19 April 2008

MENCARI FORMULA ....




Assalamu'alaikum Wbt,
Apa khabar semua? , AlhamdulilLah didoakan semua teman2 sehat dan beroleh ketenangan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin hebat. WM baru sampai dari program Forum Perdana sempena sambutan Maulidur Rasul S.a.w di Felda Tun Abd Ghafar Bukit Senggeh, Nyalas. Penal forum ialah YB.Dato' Hj.Noh Gadut Mufti Kerajaan Johor dan Prof.Madya Dr.Hajjah Syarifah Hayati Syed Ismail Pensyarah kanan Akademik Islam UM. WM sebagai pengerusi forum menggantikan pengerusi yang tidak dapat hadir kerana ada urusan di Acheh. AlhamdulilLah, semua masyarakat dewasa hadir di majlis tersebut namun nampaknya anak remaja, belia belum berminat dengan program seperti ini. WM semasa nak sampai tadi bertembung dengan aktiviti pasar malam, anak muda begitu ramai sehingga nak lalu kereta pun agak sukar. Sebelum tu WM sempat singgah rumah sdr Hj.Ab Aziz Jantan dan istrinya Genkik77 Hjh Ct.Aisyah Ariffin. Rumahnya depan masjid tua Nyalas. Sebenarnya remaja perlu diberikan kesedaran dan keinsapan untuk bersedia menghadapi cabaran akan datang dan bakal memimpin masa depan. Sebenarnya bukan remaja lain sahaja, anak teruna yang ada dirumah pun agak payah untuk melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan. Mungkin anak teman2 tidak begitu. WM sampai dirumah dah ada 3 panggilan aduan maksiat dan perbuatan tak sopan. Forum, ceramah terus berjalan, jom heboh terus disuburkan, maksiat terus berlaku ...... apakah formula untuk kembali melahirkan generasi gemilang " Khairul Ummah" ! , Generasi Al-Qur'an!, minta teman semua renong2kan dan syorkan kepada WM.
Sekian, jumpa lagi.
WM insankerdil