19 March 2008

Pengumuman Penyimpan Mohor Besar Gen77


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

Pada menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada saya oleh Majlis Besar Gen77, setelah diperkenankan oleh Paduka Muhabbad dan Anson, saya dengan ini mengumumkan bahawa majlis akad nikah adinda kita yang dikasihi, Anson Ismail, dengan En. Johari akan diadakan di rumah Sdr Muhabbad di Alor Gajah, Melaka pada hari Sabtu 12hb April 2008, mengambil tempat majlis yang dicadangkan di tempat yang sama pada hari Sabtu 22hb Mac nanti.

Majlis akan bermula pada jam 7.30 malam dengan solat maghrib, diikuti tahlil dan solat sunat hajat.

Semua kaum kerabat Gen77 dimestikan hadir, kecuali dengan uzur syarie.

Anson mohon saya sampaikan kepada sahabat-sahabat semua harapan beliau supaya kita semua mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan untuk beliau. Beliau juga mohon saya sampaikan pesanan maaf dari beliau di atas apa jua kekeliruan yang timbul.

Saya juga memohon maaf di atas apa jua kekeliruan dan "suspense" yang timbul. Jika ada sesiapa yang mengidap lemah jantung dan terkesan dengan "suspense" selama 48 jam yang lalu, cepat2lah ke hospital untuk mendapatkan rawatan, supaya kehadiran pada 12 hb April nanti tidak terjejas.

-Asmawi Mohamad
Penyimpan Mohor Besar Gen77