31 January 2008

Jejak kasih WakMan

Assalamu'alaikum wbt.

Bertemu kembali, wakman baru balik rumah, sejak Isnin {28.1.08} tinggalkan rumah. Ada kursus dan meeting kat PJ. Wakman sempat jejak kasih teman2 di Darul Ehsan Restoran Shah Alam dan Bangi Kopitiam. Amat menyeronokan. Mawi dah tulis kisah di Darul Ehsan, Sebenarnya Wak Man boleh tahan malam tu, tapi visa teman-teman dah habis jadi wakman pun redho dan balik. Malam Rabu 29.1.08 wakman bertemu dgn halimon n bakry kat Bangi Kopitiam, walaupun org Melaka tetapi hampir 30 thn tak bertemu, {teman2 kena cari petua rambut lebat dan hitam kat bakry} wakman dpt cal aziz che kob yang ada kat Kota Kinabalu, Sabah dia kata nak turun PutraJaya, wakman tunggu dan ajak bertemu teman2. Bakry memang power ingatan dia, dia kata yang ada tahi lalat kat tepi hidung tu ke!, comfirm aziz che kob. Malam tu minum dua kedai , lepas kopitiam beralih ke kedai satay dekat rumah halimon. Tak cukup kat luar, lepas bakry dan halimon balik, wakman sambung cerita ngan aziz kat bilik di ILIM,tak tahu jam berapa tido , sedar2 dah subuh. Jam 7.30 pgi cal Saidi , beritahu dia ada teman baru jumpa, aziz che kob, dia lupa... lupa tapi kemudian dia kata yang ada tahi lalat kat hidung. betul. hebat tahi lalat ustaz Aziz. kuat sungguh ayam saidi berkokok, terdengau2 dari telefon. Dalam perjalanan ke PutraJaya, cal Mokhtar Muhed kat skudai, seronok dia dapat bercakap dengan aziz. Mokhtar masih bercuti sakit, wakman doakan mokhtar akan sehat dan semboh segera. Malam tadi (malam khamis) wakman tunggu juga kat Bangi, tak de teman yang cal, wakman cari teman UKM (1983), Razak Husin budak Johor, wakman bual sampai tengah malam, Sazali Termizi hantar SMS, dia kata, wakman buat apa sampai kat Bangi, tengok kawasan ke?, dia kata teruskan jihad .......... Sazali, kau jangan diamkan diri tu, jom jejak teman2 kita yang lain.Jam 6.30 petang 31.1.08 wakman sampai Melaka, ada org hantau SMS , dia tulis ada pasangan masuk hotel dan disyaki buat benda maksiat, wakman singgah kat hotel tu, dapat 3 pasang termasuk 1 pasang wargatua berusia 54 dan makwe dia usia 52. Apa nak jadi, kantoi dan esok kena bicara. Itu kerja Kak Ani lah, berapa nak bagi hukuman. , sebelum balik tadi Saidi ada cal, anak dara Saidi dah dapat keja kat Shah Alam., Syukur Al-HamdulilLah, Kak Ani, Mawi bolehlah tolong tengok2kan. Ok lah wakman nak undur diri..... Dolah tengah sibuk tu, pastikan cukup semuanya, nampaknya ramai yang nak datang. Nik, Rohani, dan teman2 wanita yang lain dah jadi ibu dan nenek.. Tahniah. . Wassalam. wakman.5sas2kik77.

blog semakin panas!


Daku kini sudah mengerti

hidup di dalam derita

siang malam dirundung malang

badan di dalam cobaannnnnnnn.



....bersambunggggg

Teman!

Ini rangkap pertama lagu nasyid yang kita sama2 dendangkan dengan penuh perasaan pulak tu di hadapan khalayak ramai di dewan besar kik semasa majlis penutupan minggu orientasi ting 4 kik tahun 1976 dulu.

Bila pula kita nak bernasyid semula?
Cadangan saya ialah ketika kita menyambut Pak Soenaria! Setuju?


abdullah hj hassan

31 jan 08

Yang Arif


Versi Lingham!!!

RE: Cameron Highland 1977

Bakry,

Aku rasa aku angkat tangan tu dok lambai Anson! Dia lalu depan kita ramai-ramai dengan segerombolan budak perempuan lain. Kau tau la Anson dulu (sekarang pun entah2 macam tu jugak :)) -- bila kita lambai atau tegur, dia marah. Tapi yang dia dok toleh-toleh kat kita jejaka-jejaka bila lalu depan kita tu, sapa suruh? Tapi aku tau, dia marah buat-buat je tu! [Ampun connnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!].

Yang tak jelas sebelah aku tu, rasanya Jeng!. Jeng, boleh confirm?

Perasan tak masa trip tu, ramai yang ambik kesempatan bergaya dengan blue jeans yang kita bawak keluar dari stok penimbal kita. Aku pun pakai jeans jugak. Yang hairan bin ajaibnya, bila balik je dari Cameron Highland malam tu, lepas tu tidur. Bila bangun esok harinya, jeans tu dah kena "pau", sebelum kita sempat simpan balik dalam stok penimbal masing-masing. Ya lah sampai dari Cameron Highland pun dah lewat dah. Letih la. Aku ingatkan dah kena curi. Rupa-rupanya bila akhir tahun dan semua jeans dikeluarkan dari kem tahanan ISA Kemunting, tengok-tengok jeans aku pun ada di situ. Aku syak si Zubir yang buat kerja!!! Dia kenakan tahanan ISA terhadap jeans masa kita pergi musalla gamaknya! Nasib baik masa tu Karpal Singh belum ada, kalau tak aku dah initiate habeas corpus atas penahanan jeans tu.

-Asmawi Mohamad

Keluarga Yang Arif Saarani







Assalamualaikum semua,

Jangan lupa janji kita pada 2/2/008 di Dewan Besar KIK apabila ada program sebegini tebayang kembali nostalgia silam 20 tahun lalu dimana kita sama-sama menerokai alam persekolahan dengan berbagai kenangan.

Peristiwa diwaktu ketiadaan air, kolah masjid Sultan Sulaiman yang akan menjadi sasaran, saya bersama Amar Abdul Rahman (roomate) akan pergi mandi manda. Tabiat Amar menyuruh saya menolaknya ke dalam kolam, konon-kononnya ia terjatuh apalagi terus berenang.

Semasa balik dari masjid kami akan melalui kawasan pokok durian di sebelah pagar, sudah tentu semua di kalangan kita masih ingat dengan harapan buahnya akan jatuh. tapi sepanjang 4 tahun saya di sana tidak pernah terjumpa walau sebijik sedangkan ketika musimnya durian begitu lebat, mustahil tidak jatuh atau telah didahului oleh mereka yang lebih ARIF.

Peristiwa lain yang tak boleh dilupai apabila selesai makan malam, saya akan keluar bersama Amar ke kedai Mamak di sebelah untuk membeli makanan tambahan, kebiasaanya lain-lain pelanggan telah siap sedia dengan rokok di tangan (faham-faham ajela). Yang lucunya apabila nak masuk semula ke dalam pagar asrama pada Sunaria telah siap sedia menunggu ketibaan kami terus di londehnya kain untuk  mencari rokok.  Pernah sekali Amar tidak tinggal seurat benang (Masya Allaaaaaaaaaah) untuk memperingati kenangan silam tersebut saya sertakan bersama ini gambar gambar terbaru setelah jadi "orang".

30 January 2008

NOSTALGIA KIK PART 8

Tahniah


aku tabik di ats perkembangan terbaru dari sahabat Gen77 yg dah mula mengunjungi blog dan dah mula calling2 sesama kita. mcm rakan kita kata org melaka ni aggresif sikit,agaknyer cencalok punye penangan. Mus, Mawi, At, sin canglon, cik pah, kamilah n sewaktu dgn nyer tak kurang hebat jugok. Hok lain pong misti pekena budu lebih sikit. Dekat pasar Dato' keramat melambak ada.Dato' lah kita tetiba angin apa yg bertiup, mencurah2 lak idea dia. Bermula dgn pic cik pah ilang skaf , siti sarah di temui etc. Agaknyer dah terkena tegor oleh Nik mai (kononyer garang), terstop cerita dia jap. Tapi karektor kartun mai ler pulok. itu tanda2 nak dapat menantu/tak cukup tidoq atau nak naik pangkat agaknyer kot.sama2 kita berdoa kebaikan untuk sahabat2 kita. Muhabattein pun dah mula fly sana sini, menyelam sambil sempat tangkap ikan. Dpt jumpa ustaz adham n rakan2 lain.uztaz ni penah jd bapa angkat 5Sc2, waktu kita buat hari terbuka, gerai jualan, pakai kupon,beliau mencadangkan menu2 terbaik dari kelate.Wak man lak asyik skodeng n tangkap merpati jer.Esok kita minta dia tangkap gagak2 yg banyak kat KIK pulok.Masa nak jumpa Saidi pun semcm punyer trill.Nak cari kreta myvi dgn plate number CBV 1678.Aku tabik kat usha2 yg ditunjukan oeh mus n mawi..Lupa nak habaq kat mus n Mawi, kalau bawa wak man ari tu sure jumpa. Dia ada ilmu serapah jampi dari seberang plus teropong pendekar DO RE ME. silap2 Jason King dlm toilet pong dia bleh nampak. itu ler bertapa terujanyer kawan2 kita nak berjumpa dgn rakan yg sedang kesusahan. aku bagi 5 bintang.


