28 June 2008

Ganjaran Pahala



Assalamu'alaikum wbt.
Didoakan semua selamat dan sehat bersama keluarga dan kerjaya masing2. Mereka yang menguruskan pendaftaran anak-anak di IPT diucapkan syabas dan tahniah. Semuga anak-anak yang ada menjadi insan mulia dan akan menjadi anak-anak soleh solehah. Oleh kerana blog ini dah lama tidak diisi setelah gambar Syeikh Maulana Mohd Noor Yaakub muncul, maka Wak Man terpanggil untuk menulis sedikit. Sebagai renungan bersama,

“Apabila seorang manusia mati, amal baktinya akan terputus kecuali dari tiga saluran iaitu sedekah jariah atau ilmu bermanfaat yang diajarkannya atau anak soleh yang mendoakannya [ Hadis riwayat Muslim ].


Sesungguhnya di antara perkara yang akan diperolehi seorang mukmin dari usaha dan kebajikannya setelah dia mati ialah ilmu yang diajarkan dan disebarkannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf Al-Quran yang diwariskannya, masjid yang dibinanya, rumah penginapan “ibnu sabil” yakni orang yang tergendala dalam perjalanan yang dibinanya, air sungai yang dialirkan, atau sedekah yang dikeluarkannya dari hartanya sendiri semasa dia hidup sihat yang diperolehinya (pahalanya) setelah dia mati”. [ Hadis riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi ]


“Sesiapa yang melakukan satu sunnah atau cara hidup yang baik dalam Islam, dia akan mendapat pahalanya dan pahala orang mengerjakannya setelah dia mati tanpa berkurang sedikit pun pahala mereka” [ Hadis riwayat Ibnu Majah ]

Salam Ukhuwah dari Wak Man.