31 October 2009

ziarah esah di melaka 1nov09


ASSALAMUALAIKOM WAROHMATULLAHI WA BAROKAATUH!

9.30 PAGI = BERKUMPUL DI RR SEREMBAN
9.31 = SARAPAN (BAGI YG BELUM SORU)
10.00 = BERKONVOI KE MELAKA

HARAP MAKLUM!

Wassalamualaikom wr wb!
'FASTAQIM KAMA UMIRTA'
Salam ukhuwwah fiLlah utk semua gen77kik!
Abdullah Hj Hassan

gred merit ke ipta

engiraan merit ke IPTA guna gred baru mulai tahun depan
PUTRAJAYA: Starting next year, a new system will be used to calculate the merit points for Sijil Pelajaran Malaysia 2009 school leavers and the examination’s equivalent for admission into public institutions of higher learning.Higher Education Department director-general Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi said the change was in line with the Education Ministry’s new A+ pass level for SPM 2009 school leavers next year.“The system is introduced to accept the best into the public institutions of higher learning (IPTAs) and to distinguish the difference between A+, A and A-,” he said at a news conference here yesterday.Using this new system, a student scoring A will be categorised as A+, A or A- with merit points of 18, 16 and 14 respectively, compared to the previous 1A and 2A.He said grade 3B would be changed to B+ and have a value of 12 merit points, 4B changed to B (10), 5C to C+ (eight), 6C to C (six), 7D to D (four), 8E to E (two), and 9G to G with no merit points.However, Radin Umar said the new method would also take into account the special entrance requirement to ensure that earlier students who obtained grade 6C (credit) were not moved to a lower grade.“The processing, calculation of merit points, university entrance requirement, programme entrance requirement and candidate selection will be carried out in two ways, which are the current method for SPM 2008 school leavers and those before that, and the latest method for SPM 2009 school leavers.“This way, chances of earlier SPM school leavers to further their studies at the IPTAs are not affected.”He said the implementation of the new merit calculation method would be made known to everyone during the Higher Edu-cation Carnival 2010 with the cooperation of the Education Ministry, from January to March next year in 10 selected zones nationwide

PUTRAJAYA: Mulai tahun depan, pengiraan merit untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan setaraf akan menggunakan penggredan baru. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata perubahan itu selaras dengan sistem penggredan baru Kementerian Pelajaran yang memperkenalkan peringkat kelulusan A+ untuk pelajar SPM 2009 berbanding gred 1A sebelum ini . "Sistem ini diperkenalkan untuk memilih yang terbaik di kalangan terbaik bagi memasuki IPTA supaya ada perbezaan contohnya antara A+ dengan A dengan A-," katanya pada sidang media di sini hari ini.pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18, 16 dan 14, katanya. Beliau berkata, gred 3B ditukar kepada B+ dengan merit 12, 4B kepada B(10), 5C kepada C+ (lapan), 6C kepada C (enam), 7D kepada D(empat), 8E kepada E (dua) dan 9G kepada G dengan merit sifar. Bagaimanapun, Dr Radin Umar, berkata kaedah baru itu akan mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian seperti gred 6C (kepujian) sebelum ini, tarafnya tidak akan diturunkan ke gred lebih rendah."Pemprosesan, pengiraan markah merit, syarat am universiti, syarat khas program pengajian serta pemilihan calon akan dilaksanakan secara dua kaedah dalam proses transisi iaitu kaedah sedia ada bagi lepasan SPM 2008 dan sebelumnya serta kaedah terkini bagi calon lepasan SPM 2009," katanya. Beliau berkata, ia bagi memastikan peluang pelajar lepasan SPM terdahulu untuk melanjutkan pengajian ke IPTA tidak terjejas. Katanya, pelaksanaan kaedah pengiraan markah merit terkini itu akan disebarkan melalui Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010 mulai Januari hingga Mac tahun depan di 10 zon terpilih seluruh negara. "Kementerian juga akan mengadakan taklimat kepada guru bimbingan dan kaunseling serta mengemas kini maklumat itu melalui cetakan dan agihan brosur ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah serta di laman web kementerian (Pengajian Tinggi) dan Kementerian Pelajaran," katanya