08 January 2008
30 Tahun Berlalu-Satu Kenangan
Saya memilih satu gambar yang dirakam pada akhir 27 Nov 2007, bersama anak kedua saya di Sekolah Sri Putri Cyber Jaya di saat anak saya bergembira selapas menamatkan peperiksaan SPM.
Tiga puluh tahun dulu, dalam keadaan yang sama ada kalangan classmate saya seusia dengan anak saya di saat gambar ini dirakam, Pn Kamilah Kassim, Pn Afrinah Mohd Ikhsan, Pn Nik Mahizan, Prof. Madya Latifah Ismail (muda setahun),Pn Anson Ismail dll. Di saat seperti ini pada tahun 1977 kita berkemas untuk pulang ke kampong kelahiran kita. Pelajar aliran sains meletakkan sejuta harapan akan terus masuk UM Asasi, UTM, UPM, dan lain-lain. Manakala pelajar aliran sastera meletakkan sejuta harapan untuk kembali semula ke Kolej Islam Kelang untuk meneruskan pengajian dan menyambung suka duka belajar di KIK.
Asmawi, Fuat, Weldan, Anson terpisah terus dengan saya. Manakala Naim, Saarani, Kamilah, Che Latipah, Husin Mat Isa, Ariffin Bakar, Ismail Maon, Abdullah Said, Rahiman Bani, Sazali Tarmizi, Yunus Samad, Puaad Mohamad (gengster Pahang), Ahmad Semawi Hassan, kita berjumpa semula Mei 1978.
Akhir Dec 2007 Asmawi bina blog, dan di penghujung hari pertama 2008, Asmawi, Fuat, Anson, Saarani, Weldan, Naim dan Mustafa berjumpa semula di Tg. Malim (tak semena-mena Tg. Malim jadi popular di kalangan f5kik1977) selepas 30 tahun membawa diri membina kerjaya dan keluarga.
Asmawi memanfaatkan Teknologi (ICT) dan disambut oleh yang lain, lantas kita bersembang dan bercerita serta menghantar diri terkini dalam bentuk gambar. Sepuluh minit pertama di Pejabat saya baca blog kita. Setengah jam sebelum tidur saya luangkan masa menulis cerita dan memanfaatkan ICT dan globalisasi menulis cerita untuk dikongsi. Rakan di Arau, Guar Cempadak, Alor Star, Pendang, Kodiang, Sik, Kota Sarang Semut, Parit Buntar, Trong Taiping, Ipoh, Izzuddin Shah, Sabak Bernam, Tg Karang, Sg Besar, Kelang, Meru, Sepang, Kuala Kelawang, Jasin, Air Pak Abas Melaka, Mela (Pahang) Mentakab, Temerloh, Wakaf Tapai, Kuala Berang, Marang, Ladang, Tok Jiring, Kg Pak Katak, Kuala Trengganu, Besut, Kuala Krai, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok akan dapat melayari blog ini. (saja sebut bandar dan pekan di atas kerana nak ingat tempat datang pelajar KIK yang menjadi kawan kita berdasarkan alamat dan popularnya tempat kelahiran asal kita).
Itulah kawan-kawan, para guru, ustaz, dan ustazah serta warden yang paling hebat Pak Seneria Sasmita yang menabur bakti, itulah Kolej Islam Kelang satu nostalgia...
-Mustafa Mohd Nor-
TAK SERUPA DAN TAK SEIRAS
Puaad...i baca tulisan u taksat.
nama kita berdua nak serupa sebutan.mebi mak ayah kita mempunyai
niat yg sama.Taroh nama yg baik(Fuad makna ...hati)nak kita jadi ustaz
kot atau sekurang2nya tok imam surau kat kg.kita.
Tapi mat saleh tak guna amik bapak benggali jadi kerani pendaftar kelahiran
dan tulis nama kita tak betui.Mula ada makna terus jadi takdak makna
dan kita pun tak dapat jadi ustaz.u kerja kat UDA dan i berniaga.
tapi,i jd jgak imam(imam rawatib) kat mesjid kg.i dan timbalan pengerusi mesjid.
Agak nya pasai nama i ada sikit2 nak betul sebab tu la jd imam pun tak penuh.
kat kedah ni nak jd imam kena 2,3x isi borang.lepas tu kena certified JKKK
baru boleh hantar kat pejabat agama daerah dulu.tapi,i tak pernah isi borang la lagi
sebab..........i suka tengok cahaya malam ke 15
Nasib baik u attached gambar u.klu tidak gerenti i tak kenal u walau u keluar paper
tiap2 ari even u pakai nametax sekalipun.Dulu masa di F5 KIK kita tak berapa
rapat sebab u dalam kategori orang2 ZUHUD.(i pun zuhud jgak,tapi tak sezuhud u,...hahaha)
Bila u sebut ustaz Idham,baru i teringat.I dapat tau dia sekarang uzur sangat.Ada d KB
dan kalu sapa2 ada kesempatan,ziarah lah dia.No.tel Ust Idham boleh mintak kat our coordinator....si Asmawi
Imran (gamaknya Le)
Klu u betul2 imran...jangan la malu sangat.
yang dulu-dulu tu jadi la.Kita dah hampir setengah abad dah
Tulis la sikit.....
ok....fuatazahari
Dari Ahmad Puaad Mohd (Pahang)
Perlu diingatkan gambar hanya objek yang dapat dilihat dari mata kasar. Kalau nak lihat yang lebih halus lagi pakai saja mikroskop. Nak tengok dalam kena x-ray. Oleh itu gambar yang ada ni memang berbeza dengan masa remaja dulu. Saiz boleh berubah, dari sekecil tapak kaki selebar 2 jari boleh jadi benggali. Kalau Mustafa ( berkembo ) ikut formula setahun sekilo bertambah berat kita dah tentu sekitar 70-80 kilo. Sayang tak boleh jual macam getah buku yang mahal sekarang ni. Rambut tu bukan makin tebal tapi makin menipis dan bertukar metalik/blonde. Dulu cermin mata gelap bukan kerana melawa tapi sebab tak boleh terdedah kepada panas- mata berair sampai macam orang menangis. Nak ikut YB Khir Toyo buat laser treatment belum kesampaian lagi. Dulu masa belajar sama-sama menapak dengan dia, kadang-kadang berselisih. Ramai member yang tegur kembar atau bersaudara ke. Cepat-cepat cakap sepusat sepusing mak bapak asing-asing. Tak sangka sekarang dah jadi MB. Rezeki orang nampak di dahi bukan di kaki sebab kaki selalu bersarung dan berkasut.
Sapa-sapa yang susah nak recall manusia yang bernama Puaad ni ana nak bagi clue. Masuk kik tkt 4 Sastera 5 bersama Wan Zaki, hamid Jusoh (DR), Ali Osali. Pakai cermin mata gelap dan tebal tapi tak setebal Azmi Terengganu tu.
Tapi power cermin mata setiap tahun bertambah. Nama ana ada hukum mad asli- sebab ada 2 a kena baca panjang. Jadi tak boleh nak herdik pendek. Wajib ada mad 2 harkat. Tkt 5 jadi S/U ELS sama dengan Naim tu tapi English SPM kantol. Amat mengecewakan Puan Ramli- itu yang buat ana ralat. Syarahan BI johan kalahkan big names spt Naim etc. Bahas BM peringkat sekolah mewakili Rumah Ali bersama Zakuan Sawai dan Semawee Hassan.
Kalahkan pendebat-pendebat sekolah tapi maklum sajalah Ust. Ku Hamid kami punya rumah- no wonder boleh menang.