Salam sahabat2 gen77 sekelian.
Di sini saya ingin memberikan sedikit panduan untuk sahabat2 yang akan menghadiri Liqa Pantai Timur / Kenduri nanti ( awai2 bagi supaya dapat hafal )
1. Sahabat2 dari Utara:Ikut jalan biasa dari Grik ke Jeli. Teruskan perjalanan ke Machang. Jumpa simpang 4. Ke kiri Kota Baharu. Ke kanan Kuala Krai. Ambil Jalan terus dlm 18km akan sampai di Simpang 3 Wakaf Lichong. Kalau ke kiri Pasir Puteh. Ambil kanan ke Jerteh. Akan Jumpa Pintu Gerbang Sempadan Terengganu Kelantan. Dalam 5km sampai di kawasan rumah saya. Jumpa simpang tiga Seberang Jerteh. Ada Stesen Petronas. Belok kiri ke Kuala Besut. 12 km akan jumpa simpang 3. Kiri ke Tok Bali. 10km sampai Tok Bali. Nanti bila sampai di Jerteh sahabat2 akan di iringi oleh Sdr Azami ke Malawi, Bachok tempat Chalet Hj Hussain dan Siti Robiah. Dari Tok Bali +- 12km sahaja.
Itu cadangan saya utk lebih menyenangkan perjalanan sahabat2. Lebih dekat sedikit dari ikut jalan Macahng - KB - Bachok. Kalau nak ikut Machang Kb pun Boleh. Sahabat2 dari Perak pun sama. Yg dari KL pun sama jugak sekiranya melalui Jalan Gua Musang. Akan sampai Machang dan ikut seperti di atas.
2. Bagi Sahabat2 dari KL/ Selatan ( melalui LPT / Kuantan)Bila sampai sampai Jerteh, melintasi Jambatan Jerteh akan jumpa Petronas Seberang Jerteh. ikut sama seperti no 1. Kecuali kalau sahabat2 ikut jalan pantai ada sedikit lain. Dari Kuala Terengganu ke Penarik( Lbh /krg 48km) , Penarik - Kg Raja ( 35km) - Kuala Besut, Tok Bali dan ke Bachok.
Sekiranya terdapat kemusykilan dalam perjalanan boleh tel saya atau Azami utk ke destinasi yg dituju.
Iringan doa semoga perjalanan sahabat2 semua akan sentiasa dilindungi Allah. Ameen.
Sanusi.