11 January 2008
Hansem 5sc2 1977-Tu... Norbakri Mat Derus
Dalam posting saya sebelum ni saya ada sebut kawan dari Melaka yang hansem tu... masa tu lupa nama lepas tu dia email Asmawi, baru saya ingat Norbakri Mat Derus...ikhlas...ni kalau jumpa sekarang cam ke tidak tak tahu...maklumlah 30 tahun punya perubahan...
Maaf Norbakri mungkin sdr tak ingat saya Mustafa Mohd Nor 5 sastera 1.
-mustafamohd nor-
Ahmad Semawi Hasan-Kuantan Pahang
Pagi ni saya dapat bercakap dengan Ahmad Semawi Hassan. Saya minta izin nak masukkan HP beliau. Dia izinkan. 019 9555-160. Wassalam
-Mustafa Mohd Nor-
Dari Norbakry again
Email ini saya terima dari Noorbakry. Oleh kerana ia memberi manfaat untuk semua, saya panjangkan di sini untuk tatapan semua.
Asmawi
--------------------------------------------------------------------------
Akum.
Aku di beritahu oleh Halimon supaya malayari blog kik77.Cuma nak ingatkan hang lawatan kita ke Cameron Highland semasa hokey world cup di KL. Siapa yang kena tangkap skodeng budak2 pempuan kat bilek sebelah. Cikgu sushama mengamuk. Tak pasal2 orang yang innocent yang terkena cekup. Yang lain pura2 tidur, hahahahha. Dalam gelap2 tu. Tapi dia frust sangat aku tak score biology. Sebab masa test, aku yang selalu score. Agaknya sebab kurang berkat pasal incident tu kot. Nasib baik dia tak report kat kakak angkat aku, prefect shamsiah cik.
Dr Noor Bakry Mat Drus
Best gak kalau dapat jumpa semula.
Dari (Datin) Rohani Daud :)
Saya panjangkan tulisan dari Puan Rohani Daud (Datin). Kalau nak tau kenapa saya panggil dia Datin, tanyalah beliau sendiri.
Asmawi
--------------------------------------------------------------
As'slkum buat semua kawan2 F5kik 77, Semua Guru2, Ustaz 2 dan Ustazah2 yang begitu perihatin.
Alhamdullillah dipanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana masih diberi kesempatan dapat menyambung kembali ikatan silaturahim di antara kita semua setelah masing2 membawa haluan. Namun begitu terdapat juga segelintir dari kita yang sering berhubung kerana bekerja dalam satu majikan.
b) Nama 2 guru yang cukup saya ingat ialah Ustazah Fauziah dan Ustaz Ahmad Ismail. Ustazah kalau pergi tinjau asrama wanita memang macam bertih goreng la. Bila saya dah ada anak perempuan (No 1- 4 ) saya gunakan kaedah yang ustazah pakai. Bukan marah kerana benci, sebaliknya kerana terlalu SAYANG . Kaedah tu berjaya. Saya cukup kagum dengan kemahiran Ustaz Ahmad mengajar bahasa arab. Agaknya saya ni jenis yang lembab sangat,sampai la ni masih dok belajar lagi.
Kepada semua guru2,ustaz2 dan ustazah2 terima kasih atas segala jasa baktimu. Kan kujadi panduan dalam mengharungi hidup yang berliku.
Setakat ini untuk kali ini.Maaf dipohon jika tersilap bicara.
Dari Ahmad Puaad Mohd (Pahang) lagi....