1977


Tahun yg bersejarah dan bermakna. Diantara lain kejayaan bayi tabung uji/IVF pertama. Ini penemuan kedua dibidang Sc selepas manusia berjaya menjejaki kaki kebulan.Itu pun setelah 20 tahun penyelidikan.Di atas kecemerlangan dan aura 77 ini kita combinekan usha dan komitmen dlm pelbagai bidang n kepakaran masing2,untuk satu tujuan. Dari semangat n perkembangan depa2 semua tunjukan belum pun sebulan usia blog ini di ketahui ramai,aku yakin, kita semua bleh berjaya. Kalau di kira kebanyakan kita cuma ada 6-7 tahun jer lagi produktif years, sebelum pencen dari service.Aku setuju sgt cadangan Dato' lah untuk mengadakan JV or any kind of business. Bukan untuk profit, tp menyediakan pelbagai peluang dan net working dari pelbagai bidang profession.Tak kira taraf/pendapatan tinggi atau rendah.Setiap dari kita ini ada kelebihan,kita olah sama2, guano mu rahmang, ok tak.


MINGGU TERKEDU


Kebanyakan dari kita terkedu dan terharu satelah cerita Pak Senorea, utz Adham , latest development n trill nak jumpa saidi.Kamilah pun nangis (omputih version), Muhabat lak mcm hero bollywod, kalah YB ronda2 di musim pilihanraya, melawat kawasan.Rahmang n geng mcm org minyak ,kidnap kamal daril etc.Kita tunggu cerita depa nak gi di Jakarta nti. Aku rasa kena bawa video cam, rakam perkembangan terbaru. Mantan presiden (Suharto)lak meninggal. kita pun turut menumpang sedih .Nostalgia ni pun terkedu gak nak kuar.


NOSTALGIA DOBI

Number Dobi-Sebenarnyer Mus, bukanyer aku ingat sokmo. beberapa tahun lepas belajar KIK, musin raya, ramai anak saudara datang rumah n menumpang tidur. emak aku pun keluar ler koleksi bed sheet n sarung bantal warna putih lama.aku tengok ada number ( permenant black ink) kat ujung cadar tu.


SURAU BARU,LANTAI PAPAN N KUAT TENAGA


Bila kita mula pindah ke surau lantai kayu, sebelah opis. rasa best gak. Paip air melambak di byk tempat. tp spot yg popular adalah tepi opis tu gak. beratur ler ramai sambil sembang2. Tengok jadual kat notis board siapa duti kena azan, baca hadis lepas sembahyang etc. Paling best kalau Alias zakaria jd imam, suara terang n jelas. Ingat tak kita kena tegur, bila nak sujuk, ramai2 turun serentak,boooom, bunyi cukup kuat. maklum ler lutut touch lantai papan( masa tu lutut power lagi). lepas tu bila time nak sujut, semua maintain senyap ler .Masa usrah lagi ler best, pecah2 dlm kumpulan kecil, wirid, tahlil etc.


HUJUNG MINGGU YG BORING


Paling boring bila turn pelajar girl outing ke Klang. Pelajar laki2 stay back. Ada gak senior boy yg kirim barang kat girl. Malam nanti warung pak ali jadi tempat passing2 barang.Kekadang aku beli news paper kat kedai mamak tepi main road, kena jalan jauh sikit. Aku, limon, kamal biasa masak meggie. suatu hari tu, kita ada 2 kole, 1 heater kita share.mula2 boil air, heater gantung kat pembuka tingkap narco tu, masuk maggie,letak telor. Bila sampai turn kole ke 2, air masak cepat sgt, masuk maggie ke 2,siap letak lada hijau. wap air tu semacam jer, tetiba kluar cicak dari lubang handle tingkap tu, melompat, tp jatuh terus dlm kole yg dah ada meggie kembang. lor, melopong jer aku bertiga tengok insident tu . geli hati pun ada.Apa pun kita share 1 bungkus magie tadi(kole pertama), makan 3 org. ituler setia kawan namanyer.Ada gak kes, terlupa bila panas air, sampai kering air tu, kalau boleh selamat pun, heater tu akan jadi hitam. kes yg teruk heater tu pecah, tersembur coilnyer n putus terus...

PENGSAN


Selain kisah timah pasal sahidah pengsan terkejut dengar jeritan gollll dari blok C, mawi lak masa assembly. Aku teringat masa demontrasi fire drill. Lokasinyer tanah lapang, depan asrama koboi .Pihak bomba ni bakar minyak dlm tong,student buat 1 bulatan, girl n boy sebelah. api besar n asap hitam tebal. pas tu depa curah air, maka menjulang tinggi api tu naik dan kluar bunyi mcm meletop. Tak salah aku tetiba jer 2 org girl tumbang. Nak padam kebakaran minyak gunakan dry powder tak bleh guna ayak.....


BULAN PUASA


Kita merasa gak berpuasa di KIK. memang ramai yg datang dari sek asrama, berpuasa di hostel bukan perkara baru. Tapi yg best masa nak berbuka n sahur, bunyi siren dari masjid tu memang clear. Kita berbuka sama2 serentak. Kalau tempat lain, ada yg dengar radio, tengok jam dan yg paling syahdu, tengok orang sebelah, dah boleh berbuka ker blom.


PIC CAMERON HIGHLAND




(tengok ragam Mawi n Tok At, dari dulu lagi , masa nak snap pic, posing spontan akan datang. Lambaian ketua dan At lak buat gaya tanggo.Aku (xerox style saidi- masa class photo)sedang tengok bulan.Limon, lok.

saidi,mawi,(X jelas), husni, azhan, weldon
bersambung...............
Bakry
p/s- Mus,husing,ad,kamilah......jgn optional retiremen menulis nohhhhh.

hj mang tganung,kamal daril & saidi kadir coming to kik on 1/2/2008

Assalamulakum kik 77 ears,

Insyaallah kami akan sampai di KIK sebelum maghrib 1/2/2008. Lepas maghrib nak cakap dengan pelajar2 siket disurau laki2 lepas tu majlis peluk2 (laki2 shj),jumpa2,cakap2 dengan semua yang hadir tak payah tidur.

Beristirehat di asrama (as per Datok Dollah dia dah arrange), subuh di masjid Sultan Sulaiman. Kami mungkin kena chao awal siket pada pagi sabtu atas urusan yang terancang.

So jumpa disana hari Jumaat malam sabtu jangan tunggu hingga 2 ptg 2/2/08 baru nak datang.
Datang awal ye - elakkan kesesakan.

rgds
hj mang tganung.

Hello..dari Kuching

Assalamualaikum w. t
Apa khabar teman-teman semua?
Dah lama saya mengikuti..cerita teman2 d blog ni.
Alhamdulillah....nampaknya semua sihat-sihat dan ceria belaka
Al-Fatihah untuk Almarhum Cikgu Mat Isa Kassim
dan sahabat sekelas yg telah pergi dulu Saudara Fuad Awang
Che Pah.....seingat saya lepas je kita cross jalan, sampai je padang tudungpun terlepas le
dari kepala. Saya kan...tukang jaga tiang gol, bola lawan tak berani masuk sebab tu..kita menang
Saya bertugas di Kuching Sarawak, rumah 2-3 minit je dari airport Kuching
kalau teman-teman...ke sini hubungilah saya... ok
Tahniah buat Datuk dan Datin yang bakal dapat menantu
Jumpa lagi

Jalilah Mahmood

Kenduri Dato' Dollah/Datin Nik Mahizan 2/2/08

Assalamualaikum:

Untuk tujuan penyelarasan, saya ingin mencadangkan supaya kita geng-geng GEN77 datang ke tempat kenduri nanti lebih kurang jam 2.00 petang 2/2/2008. Kita solat zuhur di Masjid Sultan Sulaiman, berkumpul di situ, lepas tu kita serbu Dewan Besar KIK ramai-ramai.

-Asmawi Mohamad


Salam,

Syukur lagi kepada Allah yang telah membolehkan kita bertemu lagi melalui alam maya ini. Selain bersemuka, melalui telefon, tatapan gambar-gambar yang semuanya hansem ( kena puji diri kita sendiri baru puji orang lain ) dan tatapan cerita dari laman ini semakin ramai yang telah dihubungi. Terima kasih juga kepada yang berusaha dengan tenaga dan wang ringgit serta tak kurang juga berkorban masa senggang yang ada. Terima kasih Muhabat yang nampaknya aktif menjadi trekker hingga ke luar negeri. Orang Melaka memang banyak mengembara meluaskan perniagaan dan dakwah. Tahniah Muhabat.

Untuk member Kelate.

Mu buat gapo le ni? Doh jumpo kawe-kawe tu buak gapo dok telefong kito ni. Jange duk ceghito kat muhabak jo, maghi ceghito kat bekwoh Doloh samo baghulah dapak kecek panje dok. Mat Arih tu tok beghuboh banyok la. Rambut keriting tu doh tutup kupioh pulok la. Si Rahimah tu moleklah boleh sambung ilmu bahaso arab tu. Kito ni boleh buak ngaja anok kito bahaso tu je la. Tapi rasonyo mu boleh pehe jugok apo ye ust Rame aja dulu dok? Samolah bilo ust Adhe aja Tauhid, mako budok Kedoh susoh jugok nak pehe. Tapi itu semuo kelebihe kik tu. Semuo loghat negri boleh dapak sampa kawe oghe tok percayo kawe oghe pehe. Arwah Zulkarnain dulu tu duk gelok bilo demo tanyo dio. Apapun kawe selalu jugok gi Kelate dulu nu sebab arwah kakok kawe duduk nagho. La ni tak dok lah gi selalu sebab dio doh takdo.

Buat geng utara.

Hangpa - Husin, Zaki, Arifin Bakaq ( Melaka masuk Pendang ), Che Tipah ooi dll tak mai ka kenduri Dolah ni? Arifin dah jadi GPK ka? Hamid Hj Ahmad dah jadi Pengetua MRSM Beseri. Baru tukaq dari langkawi. Anak aku kat Langkawi tu dia lah dok tolong tengok-tengokan. La ni dah tingkat 2 tak perlulah selalu pi sana. Tahun lepaih kerap jugak piLangkawi. Adalah 5-6 kali sampai naik cemuih makan coklat. Kalau mai kenduri Dolah nanti boleh ceghita lagi noo.

Wassalam

Puaad- 5 Sas5.

Walau berubah, tapi spesis sama, tak paa laa no?


abdullah hj hassan
30 jan 08

29 January 2008

Salam dari Padang Luas, Jerteh.

Assalamualaikum semua kekawan form5kik77.

Malan ni saya baru dapat masuk dalam blog ni. Dapat tau kewujudan blog ni dah 3 hari lalu melalui Broder Muhabbat. Saya terus buka blog, intai2 tengok2.

Masa tu dia di KB bersama ngan Imran ( bapak saudara aku), arif dan yg lain2. Tapi dia call saya lewat malam sangat, tak sempat nak join skali. esoknya dia dah balik ke kl.

Ok la tak pa mungkin lain kali boleh jumpe.
esoknya saya terjumpa Hazami di kedai makan di kg raja, bagi tau pasal blog ni, nampaknya dia dulu dapat masukkan berita disini.

Tadi pagi saya terima panggilan dari sdr Mustafa M Nor. Cara nak masuk sini dia yg kasi tau. Terima kasih Paa. Kali terakhir saya jumpe dia masa hantar anak kat Um Julai 2007. Tapi tak sempat nak borak panjang. Sekadar ambil no HP saja.

Kalau mana-mana rakan yang gi jumpa dengan guru-guru kita dulu, tolong sampaikan salam saya kepada mereka. Terutamanya Bapak Seonaria dan Bapak Mulyadi. Ustaz Adham insyaAllah akan saya jejaki disini.

Buat permulaannya saya tempelkan gambar keluarga yang terbaru raya posa 2007.


Bersama Permaisuriku.


Anak2 : semua 7 orang saja. Yg sulung Kanan(L) ( 24 th) kerja kat Jln Ampang: Software Engeniering. Kedua UIA/ Law (disebelah yg lelaki kiri) ketiga (L) sebelah kiri, keempat dekat lelaki kanan ( di UM), lima depan kiri, matrik gambang phg, enam kanan depan ( tunggu SPM) bongsu ( buat masa sekarang laa ) tengah ( ting 4 ).

stakat tu saja buat salam perkenalan ni.

Wassalam.

Akhukum Fil Islam.

Mohd Sanusi bin Mohd Shata
159-A, Padang Luas,
22000 Jerteh, Terengganu.
11.45mlm (selasa 29 Jan 07)


MA'AF, SIBUK SIKIT LAA NI!


Assalamualaikom utk semua!

Teruskan.........

Saya hanya sempat hantar yang ni saja dulu masa ni!

Wassalam


abdullah hj hassan

JEJAK KASIH DI KB

ASSALAMUALAIKUM WBTH

Teman teman yang dirahmati Allah SWT.Hari ni barulah ada kesempatan untuk menulis semula setelah usha di KB “hilang “ terima kasih Mawi , Rupa rupanya tulisan tersebut terselit di bahagian Edit.

Sebenarnya rancangan ke KB telah saya rancang dua minggu sebelum Bakri call ,tapi bila “suasana” mingu lepas berubah secara mendadak maka terpaksa saya namakan - PROGRAM JEJAK KASIH DI KB.Terima kasih Mawi dan Mustafa kerana beri hp Imran - 5 SC 1 dan Rohani Daud .
Pada 24 Jan petang , Saya cuba call Imran tapi tak angkat sebanyak 2x , bila tanya Mus sekali lagi , Mus kata dia memang ada di KB . Tak apa esok cuba lagi , pun tak angkat, hinggalah jam 10 pagi , Imran call bertanyakan siapa saya,,,,,,,, alhamdulillah dia masih ingat . begitu juga Rohani Daud , Rahimah Husin( Pen K Kelas 5 sas 5 ) , Arif ( Ketua kelas 5 sas 5) dan Siti Robiah .

Setelah check in di hotel kira kira jam 4 pm semalam , Seperti dijanjikan tepat jam 5.30 saya turun ke Lobi hotel , orang pula ramai di Lobi ,,,,,,,,, tercari cari juga Rahimah . Siti Robiah dan Rohani ........... Tiba tiba terdengar suara .......... ha ... tu MUHABAKK.....MasyaAllah .............. memang Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu , Senyum sambil tertawa bila mereka melihat saya , begitulah juga sebaliknya.
Subhanallah ,,,,, Tigo Mek Kelate ni tetap menten ............ selang 30 minit Ariff pula muncul dengan kupiah putih ------ malu pulok raso , orei melako dok pakai kupiyoh ,
Lama juga kami menyingkap kembali cerita lama tahun 77 .Siti Robiah datang dengan gambar suami – SPM 76 , rupa rupanya suami Siti sekelas dengan isteri aku -- amboi Siti , kawin abang angkat ehhh ????? , saya juga tunjukkan mereka laman Blog KIK 77.Bila mereka terlihat wajah terbaru kawan kawan kita , saya dengar Rohani berkata " ho ,, lain sungguh Puak "
Rahimah pun mencelah " Sapo dio yei botok ni ?
Tapi yang powernya Siti Robiah kata " Mawi dok banyok beruboh " ?????????????????????? Mawi ,,, menten sehe mu .......Arif sekali sekala mencelah juga , tapi beliau tetap cool seperti semasa jadi ketua kelas dulu.





Dari kiri : Rohani Daud - bertugas di LHDNKota Baru .cahaya mata 8 / menantu 3 / cucu dah 2 dan seorang anak bertugas sebagai doktor di Hospital KB .
Siti Robiah - Guru di Maahad Amir Indra Putra , Bachok, memiliki 5 cahaya mata dan bersuamikan Saudara Husin Dolah - senior KIK kita.
Rahimah Husin - Pen Kanan Maahad Pengajian Islam KB , cahaya mata5 ( Dlm diam rupanya suami Rahimah pernah jadi Ahli Parlimen Bachok)

Arif pula mengajar di SMK Pintu Geng KB / cahaya mata 5 .
Kira kira hampir maghrib kami terus ke Rumah Ustaz Adham , saya dah lupa nama kampongnya tetapi ikut jalan melalui Wakaf Che Yeh , mulanya ustaz agak lambat menyambut salam kami , mungkin beliau tertanya Tanya , maklumlah zaman sekarang macam macam boleh berlaku,. …….Setelah Rahimah memperkenalkan diri barulah Ustaz ingat , agak uzur di usia 74 tahun , MOGA USTAZ DIPANJANGKAN USIA DAN KESIHATAN YANG SEMPURNA – lihatlah poto terbarunya … saya ada menceritakan usha Mawi dan rakan rakan tentang Laman Blog KIK.
Satu hal yang sangat manis bila saya dail hp Pak Soenaria di Bandung dan Ustaz berbual dengan Bapak sementara kami mendengar perbualan mereka ………. Agak seronok mereka berbual .
Sekejap saja di rumah ustaz , kami pun berpisah dan Arif hantar saya ke Hotel.

Jam 9 malam Imran Tahir datang menjemput saya makan malam di Restoren Yati Ayam Percik - Imran bertugas sebagai guru MAT dan masih aktif dengan permainan Tenis , Tahniah Imran .
Bagi teman teman , lihatlah wajah terbaru sahabat kita.




Arif / isteri dan dua cahaya mata




IMRAN ????

SAMPAI JUMPA LAGI

MAHABBATEIN

Salam Muhabbaten From Changlun to Alor Gajah Melaka

DUITI DAKI DUNIA HE...DUITI NAHI HE MUHABBAT CALOO HE...
( sekadar nk tulis bahasa Hindi celop hee..tidak ada kena mengena dengan nama sahabat kita ni )
MUHABBAT.....!!!!

Tiada ku sangka tiada ku duga....sekian lama menghilang diri......lagu allahyarham sudirman .....
Bagitulah lebih kurang ceritanya...sebumbung selama dua tahun 76/77 lepas tu putus hingga terbinanya blog ini...catatn ini saya tujukan buat saudara Muhabbat dari Alor Gajah Melaka (sebenarnya semuanya kita terputus hubungan ,blog ini sebagai penyambung ).Tengah hari kemarin deringan hp semasa dok berjalan blk dari kelas...hllo hallo assalamualaikum..... wkum salammmmm....hai engkau husin ke ? tak salah lagi,...engkau kat mana tu...? aku kat sekolah le..engkau dah jadi pengetua ke ? tergelak besar mendengarnya...bukan,tidak...bawah lagi..pengetua pun bukan gb pun tidak...Apalah engkau ni..dah nk pencen pun masih tak dapat apa2...depa nk bagi tapi aku yg tk nak...So dah dapat dg52 ke? Masha allah...tingginya sangkaan sahabat kita ni...Tak tak...nun setengah lagi daripada 52....punya syok bersoal jwb terlupa nk tanya ...eh eh tunggu sat...maaf lah hamba ni...siapa lah saudara yg budiman ni ( dlm hati tahu dah mesti sahabat lama dari kik dulu,cuma tk tahu siapa) Ya allah..aku lah engkau ingat tak MUHABBAT orang melaka....tak payah di sebut lagi terus terbayang wajahnya yg dulu...banyak juga celotehnya.rupanya dia pernah buka bisnis di utara ni lama juga n biasa datang di kg tradisi Changlun yg berhampiran kg saya sekarang.....last muhabbat minta snd foto by mms..aku dah tak terbayang lagi rupa engkau katanya....tak tahu lah selepas dapt gmbar yg tak brapa clear tu dia cham ke tidak....teng q vry2 much wahai muhabbat atas segala usaha hang tu.bnyak usaha hang dalm blog ni....aku amat terharu.....moga hubungan kita semua sahabat2 dari 5kik1977 akan berterusan hingga akhirnya..

KWSP PJ

Seorang lagi yg cll saya ialah Mohd.Yusof bin Awang yg bertugas di KWSP Petaling jaya...Sembang panjang..tetapi saya agak terkilan kerana cuba recall wajah dan rupa bentuknya tak dapat2 hingga saya tulis catatan ini..kalaulah lepas ni atau saudara yusof baca catatan ini dia dapat mms ka gambarnya inshaa allah dpt saya ingat kembali rupanya....mohon berbanyak2 maaf saudara yusof kerana wajah rupamu masih tk dtg dalm ingatanku...

Tajuddin Abd.Jalil...

Buat sahabat kita yg dulunya beralamat 45 kg Benus Temerloh Pahang kini sebagai Juruteknik Kanan di JKR awah Tajuddin Abd.Jalil..apa kabor engkau....masukkanlah alamat email hang kat dalam ni atau ringan2 kan tangan utk buat sedikit catatan utk tatapan semua....kemarin aku dh sms dengan hang.walau pun tk banyak perkara disebutkan tapi ternyata masing2 sering ingat mengingati...so teruskanlah pula dlam blog ini....

Kenapa Arifin belum muncul ????

M
engikut keterangan Ariffin semasa beliau kerumah saya...Beliau sekarang bertanggungjawab sebagai Tim.Pengetua MRSM Pendang..so mmg masa agak terhad nk menyertai kita..ditambah pula dengan masalah kabel Tm yg sering dipotong oleh pemotong yg tak diberi tauliah ( pencuri) maka menyebabkan talain internitnya tdk berfungsi...so setakat ni dia mengikuti perkembangan melalui sms kawan2..mungkin lepas ni dia pakai brodband maka tk payah guna kabel TM lagi...cepat2 lah
Ripin beli benda tu....
Cik Latifah!!!! lepas ni anti tunggu..mgkin semua yg datang dari selatan akan rush rumah anti dulu..bukan takat Ripin..semuanya Mustaffa,Asmawi ..naim,yang Arif yg hilang kasut tu ) Wak Man Muhabbat dan semuanya lah...lelaki n perempuan......siap bogeh ( beras ) banyak2.....

Jamaiyah bt Omar Singapor Girl
.....

Dimanakah kau...masih jadi warga singapore atau dimana ????
Aku sentiasa dok belek foto 5 sas 1 bersama guru kelas Wan HAsmah wan Ali )
Nak sebut nama ramai lagi kawan2...tk pa...nanti dalam cattan lain lah pula....

Sekian wassalam.
Husin Changlun.

Azami Abdul Ghani dan Sanusi

Saya dihubungi oleh Azami Abdul Ghani 5SC2 melalui email semalam. Beliau mendapat tahu tentang kewujudan blog ini melalui Sanusi, yang kabarnya dimaklumkan oleh Mustafa.

Petang semalam beliau menghantar email mengandungi gambar terkini beliau.

Dengan anak bungsu yang berumur 2 tahun! Wah power la Azami. Kebanyakan kita dah pencen dan tutup kedai dah!

Dengan dua anak lelaki
Isteri beliau dan anak-anakSanusi Mohd Hatta (5 sastera 3) juga telah dapat dijejaki.

Terkini

Ada beberapa perkembangan terkini yang memberangsangkan:

