07 March 2008

Pertemuan Normah dan Jaliya

Salam untuk kawan-kawan semua,

Walaupun pertemuan saya dengan Normah telah hampir dua minggu berlalu,, tetapi sekadar untuk mengisi ruang blog ini sahaja.

Memandangkan Normah Ibrahim (ex 5Sc 1) ada datang berkursus ke Melaka pada 19 hingga 22 Februari 2008, maka saya berjumpalah dengan beliau. Mula-mula pada petang 20/2/2008 saya ambil normah di hotel dan kami berbual-bual di sebuah kafe di Hang Tuah Mall. Kemudian datang Fatimah Hassan... tetapi ia dapat sekejap sahaja kerana kerana sibuk untuk menguruskan beli barang2 untuk Liqa' di Melaka pada 24/2/2008.

Pada esoknya di sebelah malam pula, saya sekeluarga membawa Normah makan dan berjalan2 di Banda Hilir dan kami dapatlah bergambar di Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir Melaka. Saya dan Normah sungguh gembira dapat bertemu yang telah hampir 30 tahun tidak berjumpa. Normah pula tidak dapat datang ke Liqa' di Melaka pada 24/2/2008.

Gambar-gambar yang kami telah abadikan...


Wassallam dari Jaliya..

"SELAMAT MENGUNDI"









Air Terjun Bukit Tinggi,

Padang, SUMBAR.





Apa khabar semua?, Didoakan sehat dan ceria selalu. PRU 12 akan berlangsung tanggal 8 mac 2008. "Selamat Mengundi" diucapkan kepada semua. Lepas mengundi , kuatkan azam dan tekad untuk terus berkerja bagi memakmurkan bumi Malaysia. Rapatkan hubungan silaturrahim, jauhi prasangka, umat Islam semuanya bersaudara. Bangunkan modal Insan, Perkukuhkan potensi diri, Perkasakan ikatan persahabatan Gen77. ........ Insya AlLah kita jumpa lagi...

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (Ugama) AlLah, nescaya AlLah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" Surah Muhammad :7.




Tetamu diPadang, SUMBAR