Ramai kawan-kawan yang contact semula selepas dapat maklumat kawan-kawan. Memory silam memang banyak dan mengasyikkan. Maklumlah kita berbalik ke 30 tahun kebelakang. Lupa kita ni dah hampir ke penghujungnya. Tapi kita ambil satu kebaikannya untuk menghubungkan kita semua bukan saja di kalangan pelajar tapi juga tenaga pengajar yang telah berpenat lelah mengajar, membimbing, menasihat, mendidik dan menjadi seperti ibu bapa kepada kita semasa di KIK. Kami salute you all teachers ( termasuklah ust dan ustzh ) n we will never forget your contribution. Kami berdoa supaya kalian sentiasa diberi perlindungan dan dirahmati Allah. Memang semasa disekolah ada yang dibenci dan dimusuhi ( tapi bukan sayalah ) kerana tingkah laku kita sentiasa terkongkong dek peraturan yang dikenakan tapi sekarang bacalah semua komen kawan-kawan, semuanya menjadi gelak tawa kini. Keluar malam tengok wayang, ponteng prep malam, dan lain-lain memang menyebabkan kita memberontak. Tapi peraturan-tetap peraturan, perlu dipatuhi dan dikuatkuasakan. Sebab tulah warden disediakan. Jadi nama-nama Soenaria Sasmita umpamanya amat sinonim dengan kita. Dengan muka yang nampak garang tetapi mereka semuanya ok. Saya pun rupanya pernah di cop sebagai perokok semasa di sekolah dulu tapi tak pernah sekali sedutpun usah kan sebatang rokok. Ini cikgu Khairudin yang beritahu semasa saya ambil result dan dapat penjamin pinjaman persekolahan saya. Cikgu Kharudin dan Ust Soid Md Amin jadi penjamin bagi pinjaman di UM dulu. Lepas belajar kena bayar balik 100%. Lewat bayar sampai surat dan cc kpd penjamin-penjamin. Menyusahkan mereka pulak. Tapi dah bayar habis dah. Terima kasih cikgu dan ustaz Soid. Tanpa pinjaman tak mampu kedua ibu bapa saya membiayai pelajaran sampai lulus u tapi mereka telah banyak berkorban membesarkan kita dan memberi didikan sebaik mungkin.
Al-Fatihah untuk mereka ( bagi yang telah pergi ). Sebab nilah apabila Ustzh Fauziah kata kalau parent kamu mampu belanja sendiri hantar kamu ke Al Azhar bolehlah pergi saya tak ada komen lah. Kemampuan yang terbatas. Cikgu Tahir, Ust Rahman Bakar, Ust Hasan, Ust Shafie, Cikgu Zahrah, Cikgu Rani, Pak Moelyadi, Ust Adham, Cikgu Kusno, Ust Ahmad Ismail, Ust Ku Hamid, Cikgu Shahrum, Cikgu Sushama dll yang tak teringat dan ramai yang belum timbul dalam memori ini kita tak akan lupa sumbangan mereka. Mungkin akan jadi bahan ketawa tapi kami benar-benar menghargai kalian. Mungkin ada diantara anak-anak cikgu yang bersama kami sekarang tapi tak disedari. Contohnya ingat lagi Cikgu Mohd Din Basuni? Form 6 Ekonomi saja yang biasa sebab subjek tu diajar di tkt 6. Beliau yang terkenal dengan serius dan hansemnya mengajar saya di Lower 6 saja sebelum bertukar ke STAR Kelang sebelum Cikgu Kharudin menggantikannya. Setelah beberapa lama saya bekerja dan berkawan dengan Azrin Md Din di UDA, baru saya tahu itu anak Cikgu Md Din. Sekarang, bila berjumpa anak beliau adalah bertanya khabar mengenai cikgu tu.
Bagi kawan-kawan lain rasanya kena sambung di lain kesempatan. Petang ni Kamilah jemput launching office baru dia kat KL. Syukur ada kawan yang buka pejabat sendiri. Macam saya ni memang tugas harian buka pintu pejabat sendiri tapi pejabat tempat makan gaji je-sebab memang datang awal nak elak jam Jalan Cheras tu. Sementara tunggu waktu kerja tu boleh jugak buka blog ni dan kongsi cerita kita. Bagi Fuat, Mustafa , Kamilah, Prof Madya Latifah ( apa khabar Tn Hj Aziz yang baru balik tu ), kengkawan lain nanti saya tulis lagi.
Pn Hapinah Samah, Muhabak Latif, Halimon Sood and Melaka Geng Di Mana Sekarang?
Fuaad (gengster) janji nak hubungi Saidi Ismail (kastam di KLIA) dan Sabarudin Hassan (Jakim) Manakala Yaakob Rahim katanya di Sabah atau Serawak. Ahmad Semawi Hassan Head Boy 1979, 5sas3 77 sekarang di Kuantan Pahang. Fuaad akan contact juga.
Pagi ini, melalui Naim saya dapat bercakap dengan Yusof Nawang. 5 Sas2 77. Dia Di EPF PJ, senang nak contact.
_mustafa mohd nor-