17 January 2008

Comments on Kamilah. And Bakry too!

I think I am really on the run today. Tak puas lagi menulis. Kerja berlonggok atas meja. Let others do those things first :).

On Hussin Mat Isa, Kamilah said:
Sebenarnya saya masih belum dapat troubleshoot apa problem sebenar dengan setting pada komputer yang Husin pakai di sekolah dia. Semalam dah cuba, dapat error message yang "too generic" hingga dari jauh, melalui telefon, saya tidak dapat kenalpasti apa puncanya Husin masih tak dapat hantar posting sulung beliau. Hari ini saya dah janji untuk cuba lagi.

On Yunus, Kamilah kata:
Memang si Yunus ni! Agaknya dengan semua orang dia buat gitu. Bila saya call dia pertama kali beberapa hari lepas, saya agak "pissed off" jugak sebenarnya. Dahlah dia buat kenal tak kenal dengan kita yang datang dari satu sekolah dengan beliau (saya, Mustafa, Yunus dan Azizan Hasan datang dari Sek Maahad di Kelantan), dia sendiri pun macam mengaku tak mengaku yang dia tu si Yunus Abdul Samed. Haiyaa. Saya siap komplen kat si Fuat lagi. Lepas tu si Fuat sendiri call Yunus. Fuat kata "maybe dia saja buat macam tu kot. kita tengok dulu dalam sehari dua ni". True enough. Bila saya dok sms dengan dia pada malam berikutnya, dah mula terserlah "The Yunus" yang saya kenali 35 tahun silam. Semalam Yunus call saya sebaik sahaja dia balik dari mengajar di UITM. Kami bercakap panjang. Dah mesra balik macam dolu2. Now I can really feel and tell that this is the real Yunus in his true and original "recipe"

On Anson, Kamilah kata:
When three mischievous ladies like these travel together, I am gravely concerned :). They may be up to something.

BAKRY:

Aku tabik hang kerana memiliki super memory untuk mengimbas kembali segala pengalaman hidup dua tahun di KIK. Aku dok cuba jugak recall satu atau dua incident yang "worth sharing" tapi sampai sekarang masih belum dapat idea. And I cannot agree more when you said:

"Terasa bersalah kerana tak dapat bersama atau mengatakan kesedihan atau simpati bila kawan2 di landa musibah. Kita akur masing2 mempunyai tugas dan t/j tersendiri. Apa pun mudah2an kita akan berjumpa lagi. Dah 30 tahun tak jumpa, apa salahnyer kita cari/luangkan 1 hari untuk menjejak kasih. Luangkan masa 1 hari dalam 30 tahun. Kita lupakan tugas/taraf/status. Kita bayangkan kita setaraf semasa form 5 KIK tahun 77 dulu."

Aku rasa apa yang kau sebutkan itu amat penting. Who we are now samasekali tidak relevan di sini. Yang relevan, dan yang boleh digunapakai, ialah hakikat bahawa kita memiliki satu kesamaan utama, iaitu kita pernah sebumbung, sebilik, selama dua tahun di Kolej Islam Kelang dulu. Inilah "common denominator" kita. Kesamaan utama ini "over ride" semua faktor-faktor lain. Kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi kerana memiliki kesamaan ini.

Marilah kita sama-sama, tanpa rasa segan dan silu, menghayati kesamaan ini.
Fastaqim Kamaa Umirta!
-Asmawi Mohamad

No comments: