TAHU bahawa DIA TAHU, itulah orang yang BERILMU. Oleh itu, IKUTILAH mereka.
9.Zaman remaja hanya datang sekali dalam hidup kita. Oleh itu laluilah zaman itu dengan penuh keyakinan diri.
10. Gila seorang pengikut, tidak memusnahkan seorang pemimpin. Gila seorang pemimpin, boleh membinasakan seluruh pengikut.
11. Mengalah tidak semestinya kalah. Kalah tidak semestinya mengalah.
12. Berbicara bila perlu adalah lebih baik dari bertutur bila kelu.
13. Tiada siapa yang berjaya dalam hidup tanpa kegagalan dan kesilapan.
14. Cinta kepada kebendaan akan membuat kita lupa kepada kematian.
15. Hina seseorang itu bukan kerana kemiskinannya, tetapi kerana kurangnya adab.
16. Jangan
17. Bukannya mudah untuk membuat orang ketawa, tetapi amatlah mudah bagi diri kita ditertawakan.
18. Manusia tidak pernah puas. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari kepuasan.
19. Ilmu yang diperoleh sejak kecil akan menjadi taman seumur hidup.
20. Kita dilahirkan dalam keadaan menangis, orang sekeliling tersenyum gembira. Beramallah agar kita mati dalam keadaan tersenyum, orang sekeliling menangis kesedihan.
Sekian.
Sanusi.