20 August 2008

Terima kasih dari kami

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat2 yang telah bersusah payah datang dari jauh untuk menyerikan majlis kesyukuran perkahwinan anak perempuan saya Ahad lalu. Saya tidak dapat nak gambarkan dengan perkataan betapa gembira dan terharunya kami sekeluarga dengan kesudian kawan2 semua datang dari jauh semata-mata untuk memeriahkan majlis kami. Dan memang kehadiran sahabat2 semua telah memeriahkan suasana sehingga ramai tetamu2 lain tertanya2 kumpulan manakah yang datang ramai2 dengan gamat sekali. Bila diberitahu bahawa itu adalah geng2 lama sekolah dahulu, ramai yang memuji2 ikatan persahabatan kita, hingga sanggup datang dari KL dan Utara semata-mata meraikan majlis perkahwinan sahabat lama.

Terima kasih yang setingginya kepada boss dan sahabat yang dikasihi Tuan Syed dan Muna di atas kesudian menyerikan majlis kami, dan di atas segala kerjasama dan pertolongan yang diberikan bagi menjayakan majlis tersebut. Kami sekeluarga terhutang budi yang tak mampu terbalas hingga ke bila di atas segalanya. Allah jualah yang mampu membalas segala kebaikan itu. Mudah-mudahan dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan kesihatan yang berpanjangan.

Terima kasih kepada Fuat di atas kesudian menziarahi ayah saya di rumah orang tua saya pada keesokan harinya sebelum beliau bertolak pulang ke Kedah. Lain kali kalau hang ada urusan nak jumpa mana2 exco di Kelantan, hang habaqla kat aku. Aku sanggup tolong. Apa guna ada kawan kalau tak boleh tolong bila diperlukan :).

Terima kasih kepada Azami dan Rohani yang telah bertungkus lumus melakukan koordinasi sejak sebulan yang lalu dengan semua sahabat2 yang datang dari jauh. Terima kasih kepada Rohani kerana menyediakan banyak kueh mueh dan buah-buahan untuk meraikan Gen77 di rumah saya. Last last, akok tu ramai juga yang lesap dimakan oleh tetamu2 lain sebab mereka pun ada bersama pada masa tu. Terima kasih juga kerana datang menziarahi ibu dan ayah saya keesokan harinya. Persahabatan anda akan saya dan keluarga sematkan di jiwa.

Terima kasih kepada Mustafa Mohd Nor yang telah menjadi penyelaras di Kota Bharu untuk mengatur segala aktiviti sepanjang sahabat2 berada di Kota Bharu, bermula dari majlis akad nikah anak Muhabbad, hinggalah kepada majlis kenduri Sanusi di Besut. Kesanggupan anda mengatur dan melakukan koordinasi itu banyak meringankan beban tuan rumah/hos. Mudah2an segala pertolongan itu dibalas dengan setimpal oleh Allah swt.

Kepada semua sahabat2 yang datang, in alphabetical order:

Ahmad Imran: Terima kasih kerana datang ke majlis Muhabbad Sabtu malam tu, dan aku dapat set the record straight again. Terima kasih kerana datang ke majlis aku pada hari Ahad walaupun agak terlewat dan semua kawan2 lain sudah pulang. Score kita 0-0 sekarang. Terima kasih kerana join sesi teh tarik kita di Mamak Corner Ahad malam tu. Terima kasih di atas semua kisah dan cerita. Di usia kita ini, seperti Farahdina pernah sebutkan, tentulah pelbagai asam, garam, gula, cuka, ajinomoto, dalam hidup, telah kita lalui.

Anson, terima kasih kerana menyerikan majlis dengan suara hang yang merdu dan nyaring tu. Kali ini giliran aku pula untuk berkata "kalau hang tu lelaki, aku dah peluk hang kuat2 macam aku peluk Tolok" untuk menandakan betapa terharunya aku dengan persahabatan hang dan Jo.

Bakry: terima kasih daun keladi kerana menyerikan majlis aku dengan kehadiran kau dan adik angkat Con tu. Kalau ada apa-apa kenduri di sebelah hang lepas ni, sure kita semua akan datang penuh satu rumah. Habaq mai sahaja, anytime we will flock.

Farahdina dan suami: Terima kasih di atas segala susah payah datang dari KL ke majlis saya. Nampaknya Cik Abang awak tu dah masuk suku Gen77 sepenuhnya. Lepas ni dia boleh jadi orang kuat kita macam Sakni dan Jo.

