22 February 2009

ALFATIHAH : ZIARAH ALMARHUM MNY DI TANJUNG PAYA KT.








































1. Pagi sabtu jam 07.15 (-+) terima sms dari MOD. Sdr MNY menhembuskan nafas terakhir jam 06.00 pg.
2. Menerima beberapa makluman dari rakan2 mengenai hal yang sama selepasnya.
3. Tiada apa-apa makluman mengenai tempat di mana jenazah akan dikebumikan.
4. Tengahari (-+ 10.00) pagi azami maklumkan jenazah akan dibawa ke Trg.
5. Menyelesaikan beberapa urusan di Machang dan Pasir Puteh.
6. Call Kahar dan Rosli Abas utk ke KT. Kahar Ok, Rosli ada majlis yg tak boleh tinggal.
7. Pukul 01.00 Dr Bakri call, maklumkan pesanan dan harapan sahabat2 Lembah Kelang kepada sahabat2 di KT. Arrangekan apa-apa yg patut.
8. 3.45 ptg bertolak ke KT dgn Kahar. Singah rumah Lokman Mamat utk bersama. Beliau sedang demam yg agak berat. tak dapat bangun.
9. sampai di Merang call wan zaki, dalam perjalanan hantar anak ke MRSM Besut. Call isteri anak MNY. tidak berjawab. teruskan perjalanan ke KT sampai di Masjid Ladang jam 06.15 ptg. Maklumat yg di terima jenazah akan di sembahyangkan di sini.
10. Wan Omar dah ada di Masjid semasa kami tiba. Solat Asar, sembang pasal aturcara yg akan dibuat. Tel. isteri MNY. Jenazah dah sampai 06.15 ptg. Akan di sembahyangkan di rumah beliau selepas Maghrib dan terus dibawa ke perkuburan Ladang setelah ketibaan anak mereka dari Penang jam 09.00 mlm.
11. Terus ke Tanjung. sampai di rumah keluarga isteri MNY di sambut laungan azan maghrib dari surau sebelah rumahnya.
12. Setelah selesai solat maghrib naik semula ke rumah. Minta izin dari keluarga isteri MNY untuk menatap wajah beliau utk kali terakhir. Adik ipar Almarhum membukakan ikatan kafan. sungguh tersentuh dan terkedu hati kami menatap wajah sahabat setelah 32 tahun berpisah. Berjumpa dengan memakai uniform puteh. Allahuakbar. Sedekahkan alfatihah dan bacaan doa oleh ust Khairudin.
13. Ramai sahabat yg baru tiba, saya, kahar, kamal, omar, khairudin tiba awal sedikit. diikuti razali sidek, hasim seman, mohd ngah, hj man.
14. dimaklumkan bahawa solat jenazah tidak akan ditunaikan lagi kerana dah dibuat sebelumnya.
15. saya, kahar dan omar ke masjid ladang semula dan ambil kereta yg ditinggalkan di sana. Keputusan di ambil kami akan berkumpul di Restoran Maidah selepas selesai perkebumian.
16.Razali datang dgn anakdaranya. Yg lain2 secara solo. selesai makan, borak2. Che Ku Mahusin tiba bersama dgn anak dan isteri. difahamkan che ku mahusin baru tiba dari KL jam 08.30 mlm dan terus ke rumah keluarga almarhum.
17. Che Ku Mahusin memberikan informasi saat terakhir beliau di sisi almarhum di PPUM. saya tak berapa jelas ttg maklumat yg di sampaikan kerana jarak yg agak jauh di hujung.
18. saya dan kahar mohon diri dari majlis liqa Maidah jam 11.25 mlm. Pagi esok Kahar akan ke Temerloh kerana berkursus.
19. Tiba di rumah jam 12.45 pg.

wassalam. NUC.