21 January 2008

SOS for Sdr Saidi b Kadir & cadangan sumbangan ke KIK

A'kum - KIK 77 eras,
1.Ana dah cuba call rumah mertua Saidi di Lurah Bilut 09 2377840 no diberi oleh mak Saidi tapi dijawab 'no ini tak terdapat dalam perkhidmatan'. Mungkin Pn Fatimah Hasan boleh tolong recheck no etc ngapa jadi gitu. Mak dia kata lagi dia ada seorang anak dah umur 18 tahun & coz 1 isteri.Masih ada disekitar Kuantan.Dulu ada berniaga kecil2 di kuantan Prade, tapi ana cari 3 kali dok jumpa. sahabat2 kawasan Kuantan boleh teruskan.
2. Hari khamis ni 24/1, saya akan kerumah maknya skali lagi dengan Kamal Daril, get more info - we let u know latest!
3. Berkenaan cadangan membina tempat perjumpaan pelajar di asrama KIK tu,it good idea - go ahead, kita pakat2 contribute.
4. Cadangan memasang mozek dalam surau lelaki & prm tu. ana rasa lebih molek kita sponser 'running mosque'(satu sejadah panjang yang boleh muat 10 orang).Coz walaupun dipasang tile, perlu juga ada carpet/sejadah/running mosque nak ada juga kalau tak sujud atas habuk pasir.Kita pakat sponser 1 sorang cost rm150.00 terus boleh guna.Hampar atas lantai simen/tikar sekarang.(Ana buat di surau SMS Dungun - nice & tidy).
5. Kalau kita sampai awal pada 1/2 petang, kita solat maghrib dengan pelajar2 dan beri takzirah sikit kepada mereka.
6. Lepas tu, baru acara kita - ke guana !
wassalam.
Hj Abdul Rahman b Hj Jusoh
Refinery Production Department
09 828 3723, 019 915 0007


LEMBAGA KETUA PELAJAR KIK 1977




Dari Majalah Restu.

abdullah hj hassan

MENJEJAK SDR ZAIDI KADIR

Assalamualaikom!
Maklumat terkini berkenaan sdr Zaidi yg dapat dicari. Zaidi In sya Allah dalam keadaan sihat. Kemungkinan besar beliau berada di kawasan Lurah Bilut, Bentong, Pahang. Harapan saya sesiapa yang berada berdekatan atau berkesempatan ke kawasan tersebut dapat merisik supaya sdr Zaidi dapat bersama kita semula dalam masa terdekat, In Sya Allah. Saya akan maklumkan perkembangan seterusnya jika ada. Sesiapa yang dapat menghubungi ibunya di Marang bolehlah berbuat demikian. Saya rasa ibunya mempunyai lebih banyak maklumat berkenaan sdr Zaidi yang kita rindui.
Wassalam.

abdullah hj hassan
21 jan 2008

Dari Kak Ani (Shaarani Ismail) 2

Assalamulaikum.. Saya Saarani Ismail. Saya memohon maaf kerana terlambat respon dalam blog ini.. Saya harap tuan² sedia maklum tugas sbg Yang Arif memanjang sibuk. InsyaAllah nnti saya akan cuba memberi respon sekadar termampu demi meyambung kembali silaturrahim yang telah lama terputus tanpa dirancang.. Saya lihat kwn² yg telah respon masing² hebat belaka dan ada yg menyertakan bersama gmbar² family setelah 20 tahun berlalu.. kita jmpa disana pada 2 Februari 2008 sempena walimatul urus puteri Ustaz Abdullah Bin Hassan di Dewan Besar KIK..

Gambar Terkini Mustafa Mohd Nor in case terjumpa takut tak cam...terutama yang terpisah sejak akhir 77.

Saudara Muhabat,
Bila tengok gambar saudara petang ni rasa boleh ingat. Tahniah dah jadi usahawan semoga berjaya secara berterusan.

Saudara Yunus Samad,
Teringat makan keropok lekor di rumah saudara 74-75, di Sabak. Juga masa tunggu bas balik sekolah, di stesyen bas KB 74 dan 75 Bas Sabak, Bas Beris dan bas Pengkalan Chepa (Baung)

Sdr Ariffin Bakar,
Terima kasih tel malam tadi dan InsyAllah kita jumpa bila Sdr Ke KL atau saya ke utara.

Sdr Husin Mat Isa...
Saya meletakkan sasaran untuk berjumpa saudara sebelum akhir tahun ini InsyaAllah.

Sdr Rahman Jusoh, Sdr Mat Zin dan Sdr Kamal Daril,
Kalau diizinkan Allah kita akan dapat berjumpa pada 2.2.08 di Kelang. Lepas kenduri kita ajak kawan-kawan lain yang free lepak kat kedai mamak mana-mana yang sesuai...

Saudara Asmawi...
Saya rasa elok sumbangan Amal Jariah kita kumpul masa lepas kenduri kawain anak Ust Abdullah Hassan (bagi yang dapat hadir) mana yang tak dapat hadir buat cara biasa. bank Akaun...

Saudara Naim...
Boleh saya jemput saudara dan kita pergi sama-sama ke kelang...2.2.08

Dr Nor Bakry, Sdr Halimon
Dr Nor Bakry apa macam boleh datang ke kelang 2.2.08? tak sempat sembang lama di Briyani King baru ni... harap Halimon dapat datang juga...

-mustafa Mohd nor-

Kpd Husin Md Isa drpd che Latifah

Assalamualaikum,
Husin, lama tak jumpa, sejak kita jumpa tahun 90an dulu di Kangar, kali pertama dan terakhir. Aku tanya juga kawan2, ada yang cakap hang kat Sabah, hilang la pencarian aku... Rupa2nya hang ada kat Changlon ja...isyh2 awat la tak tau...hang dah tau aku kat UiTM ni ja, awatla tak cari..Kamilah yang dok S'pore nu pun jumpa cari aku....tak pa2...now dah dapat berhubung semula kan
Sejak form4 hingga form6 kita sekelas, hang jadi ketu kelas, aku jadi penolong...kawan2kita yang sama sekelas sejak form 4 ke form 6 ialah Mustafa,Ripin n Saidi...sapa lagi ye? Maaf la kawan2, tak ingat,kena rujuk semula gambar2 kita dulu..ni kalau masih kat kelas dulu tentu dah kena marah dengan cikgu sebab tak kenal rakan sekelas kan.. banyak kenangan semasa jadi pelajar sampai tak tau mana satu nak diceritakan.
Terima kasih kerana coretkan kenangan lama..kerana sudi pi rumah aku kat kampong dulu, kampong aku kat Kubur Panjang tu ja, tak pindah ke mana pun, tak jauh pun dari rumah Dollah Hasan tu, tapi dia pun balik ke Sg Tiang tak hubungi kita, so tak dapat jumpa la kan... La ni aku kat Kangar ja, rumah dulu juga. Jemput mai la ke rumah..Fon no dah diberi sebelum ni.
Husin, untuk bercakap dengan aku tak payah sebut nama kat depan tu..Kita semua sekarang ni nak kenang kembali nostalgia dulu2, tak ada apa pada gelaran tu semua, biarlah kita berhubungan sepertimana kita mula2 di alam persekolahan dulu...masa tu kita tak tau pun kita ni nak jadi apa kan. Syukurlah, kita semua dah jadi "orang". Terimakasih kepada cikgu2, ustaz ustazah kita. Hanya Allah dapat membalasnya.
Syukur la Asmawi sediakan blog ni, dapat la berhubung semula kan. Terimakasih Asmawi.
Maaf, kena berundur dulu, ada kuliah. ada kesempatan saya akan menulis lagi walaupun sedikit

Kenangan Silam.

Salam,

Makin berkembang laman jejak sahabat kita Asmawi. Bukan saja ceritanya makin betambah tapi juga penulis dan pengunjungnya juga dah bertambah. Member yang dah lama tak tau beritanya pun dah dapat dikesan dan menulis dalam laman ni. Itulah kuasa kemajuan teknoloji IT sekarang. Hanya kita perlu berusaha untuk memanfaatkannya. Tahniah dan terima kasih kpd Asmawi.

Masa form 5 dulu partner I dalam ping pong kik ialah Weldan. kami jadi johan bergu bawah 18 kik. Bukan team sekolah tapi kalahkan pemain kik. Jadi tak heranlah selalu bagus- well done. Nak main bolasepak tak berapa sesuai kerana pakai spek mata ( kata oghe kelate dan terengganu, mungkin ada spek rambut, telinga dsbnya ). Ping Pong dan badmintonlah yang jadi pilihan. Ramai geng Melaka yang main- Ismail Maon, arwah Azizian, Zainal ( form 6 ) dll. Mail kalau marah dia lepaskan bat sampai nyaris tertanduk bat tu.

Pagi tadi telefon Muhabbat. Dah ada bisnes sendiri. Ralatnya, kelmarin ada di A' Famosa tapi maklumat diketahui malamnya. Kalau tidak boleh jenguk dia. Hj Rahmang Dungung pung ada talipong kata nak mari kik 2.2.2008 nanti. Siap mari awal tempah hotel, motel atau masjid. Kalu nok tido masjid, molek mari hari Khamis sebab malam tu boleh baca Yasin kat masjid. Pakat gi Kelanglah malam Sabtu tu nak jumpe Hj Rahmang tu.

Kepada Husin Changlun, teringat lagi kisah kena gunting rambut oleh warden dalam kelas. Tapi itu cerita form 6. Balik asrama terus repair kepala tapi Husin buat selamba aje, sampai pergi bandar Kelang pun mantain rambut yang tak sepertinya.

Pergi Kelang mana rugged naik bas atau teksi. Naik keretapi ( jalan kaki lagi baik ). Short-cut ikut stadium kota raja ( orang Perak jangan sebut - sebab akan jadi lain ). Ada tempat sembahyang Cina yang warna merah tu. Banyak buah-buahan yang diletak kat situ. Maka soundlah Ali Jusoh ( kat mana sekarang ye? ). Balik ikut jalan tu tengok buah tu dah tak ada. Cepat makbul sembahyang Cina tu sebab buah sedekahnya dah dimakan. Tiba-tiba petang tu kawan-kawan kejutkan ajak makan buah-buahan. Biasalah selepas balik dari keluar ke bandar ramai kawan yang beli buah-buahan makan di asrama. Tapi bila tengok buah tu macam buah yang dilihat di tempat sembahyang Cina tadi. Ramai-ramai kerumun ajelah. Tu sebabnya sekarang hanya buah plastik aje yang diletakan di tempat sembahyang tu. Mintak-mintak tak ada buah plastik yang dibawa ke masjid pada hari Jumaat. Sebab tu juga Ali Jusoh pandai Kungfu cina. Bila latih silat gayung banyak buah kungfu dan shao lin yang terkeluar. apatah lagi bila kena lawan tanpa guna buah silat gayung.

Kepada kawan-kawan 5 Sastera 5 yang masih bersembunyi di balik tabir tu ringankanlah jari untuk mendail member atau menekan keyboard untuk hantar e-mail. Boleh jugak kita bertukar berita dan cerita. Lagi ramai lagi baik sebab nanti kita nak buat grand gathering. Kalau nak pergi PD - UDA ada resort kat batu 8 Teluk Kemang ( Ancasa Resort All Suite n Spa ). Kena booking awal la sebab cuti sekolah atau weekend memang penuh. Kalau tidak mana-mana tempatpun boleh saja asalkan gathering kita jadi kenyataan.

Wassalam.

Puaad-Pahang.

Gambar Yunus Abdul Samed

Fuat/Mustaffa/Kamilah/Asmawi//Wak Man/rahiman )/Naim / Arifin./ Shaarani.....

Assalamualaikum wahai sahabat taulan semua !!!!!

First nk ucapkan teng Q pada anda semua yg tersenarai tu...urutan sahabat2 yg dapat dihubungkan melalui 5kik1977 tu...ada yg melalui sms dan ada yg terus via cll...tapi yg paling berjasa tentu Toke blog ni...tak lain tak bukan Asmawi lah....

Asmawi !!! saya dah cuba cara baru yng asmawi bagi buat wak man n senasib tu...langsung tak keluar british flag...yg keluar blok by KPM logo kementerian tu....biar pi lah..saya guna macam lani lah juga....

Kepada Arifin dan yg arif shaarani...mgkin hampa tk punya banyak ruang nk belek blog ni...tk pa lah sekali sekala tenyeh pi la juga...ramai kwn2 dok tunggu....ptg semalam( ahad ) Ripin cll saya on the way nk pi UUM katanya...hari dah nk malam dia kata tk dan nk mai umah...n sahharani berbalas sms pada malamnya... teng q Ripin n Shaarani....
Cik Latifah(maaf krn saya tk tulis word b4 ur name)...kita bukan jauh pun...UiTM ngan Changlun jerit pun dengar...pernah terjumpa sekali di kangar...that time still with yg dulu...tapi cuma dan sembang c kit je ngan depa dua...kalau cik latifah tk keberatan bagi la alamat rumah..kalau sahabat2 pi kangar boleh lah pi pekena ayaq kopi ka...
Cik nasarudin pun dok d arau je...tk tahulah dia dapat ke tak lagi alamat blog kik ni...nk kena pi cari dia rasanya......

Kepada pak lah Hasan n Nik Mahizan yg berada di KISAS tu....bila anta sebut pulut dakap tu, ana cuba dok buka memori lama,,kut2 ada cerita pulut dakap ni ..or anta tulis sebagai kiasan...tak apalah apa pun...memang teramat teringin nk jejaki semula kaki di kelang ni,apatah lagi kenduri anta tu..tapi tk daya rasanya..kekangan masa lah pak lah ..kalau anta balik buat kenduri di Sg Tiang..gerentilah pi....apa pun ana ucapkan selamat menerima menantu yang ke ??? kedua kut...ana anak sulung baru 20 tahun..kawin lambat....tak tau kata syok................teringat aruah Ustz taha kik dulu.....

Siapa lagi KBSM platon kita yg belum muncul...Sanusi Md.Shata,Rosli Abbas ( dok kat MPI sama2 dulu)Halim Yaakob,Omar JElani.Ruhaimi sidek ( platun Komander masa pertandingan kawat di Wadiben Kem KL.) Moktar ( pernah terjumpa di Kota Kinabalu Airport tahun 1987 bersama Imran Tahir ) siapa lagi????? ..Mustaffa ! hang ingat kut siapa lagi.....cari album koleksi Kedet ni belum jumpa lagi..kalau dah jumpa insahaa allah semua dapat disebut namanya....
Alfatihah buat arwah sahabat kita azizan Abd.Hamid...baru tau setelah wak man sebut dlm cttanya....
Cukuplah dulu.....
Wassalam......Husin Changlun Kedah.

2nd Feb....?

Uwaaaa...waa...hm..hm..hmmmm
Takdok ke sapo nak sponsor ni, aku nak pegi juga...tak dapat first, busniess class pung jadilah. janganlah bagi air asia...aku tak bbaik dengan tony fernandez tu...kalu aku ni muda as i was 30yrs ago, aku renang laut cina selatan tu...haaaa,haaa......
memang geram dok baca cerita2 lama tu..haaa,haaaa, apa nak malu kalu nak nangis pung.....
.....fr d almost 4gotten littleguy...
......yunus a.s.5S2,

Untuk Wak Man dan yang sewaktu dengannya

Salam,

Posting ini khas untuk Wak Man, dan orang-orang yang sewaktu dengannya yang mana akses blog dari tempat kerja telah diblock kerana sebab-sebab tertentu.

