17 January 2008

Ustaz-ustazah n Cikgu2

Assalamualaikuk ustaz-ustazah dan cikgu2 daripada saya Che Latifah Ismail
Pertama2nya terimakasih yang tak terhingga kerana telah mendidik kami menjadi 'orang'..Jasa cikgu semua hanya Allah layak memberi ganjaran. Terlalu banyak kenangan untuk dicoretkan. Tapi...saya rasa saya ni tak le nakal sangat kan selama 4 tahun di KIK dulu...ehem2..sebab saya tak kena hukuman berat2 kan..
Yang tak saya lupakan ialah bila kena jemur tengah panas dengan ustaz Husin Unang sebab tak hafal surah Yasin...(Ustaz sedang uzur kan..saya akan bacakan Yasin untuk ustaz..kawan2 yang berkesempatan ziarahi ustaz sampaikan salam saya kepadanya, terimakasih ustaz!.)
Satu lagi kengan bila kena mengadap Cikgu Kusno, Ustaz Ahmad dan Ustaz Zawawi (dah Dr ustaz kita ni..walaupun dah pencen tetap bersemangat untuk belajar...tabik pada ustaz)..sebabnya sayadapat surat dari abang angkat?... yang belajar di Kuwait...tu la, ramai sangat nak jadi abang angkat, tak fasal2 kena mengadap ustaz2...
Seorang lagi yang saya tak lupa dan masih berhubungan sampai sekarang ialah ustazah Fauziah sebab ustazah di Perlis ni juga. Masa saya sebagai pengerusi BADAR selalu kena sound dengan ustazah, macam2 kena buat kan...yang paling ketara ialah bila anda semua lihat semula gambar2 masa kita form5 dan form 6, fesyen tudung yang dipakai amat berbeza kannn... Now ustazah masih sound saya sebab tak boleh beri komitmen sepertinya...ustazah ada mengajar di kelas2 pengajiannya di masjid2, kadang2 ja saya berkesempatan mengikutinya.
Kepada cikgu2 dan ustaz ustazah yang lain yang tak disebutkan di sini, segala tunjuk ajar guru2 semua tetap dijadikan panduan untuk saya mendidik anak2 bangsa di UiTM ni pula. Terima kasih

No comments: