20 March 2008

Kita orang Melayu

Hari ini 12 Rabi’ul Awwal 1429, hari keputeraan Rasulullah, Muhammad SAW. Semoga kita memperbanyakkan salawat sebagai tanda cinta kasih kepada baginda. Mudah-mudahan sifat-sifat siddiq, amanah, tabligh & fatanah menjadi penghayatan.

Saya terasa ingin menceritakan sedikit pengalaman yang saya lalui pada hari Rabu, semalam :)

Saya telah bercadang untuk menyelitkan tentang ’Melayu’dalam kuliah pagi tu. Malam sebelumnya pelajar-pelajar di Shah Alam telah dihidangkan dengan ceramah tentang Melayu oleh penceramah jemputan. Maklumlah UiTM adalah tempat mendidik dan mengasuh anak-anak Melayu sejak mula ia ditubuhkan lagi ....

Saya tidak punya banyak maklumat tentang apa yang nak saya sampaikan ini. Tapi saya teringat artikel yang pernah saya temui dalam blog Asmawi Mohamad ( semasa belayar di alam maya saya pernah singgah di blog Asmawi dan keluarganya. Saya agak2 juga ini budak Sains 1 yang ambik Bahasa Arab bersama Padzilah masa SPM 77 tu.Nama dia dan kakaknya ada kat Dewan KISAS tu :) ) Sajak ’Melayu’ oleh Usman Awang. Saya masukkan sajak tu dalam slide ( harap Asmawi menghalalkannya J).

Antara bait-bait sajak itu :

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
.........
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Slide saya tayang sambil mengulas mengikut ’pendapatan’ saya. Akhirnya saya menutup tazkirah saya pagi tu dengan kata-kata: ”Melayu itu adalah kita semua. Tanpa Islam Melayu tak kan ke mana.......”. Saya tambah dengan amanat baginda Rasulullah SAW tetang ’asabiyyah dan sabda baginda ; Jadilah orang yang yakin diri dan mantapkan pendirianmu. Juga kata-kata Dr ’Aidh Abdullah al-Qarni: Orang yang berjaya; diredhai Allah kerana keimanannya.Disayangi keluarga kerana kelembutannya. Dicintai manusia kerana akhlaknya.Dihormati masyarakat kerana manfaat yang diberikannya. ( berjaya bukanlah hanya kerana dapat masuk universiti atau jadi orang berpangkat tinggi...)

Selesai kelas pukul 11, sms dari pelajar saya untuk kelas berikutnya saya terima. Dia beritahu no bilik kuliah. Saya tak bawa kunci pejabat hari ni, jadi kelas untuk pelajar ini walaupun hanya dia sorang saya buat dalam bilik kuliah yang besar. Rehn adalah pelajar Cina + Iban beragama Kristian. Dia ambil sabjek Islam yang diwajibkan untuk pelajar bukan Islam. Dia seorang yang rajin dan sentiasa bersungguh-sungguh. Akan datang ke kelas tepat pada waktunya dan selalu juga lebih awal.Kalau saya hantar sms walau pun pukul 5.30 pagi dia akan segera balas. Dalam hampir 2 jam tutorial hari ni, saya ada menceritakan kepada Rehn tentang akal ; termasuk nisbah 1:9 kejadian akal dan nafsu dalam kejadian manusia perempuan dan lelaki. Dia mencelah; ”Patutlah, saya pernah belajar dan menemui hasil kajian tentang perbezaan antara keadaan dan fungsi otak antara lelaki dengan perempuan.Juga kesan akibat berbezaan itu terhadap sikap.” Dia menerangkan sambil menggambarkan kepada saya di atas kertas. Saya menutup kata : ”Selalunya begitulah , bila orang mencari ilmu dan mengkaji mereka akan menemui kebenaran.” ( Akhirnya saya menemui artikel berkenaan dalam internet.Saya tidak pernah tahu tentang hal ini, maklumlah tak pernah belajar) Cukup masa, Rehn membuka laptopnya dan menunjukkan kepada saya tugasan yang telah disiapkanya. Satu folder penuh dengan berbagai gambar dan satu lagi mengandungi penulisannya yang mencecah 44 halaman! Saya suruh buat hanya 15-20 halaman. Saya kata: ”Tak payah print, emailkan saja.”

Selepas tu , datang pula Jun yang sering menelefon saya. Bila disuruh menceritakan apa masalah. Jun selalu ingin bertemu sendiri dan dia sanggup menunggu sampai saya benar2 free (mcm la sibuk sangat :) Hari ni Jun meluahkan satu persatu persoalan yang ada dalam fikirannya dengan sopan dan teratur. Semuanya enam soalan ! Saya membantu sekadar terdaya dan memberikan sedikit keyakinan kepadanya......

Hari ini saya rasa bertambah bahagia ditentukan Allah SWT menjadi pendidik. Rasanya semua kawan-kawan saya Gen 77 juga sedang berbahagia dengan apa saja ketentuan Allah SWT terhadap mereka :)

Wassalam
FarahDina.

(ANTARA WM , X & Y)

Butang Baju Melayu aku mana?
Sekarang tengah tayang di Astro Prima!
Bakri, Cepat tengok!
- gambag dipinjam dari WM
- Genghiz

KHABAR DARI BANDUNG

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH ,

Sahabat yang di rahmati Allah SWT,
Mohon Maaf kerana agak terlambat mengkhabarkan darihal Bandung ,
Kami tiba jam 1300 , selepas lunch , kami check in dan jam 1700 bertolak ke rumah Bapak
Kami disambut dengan penuh keshahduan , Saya sudah biasa tetapi dakapan demi dakapan antara kami , hingga Bapak hampir tidak kenal dengan cikgu Shahrom,

Hidangan - SUNGGUH ISTIMEWA , kami juga dilayan oleh tiga putra bapak .
Terima kasih kak Timah kerana membawakan ole ole dan cenderahati bagi pihak GEN 77 . agak lumayan deh .....(Mawi kena pikirkan hal ini ) .
Saya ada rakam suasana di rumah bapak ,malangnya bila di edit - audio tak on - inilah bahananya bila jurukamera tak ikut sama .
Esoknya saya dapat sms dari Ibu Soenaria menyatakan hasrat bapak utk datang menemui kami di hotel. Program di atur dan bapak datang semasa breakfast .... Meriah lagi suasana di meja kami ...
Kepada semua sahabat , pesanan dari Ibu , agar datang menziarahi bapak kerana bisa menjadi penawar kepada penyakitnya ....
Alhamdulillah , kali ini saya rasa kesihatan Bapak mulai pulih , dan berkali kali bapak menyatakan hasratnya utk datang menemui kita . .... InsyaAllah ..
Apakah mungkin kita bisa menerbangkan bapak pada tanggal 11 April ?????? ini harapan semua teman ????? Saya hanya menunggu green light dari Ibu Soenaria .... and Kamilah pls get ready ............ sama sama lah kita berdoa .............
WELDAN DAN BAPAK


BAPAK ,SAIFUL RAHMAN DAN CIKGU SHAHROM

BAPAK,PUTRI INA , IBU DAN KAK TIMAH

CIKGU TAHIR , IBU DAN BAPAK




DI KAWAH GUNUNG BERAPI -TANGKUBAN PARAHU

MAHABBATEIN



SELAMAT PENGANTIN BARU!


TAHNIAH!

SEMOGA ALLAH TA'ALA MEMBERI KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT!

IN SYA ALLAAAAAAAAAH!


-Genghiz & Usroh