12 February 2008

Koperasi Gen77 Berhad???

Ops. Sorry. Nama belum ada actually.

Ada beberapa kawan telah mencadangkan agar skop inisiatif kita sekarang ini diperluaskan kepada beberapa isu yang besar selain dari hanya setakat untuk bersosial dan berseronok-seronok mengimbau masa silam 31 tahun yang lalu.

Setelah melihat ke kiri dan ke kanan, kita perhatikan ada beberapa situasi yang memerlukan kita melihat secara serious hala tuju persepakatan kita sekarang. Sebagai contoh, kegawatan hidup Sdr Saidi akibat pembedahan dan kecacatan kekal yang beliau hadapi, perlukan keprihatinan dan pertolongan yang konkrit dari kita, bukan setakat simpati dan cakap-cakap penyedap hati. Ada lagi kawan-kawan kita yang tidak mempunyai kerja yang tetap di usia mencecah 50an ini. Ada juga guru-guru kita yang terlantar di hospital atau di rumah kerana gangguan kesihatan. Itu setakat yang kita tahu buat masa sekarang. Ramai lagi di luar sana yang seangkatan dengan kita, tetapi oleh kerana mereka belum dapat kita jejaki, nasib mereka pun tidak kita ketahui.

Pada masa yang sama, kita sedari bahawa kita mempunyai kekuatan sumber dalaman kita sendiri. Antara kita ada yang bertugas di Jabatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran, di Kolej Islam sendiri, di sekolah-sekolah, di Jabatan Kastam, di LHDN, di Telekom, di Petronas, Mahkamah Syariah, dan dipelbagai organisasi lagi di seluruh negara. Ada yang menjadi usahawan, membuka kilang kicap, stesen minyak (walaupun susah nak dapat minyak free :), menjalankan perniagaan Travel Agent, khidmat guaman, dan sebagainya. Semua ini ada manfaat dan kelebihannya. Amat rugilah jika kita tidak mengambil manfaat dari kehadiran semua sahabat-sahabat kita ini.

Keberkesanan jaringan persahabatan kita ini telah terbukti bila kita menggunakan sumber ini untuk menjejaki semua sahabat-sahabat kita. Gandingan Fatimah dari Telekom dengan Padzilah dari LHDN mampu menjejaki ramai sahabat-sahabat yang telah terputus hubungan sejak 31 tahun yang lalu.

Kita juga menyedari bahawa dengan usia yang semakin meningkat, anak-anak yang semakin membesar, aspek kebajikan sesama kita pun perlu kita pertingkatkan. Akan ada antara kita yang perlukan perbelanjaan untuk rawatan kesihatan, untuk menyara anak-anak masuk universiti, atau hanya setakat untuk bercuti rihat di mana-mana.

In a nutshell, isu-isu itu ialah: bantuan kebajikan sahabat-sahabat dalam kegawatan+kebajikan diri sendiri + mempereratkan persahabatan+ mempergunakan networking dan kedudukan sekarang.

Mengambil kira semua perkara di atas, dan setelah mengadakan perbincangan dengan kawan-kawan (setakat termampu) saya rasa platform paling sesuai untuk kita merealisasikan semua aspirasi di atas ialah dengan menubuhkan satu koperasi.

Melalui platform koperasi, aspek-aspek perniagaan dapat dijalankan dan dalam masa yang sama, pulangan perniagaan itu dapat dipulangkan kepada ahli-ahli untuk manfaat bersama. Berbanding dengan syarikat sendirian berhad, koperasi lebih menekankan kebajikan ahli-ahli secara bersama. Melalui koperasi, Gen77 KIK boleh menjadi ahli (kita ada lebih 200 orang, cukup untuk "economy of scale" sebuah koperasi, tambahan pula keahlian hanya terhad kepada ex-KIK sahaja), membeli saham koperasi dan sebagainya. Dana yang terkumpul boleh dihalakan kepada perniagaan-perniagaan tertentu, seperti menjadi distributor untuk kicap Hikmah yang diusahakan Ammar, atau distributor minyak pelincir Petronas (Hj Mang tanggung beres) atau apa-apa jenis perniagaan yang berisiko rendah, supaya tabungan ahli tidak didedahkan kepada kerugian yang boleh menghilangkan kepercayaan ahli-ahli nanti. We can chart the road later about this.

Pada masa yang sama, koperasi boleh memberikan hadiah-hadiah sesekala-occasional gifts- (untuk anak-anak yang masuk periksa, atau masuk universiti, persaraan, kenaikan pangkat, perkahwinan dan sebagainya). Nanti bila duit dah banyak, boleh beli aset seperti tanah untuk diusahakan, atau menawarkan pinjaman Bai bithamin Ajil dan sebagainya.

Saya telah melakukan sedikit "homework" dan saya dapati Puan Jaliya Basiron kita ialah Setiausaha Koperasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Oleh itu, kita boleh manfaatkan kepakaran Puan Jaliya untuk koperasi ini. Maaf ya Puan Jaliya, I tak sempat bincang dengan you fasal hal ini lagi.

So my dear friends, please feel free to brainstorm and discuss this idea, either here, or in our egroup (grup maya). Lets find the best idea by giving out your thoughts and ideas actively.

Wassalam,

-Asmawi

No comments: