17 January 2008

Few more found. What a day!

Semalam Fatimah Hasan memainkan peranan sebagai PI untuk menjejak kawan-kawan yang telah berpuluh tahun hilang dari radar kita semua. Berbekalkan tugas sebagai staf TM, beliau memang dah banyak membantu sebelum ini menjejak kawan-kawan kita. Semalam saya berikan beliau beberapa nama untuk beliau tolong jejak di mana kawan-kawan kita itu berada.

ZUBIR RASHID

Semalam, orang pertama yang dapat beliau jejak ialah Zubir Rashid, pengawas yang sentiasa senyum di Tingkatan 5 Sains 2 dulu tu. Saya amat rapat dengan Zubir, dan selalu keluar ke Kelang bersama beliau dan Hasan Golek. Tapi saya syak si Zubir ni, dalam diam-diam, dia saman jugak seluar jeans saya dan simpan di bilik warden. Akhir tahun bila nak balik kampung lepas SPM barulah saya dapat balik jeans tu.

Setengah jam selepas dapat HP number Zubir tu, saya dah dapat bercakap dengan si Zubir. Beliau bertugas sebagai guru di Baling sejak kembali ke semenanjung akhir 80'an dulu. Dah ada 7 orang anak.


INI CHIK
Fatimah juga dapat call dan bercakap dengan Ini Chik yang sekarang berada di Terengganu. Saya dah passkan nombor telefon Ini kepada Fuat untuk beliau hubungi. Fuat sudah pun bercakap dengan Ini. Nanti kita minta Fuat updatekan cerita mengenai Ini di sini.

ABDUL RAHMAN JUSUH
Yang ni lama sungguh dah dok cari. Akhirnya dengan bantuan Fatimah, dapat juga dijejaki si Abdul Rahman ni. Petang semalam dia sms saya. Saya bercadang untuk bercakap dengan beliau malam tadi tetapi terlena sebelum sempat call. Pagi ni saya call dia. Masya Allah, suara dia tak jauh berubah. Masih lebih kurang macam dulu. Mengikut cerita beliau, setelah tamat SPM dengan keputusan yang tak berapa baik, beliau mengikuti kursus sebagai Flight Engineer di awal-awal lapan puluhan dulu. Lepas tu beliau jadi Flight Engineer MAS dan ikut serta dalam long distance flight all over the world. Selepas tu beliau berhenti dari MAS dan bekerja dengan Petronas Penapisan di Kerteh sejak 20 tahun yang lalu. Boleh dikatakan setiap minggu beliau datang ke KLCC untuk mesyuarat di Petronas, sedangkan ofis saya hanya bersebelahan dengan KLCC. Yang paling kelakarnya, beliau adalah Pengerusi PIBG di sebuah SBP di Dungun, dan anak kedua saya pernah belajar di sana dari 2000-2004. Dia kutuk saya kow-kow sebab tidak pernah datang ke mesyuarat PIBG, sebab kalau saya hadir, sudah tentulah saya akan bertemu beliau. Tapi come to think of it, walaupun saya mungkin pernah melihat nama beliau terpampang, manalah saya tahu itu Abdul Rahman Jusuh yang sekelas dengan saya di tahun 1977 dulu. Itulah mustahaknya kita menyambung semula silaturrahim ni. Kalau tidak bertemu, gambaran wajah 30 tahun dulu mungkin sudah "expire" dan tidak boleh dipakai lagi. Silap-silap bergaduh di jalan raya kerana accident sikit sebanyak pun belum tentu boleh kenal, itu kawan lama kita sendiri.

Nanti kita minta beliau tulis sikit sebanyak mengenai beliau di sini.

-Asmawi Mohamad

No comments: