29 January 2008

Salam dari Padang Luas, Jerteh.

Assalamualaikum semua kekawan form5kik77.

Malan ni saya baru dapat masuk dalam blog ni. Dapat tau kewujudan blog ni dah 3 hari lalu melalui Broder Muhabbat. Saya terus buka blog, intai2 tengok2.

Masa tu dia di KB bersama ngan Imran ( bapak saudara aku), arif dan yg lain2. Tapi dia call saya lewat malam sangat, tak sempat nak join skali. esoknya dia dah balik ke kl.

Ok la tak pa mungkin lain kali boleh jumpe.
esoknya saya terjumpa Hazami di kedai makan di kg raja, bagi tau pasal blog ni, nampaknya dia dulu dapat masukkan berita disini.

Tadi pagi saya terima panggilan dari sdr Mustafa M Nor. Cara nak masuk sini dia yg kasi tau. Terima kasih Paa. Kali terakhir saya jumpe dia masa hantar anak kat Um Julai 2007. Tapi tak sempat nak borak panjang. Sekadar ambil no HP saja.

Kalau mana-mana rakan yang gi jumpa dengan guru-guru kita dulu, tolong sampaikan salam saya kepada mereka. Terutamanya Bapak Seonaria dan Bapak Mulyadi. Ustaz Adham insyaAllah akan saya jejaki disini.

Buat permulaannya saya tempelkan gambar keluarga yang terbaru raya posa 2007.


Bersama Permaisuriku.


Anak2 : semua 7 orang saja. Yg sulung Kanan(L) ( 24 th) kerja kat Jln Ampang: Software Engeniering. Kedua UIA/ Law (disebelah yg lelaki kiri) ketiga (L) sebelah kiri, keempat dekat lelaki kanan ( di UM), lima depan kiri, matrik gambang phg, enam kanan depan ( tunggu SPM) bongsu ( buat masa sekarang laa ) tengah ( ting 4 ).

stakat tu saja buat salam perkenalan ni.

Wassalam.

Akhukum Fil Islam.

Mohd Sanusi bin Mohd Shata
159-A, Padang Luas,
22000 Jerteh, Terengganu.
11.45mlm (selasa 29 Jan 07)


MA'AF, SIBUK SIKIT LAA NI!


Assalamualaikom utk semua!

Teruskan.........

Saya hanya sempat hantar yang ni saja dulu masa ni!

Wassalam


abdullah hj hassan

JEJAK KASIH DI KB

ASSALAMUALAIKUM WBTH

Teman teman yang dirahmati Allah SWT.Hari ni barulah ada kesempatan untuk menulis semula setelah usha di KB “hilang “ terima kasih Mawi , Rupa rupanya tulisan tersebut terselit di bahagian Edit.

Sebenarnya rancangan ke KB telah saya rancang dua minggu sebelum Bakri call ,tapi bila “suasana” mingu lepas berubah secara mendadak maka terpaksa saya namakan - PROGRAM JEJAK KASIH DI KB.Terima kasih Mawi dan Mustafa kerana beri hp Imran - 5 SC 1 dan Rohani Daud .
Pada 24 Jan petang , Saya cuba call Imran tapi tak angkat sebanyak 2x , bila tanya Mus sekali lagi , Mus kata dia memang ada di KB . Tak apa esok cuba lagi , pun tak angkat, hinggalah jam 10 pagi , Imran call bertanyakan siapa saya,,,,,,,, alhamdulillah dia masih ingat . begitu juga Rohani Daud , Rahimah Husin( Pen K Kelas 5 sas 5 ) , Arif ( Ketua kelas 5 sas 5) dan Siti Robiah .

Setelah check in di hotel kira kira jam 4 pm semalam , Seperti dijanjikan tepat jam 5.30 saya turun ke Lobi hotel , orang pula ramai di Lobi ,,,,,,,,, tercari cari juga Rahimah . Siti Robiah dan Rohani ........... Tiba tiba terdengar suara .......... ha ... tu MUHABAKK.....MasyaAllah .............. memang Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu , Senyum sambil tertawa bila mereka melihat saya , begitulah juga sebaliknya.
Subhanallah ,,,,, Tigo Mek Kelate ni tetap menten ............ selang 30 minit Ariff pula muncul dengan kupiah putih ------ malu pulok raso , orei melako dok pakai kupiyoh ,
Lama juga kami menyingkap kembali cerita lama tahun 77 .Siti Robiah datang dengan gambar suami – SPM 76 , rupa rupanya suami Siti sekelas dengan isteri aku -- amboi Siti , kawin abang angkat ehhh ????? , saya juga tunjukkan mereka laman Blog KIK 77.Bila mereka terlihat wajah terbaru kawan kawan kita , saya dengar Rohani berkata " ho ,, lain sungguh Puak "
Rahimah pun mencelah " Sapo dio yei botok ni ?
Tapi yang powernya Siti Robiah kata " Mawi dok banyok beruboh " ?????????????????????? Mawi ,,, menten sehe mu .......Arif sekali sekala mencelah juga , tapi beliau tetap cool seperti semasa jadi ketua kelas dulu.





Dari kiri : Rohani Daud - bertugas di LHDNKota Baru .cahaya mata 8 / menantu 3 / cucu dah 2 dan seorang anak bertugas sebagai doktor di Hospital KB .
Siti Robiah - Guru di Maahad Amir Indra Putra , Bachok, memiliki 5 cahaya mata dan bersuamikan Saudara Husin Dolah - senior KIK kita.
Rahimah Husin - Pen Kanan Maahad Pengajian Islam KB , cahaya mata5 ( Dlm diam rupanya suami Rahimah pernah jadi Ahli Parlimen Bachok)

Arif pula mengajar di SMK Pintu Geng KB / cahaya mata 5 .
Kira kira hampir maghrib kami terus ke Rumah Ustaz Adham , saya dah lupa nama kampongnya tetapi ikut jalan melalui Wakaf Che Yeh , mulanya ustaz agak lambat menyambut salam kami , mungkin beliau tertanya Tanya , maklumlah zaman sekarang macam macam boleh berlaku,. …….Setelah Rahimah memperkenalkan diri barulah Ustaz ingat , agak uzur di usia 74 tahun , MOGA USTAZ DIPANJANGKAN USIA DAN KESIHATAN YANG SEMPURNA – lihatlah poto terbarunya … saya ada menceritakan usha Mawi dan rakan rakan tentang Laman Blog KIK.
Satu hal yang sangat manis bila saya dail hp Pak Soenaria di Bandung dan Ustaz berbual dengan Bapak sementara kami mendengar perbualan mereka ………. Agak seronok mereka berbual .
Sekejap saja di rumah ustaz , kami pun berpisah dan Arif hantar saya ke Hotel.

Jam 9 malam Imran Tahir datang menjemput saya makan malam di Restoren Yati Ayam Percik - Imran bertugas sebagai guru MAT dan masih aktif dengan permainan Tenis , Tahniah Imran .
Bagi teman teman , lihatlah wajah terbaru sahabat kita.




Arif / isteri dan dua cahaya mata




IMRAN ????

SAMPAI JUMPA LAGI

MAHABBATEIN

Salam Muhabbaten From Changlun to Alor Gajah Melaka

DUITI DAKI DUNIA HE...DUITI NAHI HE MUHABBAT CALOO HE...
( sekadar nk tulis bahasa Hindi celop hee..tidak ada kena mengena dengan nama sahabat kita ni )
MUHABBAT.....!!!!