Untuk bypass (jalan lencongan la lebih kurang) blockage tu, ni Pak Long Asmawi nak ajar sikit:

1. Taipkan http://anonymouse.org/ pada ruangan link kat atas tu. Anda akan dapat lihat skrin yang seperti ini:



2. Klik pada bendera British tu, untuk memilih bahasa Inggeris, lainlah kalau hangpa semua fahem bahasa German, manalah tau pernah kerja dengan Hitler dolu2 ke. Selepas klik bendera Omputih tu, anda akan dapat lihat ini:

3. Taipkan form5kik77.blogspot.com seperti saya buat di bawah:
4. Klik pada button "surf anonymously" pada sebelah kanan tu. Voila. Anda akan dapat lihat skrin seperti di bawah
Insya Allah, jampi akan akan berkesan untuk bypass semua benteng-benteng yang memblok BLOG kita tu dari diakses. Kalau tak berkesan juga, habaq mai kat aku, nanti aku bagi jampi lain yang lagi power pulak.

-Asmawi Mohamad

SALAM MAHABBATEIN

ASSALAMUALAIKUM ,
Teman yang di Rahmati Allah SWT,
Sojak melayari Laman BLOG ini , esee asyik sonyum sorang yo, ingatan tahun 76 @ 77 datang balik , Hari ni aku masuk opis pun bolom buat kojo official.
Apo laei dah tengok muko kawan lamo . Naim , Fuad , Asmawi , Tuan Hakim dan member lain yg join group 13 Januari di KIK . Puan Anson bertambah jelita and Kamilah as well . Anson , Sekarang aktif main hoki Lagi ?
Untuk tatapan sahabat aku juga dah berubah , lihatlah gamba ateh , bini orang Losong K Trengganu - senior kita juga , cermin mata anak pertama Naim dan sebelah nya Najmi .
Sapo yang berhajat bulehlah isi borang ............
Fuad, tq pagi tadi call aku. Sesiapa ada HP ms Sushama tolong sms aku 012 6350046
Sampai jumpa lagi,
Muhabad

Salam Mesra dari wak man Melaka

Assalamu'alaikum Wbth.
Didoakan semua kawan2 daan keluarga sehat dan bahagia selalu. Wak Man gembira dan seronok bila Dr.Mawi memanfaatkan dunia ICT untuk mempertautkan dan menemukan semula ingatan teman2 30 tahun yang lalu. Wak baru balik ni, nak tengok blog ni kat office x dapat, kena block. Balik rumah dah tengah malam, jam dah 12.42 pagi. kau org dah tido semuanya kot , dibuai mimpi indah bersama teman2 kelas 4 & 5 KIK. Sedih juga ada teman2 yang dah pergi mendahului kita -Arwah Azizian Hamid (Al-Fatihah), yang sakit pun ada. Wak pun tak ingat sangat kesah2 tahun 76,77. Wak selalu pegi rumah bibik kat kg.Sg.Udang. Yunus Samad pun ada kakak angkat kat situ. Pak Ali pun di sana. Wak tengok ramai juga kawan2 yang ada di Melaka, tapi tak nak contax wak. Muhabbate sibuk kot, mana gi mdnor baba, ismail maon?, baru ni wak cari mail kat kg.ChinChin, Jasin, tak jumpa, saudara dia masih ada. Yang penting dia hidup lagi. Kesah Pulau Besau itu, waak dengar je ceritanya, menarik dan penoh nostalgia. Bakry memang hebat ceritanya, byk celotehnya. Itu belum kesah dia kat Melaka lagi power. Siapa yang ada kat Melaka, jemput2lah wak ni, boleh kita makan satay kat Kg.Jawa.