Khalil: Terima kasih setingginya kerana sanggup meredah hutan belantara Grik dan Jeli untuk sampai ke majlis kenduri aku. Dan bacaan hang semasa jadi imam pagi semalam amat sedap didengar. Tak sesia jadi Gen77 KIK.

Mardhiah Hashim dan suami: terima kasih di atas segala susah payah datang, walaupun sesat di Besut sebelum bertemu dengan Azami. Suami Mardhiah pendiam macam dia jugak. Namun begitu, kehadiran anda berdua telah menambahserikan lagi majlis kami.

Mughith: Terima kasih kerana datang walaupun terpaksa naik bas. Mudah2an Allah permudahkan segala urusan kita semua. Kita sudah lama bersaudara, susah senang kita tanggung bersama. Terima kasih kerana join sesi teh tarik di Mamak Corner.

Muhabbad dan isteri: Terima kasih setingginya. Tak lama lagi giliran kami menyerbu rumah hang pula untuk kenduri anak lelaki hang. Jangan tunggu lama-lama untuk buat kenduri. Ya lah. Ayam sudah duduk sereban. Bila-bila masa telur boleh menetas. Lepas ni kau tak perlu beristighfar panjang lagi.

Nasir Tolok: Sikap setiakawan hang aku hargai dan kagumi. Itulah nilai persahabatan sejati yang kita boleh bawa sampai ke mati. Terima kasih kerana sudi datang berkonvoi dengan Fuat dari Utara walaupun penuh dengan cubaan dan halangan dan kesusahan. Nanti bila tiba giliran hang di utara, kami sure tidak akan miss lagi.

Razak: Terima kasih kerana datang dari jauh. Nilai persahabatan anda suami isteri amat saya hargai.

Saidi dan isteri: Terima kasih di atas semangat setiakawan kerana sanggup datang walaupun dalam tempoh masa notis yang amat singkat. Akhirnya ramai sahabat yang tidak pernah ditemui dapat bertemu. Lain kali kita jumpa lagi. Wang boleh dicari, tetapi persahabatan bukannya boleh digadai dengan wang ringgit, apatah lagi di usia seperti kita sekarang.

Siti Rubiah dan Husin: Terima kasih kerana menghadirkan diri walaupun tak sempat bertemu dengan sahabat2 lama Gen77 yang lain lantaran kesibukan. Mudah-mudahan dilimpahkan Allah dengan kesihatan yang berkekalan untuk anda suami isteri.

Tok Lah dan Nik: Jazakallah khairan kathiran abadan abadan. Terima kasih kerana menemani kami semua bersantai di Hayaki pada Sabtu malam itu. Tanpa anda, majlis kami pastinya akan kurang seri.

YA: Aku harap lain kali dipermudahkan Allah untuk kau dan juga kita semua mendapat visa clearance untuk ke mana-mana, tambahan lagi semua isteri masing2 sudah kenal mengenal.

Zubiaq: Aku seronok dapat sembang beberapa sesi dengan hang. Bermula dari breakfast di White House di Kota Bharu pada pagi Sabtu, hinggalah ke sesi sembang di tepi sungai di Hotel Ridel, dan sesi kopitiam di Hayaki, dan akhirnya kenduri aku di Kg
Huda. Terima kasih di atas kiriman buah dokong dan rambutan. Segala persahabatan anda akan saya dan keluarga hargai sampai ke bila.

Jika ada nama yang tertinggal, harap dapat dimaklumkan. Manalah tau, ada juga nama yang tercicir di mana2 tidak dapat saya sebut di sini.

Akhirnya, jika ada apa-apa kekurangan dan cacat cela, saya sekeluarga menyusun jari merafak kata, memohon ampun maaf di atas semuanya itu. Saya sebenarnya agak terkilan kerana kedatangan Gen77 berkebetulan dengan kehadiran rombongan lelaki, dan juga tetamu2 lain sebab masa tu, masa lunch break di pejabat. Jadi tumpuan dan layanan saya kepada sahabat2 Gen77 tentulah tidak dapat diberikan sepenuhnya.

Akhirul kalam,

yang korek itu kendi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang indah itu bahasa.

Mudah-mudahan Allah memelihara ikatan persahabatan kita hingga ke akhir hayat, dan hingga ke anak cucu kita. Hidup Gen77.

-asmawi dan keluarga.