Tiada ku sangka tiada ku duga....sekian lama menghilang diri......lagu allahyarham sudirman .....
Bagitulah lebih kurang ceritanya...sebumbung selama dua tahun 76/77 lepas tu putus hingga terbinanya blog ini...catatn ini saya tujukan buat saudara Muhabbat dari Alor Gajah Melaka (sebenarnya semuanya kita terputus hubungan ,blog ini sebagai penyambung ).Tengah hari kemarin deringan hp semasa dok berjalan blk dari kelas...hllo hallo assalamualaikum..... wkum salammmmm....hai engkau husin ke ? tak salah lagi,...engkau kat mana tu...? aku kat sekolah le..engkau dah jadi pengetua ke ? tergelak besar mendengarnya...bukan,tidak...bawah lagi..pengetua pun bukan gb pun tidak...Apalah engkau ni..dah nk pencen pun masih tak dapat apa2...depa nk bagi tapi aku yg tk nak...So dah dapat dg52 ke? Masha allah...tingginya sangkaan sahabat kita ni...Tak tak...nun setengah lagi daripada 52....punya syok bersoal jwb terlupa nk tanya ...eh eh tunggu sat...maaf lah hamba ni...siapa lah saudara yg budiman ni ( dlm hati tahu dah mesti sahabat lama dari kik dulu,cuma tk tahu siapa) Ya allah..aku lah engkau ingat tak MUHABBAT orang melaka....tak payah di sebut lagi terus terbayang wajahnya yg dulu...banyak juga celotehnya.rupanya dia pernah buka bisnis di utara ni lama juga n biasa datang di kg tradisi Changlun yg berhampiran kg saya sekarang.....last muhabbat minta snd foto by mms..aku dah tak terbayang lagi rupa engkau katanya....tak tahu lah selepas dapt gmbar yg tak brapa clear tu dia cham ke tidak....teng q vry2 much wahai muhabbat atas segala usaha hang tu.bnyak usaha hang dalm blog ni....aku amat terharu.....moga hubungan kita semua sahabat2 dari 5kik1977 akan berterusan hingga akhirnya..

KWSP PJ

Seorang lagi yg cll saya ialah Mohd.Yusof bin Awang yg bertugas di KWSP Petaling jaya...Sembang panjang..tetapi saya agak terkilan kerana cuba recall wajah dan rupa bentuknya tak dapat2 hingga saya tulis catatan ini..kalaulah lepas ni atau saudara yusof baca catatan ini dia dapat mms ka gambarnya inshaa allah dpt saya ingat kembali rupanya....mohon berbanyak2 maaf saudara yusof kerana wajah rupamu masih tk dtg dalm ingatanku...

Tajuddin Abd.Jalil...

Buat sahabat kita yg dulunya beralamat 45 kg Benus Temerloh Pahang kini sebagai Juruteknik Kanan di JKR awah Tajuddin Abd.Jalil..apa kabor engkau....masukkanlah alamat email hang kat dalam ni atau ringan2 kan tangan utk buat sedikit catatan utk tatapan semua....kemarin aku dh sms dengan hang.walau pun tk banyak perkara disebutkan tapi ternyata masing2 sering ingat mengingati...so teruskanlah pula dlam blog ini....

Kenapa Arifin belum muncul ????

M
engikut keterangan Ariffin semasa beliau kerumah saya...Beliau sekarang bertanggungjawab sebagai Tim.Pengetua MRSM Pendang..so mmg masa agak terhad nk menyertai kita..ditambah pula dengan masalah kabel Tm yg sering dipotong oleh pemotong yg tak diberi tauliah ( pencuri) maka menyebabkan talain internitnya tdk berfungsi...so setakat ni dia mengikuti perkembangan melalui sms kawan2..mungkin lepas ni dia pakai brodband maka tk payah guna kabel TM lagi...cepat2 lah
Ripin beli benda tu....
Cik Latifah!!!! lepas ni anti tunggu..mgkin semua yg datang dari selatan akan rush rumah anti dulu..bukan takat Ripin..semuanya Mustaffa,Asmawi ..naim,yang Arif yg hilang kasut tu ) Wak Man Muhabbat dan semuanya lah...lelaki n perempuan......siap bogeh ( beras ) banyak2.....

Jamaiyah bt Omar Singapor Girl
.....

Dimanakah kau...masih jadi warga singapore atau dimana ????
Aku sentiasa dok belek foto 5 sas 1 bersama guru kelas Wan HAsmah wan Ali )
Nak sebut nama ramai lagi kawan2...tk pa...nanti dalam cattan lain lah pula....

Sekian wassalam.
Husin Changlun.

Azami Abdul Ghani dan Sanusi

Saya dihubungi oleh Azami Abdul Ghani 5SC2 melalui email semalam. Beliau mendapat tahu tentang kewujudan blog ini melalui Sanusi, yang kabarnya dimaklumkan oleh Mustafa.

Petang semalam beliau menghantar email mengandungi gambar terkini beliau.

Dengan anak bungsu yang berumur 2 tahun! Wah power la Azami. Kebanyakan kita dah pencen dan tutup kedai dah!

Dengan dua anak lelaki
Isteri beliau dan anak-anakSanusi Mohd Hatta (5 sastera 3) juga telah dapat dijejaki.

Terkini

Ada beberapa perkembangan terkini yang memberangsangkan:

1) Normah Ibrahim, Wak Man dan Azhan

Padzilah dapat menjejaki Normah Ibrahim dari 5SC1 semalam. Beliau bertugas dengan Akademi Latihan Belia di Batu Gajah, Perak. Tidak lama selepas itu, Fuat telah dapat menghubungi dan dapat bercakap dengan Normah. Petangnya, saya telefon Normah yang kebetulan pada masa itu ada di Sogo KL. Beliau berada di Shah Alam kerana menghadiri satu kursus yang akan tamat pada hari ini. Malam tadi, kebetulan Wak Man pun datang ke Bangi, kami mengadakan pertemuan di Restoran Darul Ehsan Shah Alam. Yang Arif, Normah, Anson, Wak Man dan saya sendiri. Normah masih steady macam dulu jugak. Ada empat orang anak. Cuma kalau jumpa besar kemungkinan saya tidak akan cam sebab photofit yang 30 tahun dahulu tu dah tidak boleh dipakai lagi. Saya beritahu Yang Arif bahawa visa saya malam tadi ialah visa sementara, jadi tak boleh stay lama-lama. Kamera pun tak bawak so tak boleh ambik gambar. Last-last jam 12.30 baru balik, selepas sambung bersembang dengan Wak Man setelah Anson dan Normah balik jam 11.30 tu. Yang Arif balik jam 11 sebab visa expire (opss...silap. Sebab dia ada kawan datang dari Kedah sebenarnya). Sudah hampir 30 tahun jugaklah saya tidak berjumpa dengan Wak Man. Dia masih kurus dan steady macam dulu. Tak ada perut boroi macam kita semua. Rambut pun masih utuh, walaupun malam-malam tidur tak berapa cukup kerana mencegah mungkar di seluruh Melaka. Siang beliau kerja macam kita semua juga. Walaupun dia seorang "celebrity" (ya la, hari-hari masuk paper fasal aktiviti pencegahan maksiat beliau), sifat rendah diri dan "qana'ah" beliau amat terserlah. Tabik Wak Man!! We are honored to be in the circle of your friends.

Azhan Azmi juga telah ditemui berkat usaha Padzilah. Beliau bertugas di TM Taiping. Nombor telefon beliau telah diperolehi. Sekarang pelajar 5SC1 yang belum ditemui ialah Muhammad Abd Rahman, Fatlillah dan Yusuf Hasan. Berdasarkan maklumat dari Normah, besar kemungkinan Muhammad Abd Rahman akan ditemui dalam seminggu ini.

2) Saidi Kadir dan Cikgu Sushama

I must mention this to everyone, even though Cikgu Sushama may not want me to mention it. Cikgu is really awesome. I wish we could all go back to our early days and sit down and learn again in cikgu's class. You are one in a million Cikgu!

Ampun cikgu! Tulisan saya mohon diampun!

Cikgu Sushama has been following our blog from the very first days, ever since I mentioned it to her. And she has been keeping herself updated about issues that we discussed here, including our search for Saidi, and eventually finding him. And lo and behold! Last Saturday, our Dear Cikgu initiated a call to Saidi, her own ex student. I do not wish to elaborate on the details. But from Saidi this morning I got to know that both of them cried. As for the details, I leave it to Cikgu Sushama dan Saidi to describe them for us. I have already mentioned to both of them this morning to write something. I know all of us will be exhilarated to read something from Cikgu Sushama.

It has been an honor to be your students Cikgu!

Saidi Kadir pun sudah mula akses blog kita. Semalam beliau pergi ke cybercafe selama satu jam untuk membaca dan melihat beberapa gambar. Sayangnya beliau tidak berpeluang melihat gambar beramai-ramai yang diambil di Kelang tempohari.


-asmawi mohamad