15 February 2008

ASYIIIK SANGAT DGN GEN77KIK, LUPAAAA.....

Assalamualaikom teman2 gen77kik!
Esok pagi ada pertemuan penting seperti berikut:
Mesyuarat Agung ALKIS

- Pastikan keahlian......!

Sila layari: http://web.alkis.org.my/
- abdullah hj hassan
February 16, 2008
9:00 am
to
5:00 pm
Tempat : Dewan Besar Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
Agenda:1. Mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan kedua2. Membincang dan menerima laporan tahunan 2007.3. Membincang dan menerima penyata kewangan tahun berakhir 31 Disember 2007.4. Menambah, mengubah atau membatalkan fasal dalam perlembangan ALKIS dengan memberitahu kepada Setiausaha Agong secara bertulis sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.5. Menerima dan membincang usul-usul yang diterima secara bertulis kepada Setiausaha Agong oleh Ahli-ahli sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.6. Melantik Pemegang Amanah jika dikehendaki.7. Pemilihan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja sesi 2008-2009.8. Pemilihan dua (2) orang Pemeriksa Kira-kira sesi 2008-2009.9. Ucapan penangguhan Presiden.

URGENT: Dinner Kg Bharu TONIGHT!

Salam,

Gen77 KIK akan mengadakan dinner tidak rasmi malam ini jam 8pm di Restoran Anuar Kg Bharu bagi meraikan kawan kita Sdr Yunus Samed yang datang dari negeri Bawah Angin dan akan pulang besok (Ya la, kalau kita tak belanja dia masa dia datang ke KL, nanti lain kali kita pergi KK, dia buat tak layan, tak ke susah kita nak beli udang murah tu!)

Tetamu yang sudah mengesahkan kehadiran: Dato dan Datin, Bakry, Halimon (first timer), Zaki Abd Rahman, Yang Arif (kalau dapat visa), Anson, Mustafa, Asmawi (visa belum apply nih, tapi Insya Allah dapat. Kalau tak dapat kita cross ikut laut). Cikgu Sushama tidak dapat datang kerana pertembungan jadual dengan majlis harijadi.

Meeting point: Kg Baru Medical Centre, depan masjid Kg Baru.

Semua geng2 Gen77 amat dialu-alukan. Suami/Isteri dijemput dua-dua sekali.
Ongkos belakang kira! Kalau tak dapat bayar, kita sama-sama basuh pinggan.

p.s:

Che Tipah: kau jangan la jeles. Kami tak jeles pun kau dapat dok sebilik dengan Datin Nik malam tadi. Dato Dollah aku tak tahu la. Nanti malam ni lepas makan kami call kau, kami akan "sendawa" (Burp) kuat-kuat supaya kau boleh dengar betapa kenyangnya kami nanti.

Yunus: Kamilah dah suruh aku passkan bil kat kau malam ni. Bersiapsiagalah anda ya!

Halimon: This will be your maiden appearance. Silap-silap kau kena denda nanti!

-Asmawi

Sangat Cantik !

Renungan

Kata-kata yang baik tidak mahal & tidak melukakan lidah atau bibir. Ia menjadikan orang lain gembira. Ia juga menghasilkan imej di jiwa dan imej itu sangat cantik.”

(Blaise Pascal)

Sabda Rasulullah SAW : Ucapkanlah yang baik-baik.......


Saya ni kerap masuk kat blog bukan apa, rasa bahagia sangat kalau dapat berkongsi sesuatu yang saya rasa bernilai dengan kawan-kawan : ) (email saya kadang-kadang ada masalah, 2 hari dah tak boleh guna)

p/s Kepada Dato’ Dolah & Datin: Baru-baru ni ketika kemas-kemas buku di rumah saya terjumpa terjemahan buku Bahasa Arab yang Dato’ tolong saya buat dulu tu . Dah lama .....Saya dah guna tapi, teringat pulak lepas ambik buku tu saya senyap sunyi & lama-lama terus lupa...Dok jumpa waktu pi KISAS pun tak ingat dah. Tut2 jumpa buku tu. Hari ini kebetulan blog ni cakap’Arab saya teringat pulak lah pasai buku tu. Jazaakallah khairan kathira.Hanya Allah SWT jualah yang mampu membalas susah payah Dato’ siang malam menyiapkan bahan tu.
FarahDina