1) Normah Ibrahim, Wak Man dan Azhan

Padzilah dapat menjejaki Normah Ibrahim dari 5SC1 semalam. Beliau bertugas dengan Akademi Latihan Belia di Batu Gajah, Perak. Tidak lama selepas itu, Fuat telah dapat menghubungi dan dapat bercakap dengan Normah. Petangnya, saya telefon Normah yang kebetulan pada masa itu ada di Sogo KL. Beliau berada di Shah Alam kerana menghadiri satu kursus yang akan tamat pada hari ini. Malam tadi, kebetulan Wak Man pun datang ke Bangi, kami mengadakan pertemuan di Restoran Darul Ehsan Shah Alam. Yang Arif, Normah, Anson, Wak Man dan saya sendiri. Normah masih steady macam dulu jugak. Ada empat orang anak. Cuma kalau jumpa besar kemungkinan saya tidak akan cam sebab photofit yang 30 tahun dahulu tu dah tidak boleh dipakai lagi. Saya beritahu Yang Arif bahawa visa saya malam tadi ialah visa sementara, jadi tak boleh stay lama-lama. Kamera pun tak bawak so tak boleh ambik gambar. Last-last jam 12.30 baru balik, selepas sambung bersembang dengan Wak Man setelah Anson dan Normah balik jam 11.30 tu. Yang Arif balik jam 11 sebab visa expire (opss...silap. Sebab dia ada kawan datang dari Kedah sebenarnya). Sudah hampir 30 tahun jugaklah saya tidak berjumpa dengan Wak Man. Dia masih kurus dan steady macam dulu. Tak ada perut boroi macam kita semua. Rambut pun masih utuh, walaupun malam-malam tidur tak berapa cukup kerana mencegah mungkar di seluruh Melaka. Siang beliau kerja macam kita semua juga. Walaupun dia seorang "celebrity" (ya la, hari-hari masuk paper fasal aktiviti pencegahan maksiat beliau), sifat rendah diri dan "qana'ah" beliau amat terserlah. Tabik Wak Man!! We are honored to be in the circle of your friends.

Azhan Azmi juga telah ditemui berkat usaha Padzilah. Beliau bertugas di TM Taiping. Nombor telefon beliau telah diperolehi. Sekarang pelajar 5SC1 yang belum ditemui ialah Muhammad Abd Rahman, Fatlillah dan Yusuf Hasan. Berdasarkan maklumat dari Normah, besar kemungkinan Muhammad Abd Rahman akan ditemui dalam seminggu ini.

2) Saidi Kadir dan Cikgu Sushama

I must mention this to everyone, even though Cikgu Sushama may not want me to mention it. Cikgu is really awesome. I wish we could all go back to our early days and sit down and learn again in cikgu's class. You are one in a million Cikgu!

Ampun cikgu! Tulisan saya mohon diampun!

Cikgu Sushama has been following our blog from the very first days, ever since I mentioned it to her. And she has been keeping herself updated about issues that we discussed here, including our search for Saidi, and eventually finding him. And lo and behold! Last Saturday, our Dear Cikgu initiated a call to Saidi, her own ex student. I do not wish to elaborate on the details. But from Saidi this morning I got to know that both of them cried. As for the details, I leave it to Cikgu Sushama dan Saidi to describe them for us. I have already mentioned to both of them this morning to write something. I know all of us will be exhilarated to read something from Cikgu Sushama.

It has been an honor to be your students Cikgu!

Saidi Kadir pun sudah mula akses blog kita. Semalam beliau pergi ke cybercafe selama satu jam untuk membaca dan melihat beberapa gambar. Sayangnya beliau tidak berpeluang melihat gambar beramai-ramai yang diambil di Kelang tempohari.


-asmawi mohamad

28 January 2008

5 sas 5

Salam,

Dah lama tak menulis dalam blog ini. Kena pergi seminar di langkawi. Jadual very tight.Pukul2-3 pagi baru habis.Dari 23-26 jan memang tak ada masa yang terluang. Tapi boleh curi-curi baca tulisan kengkawan melalui blackberry.

Banyak yang telah ditulis. Yang paling seronok dapat menatap gambar dan nama kengkawan kelas 5.sas5. Last class aliran sastera. dulu dia orang kata kelas paling corot. Tapi bukanlah tak cemerlang. Betulkan Muhabat? Dia dah jadi bisnesman. Karim Husin dah jadi Pengarah Pentadbiran IKIM. Rufaie Mamat jadi pensyarah dan mahu menceburi perniagaan. Salehudin Md Rashid si ketua kelas tu dengar cerita kerja dengan Bank Islam, tapi tak dapat berita lanjut. Mungkin Muhabat dapat menjejaki mereka melalui talian hayat atau lawatan kerja. Contohnya Hjh Siti Sarah tu dah dapat ditemui. Macamana kengkawan lain? Sesiapa yang mempunyai maklumat hantarlah pada saya atau trekker Muhabat tu supaya kita boleh lengkapkan senarai 5 sas5 ni.

Dulu mula kerja ada jumpa Yusuf Razak yang sedang buat tesisnya. Macam-macam maklumat yang diminta. Mungkin tak habis lagi dengan tesis PHD pulaklah kot.

Md Zaki Ali ( Zakiaq ) terpampang dalam gambar majalah UDA. Puas bertanya tapi akhirnya terjawab bila nombor telefon beliau diperolehi dalam blog ini.

Kepada kengkawan lain jangan segan nak tulis cerita lama. Tak ada kisah Laila Majnun dalam kelas ni setahu saya. Cerita Cikgu Sushama menangis tu adalah. Saya dah cerita kat dia pada 13 Jan lalu.

Wassalam.

Re:Siti Sarah....dah jumpa!

Assalamualaikum sahabat2 semua,
Maaf, saya nak mencelah setelah beberapa hari mendiamkan diri...bukanlah sibok sangat pun, tapi ada hal sikit je...

Hajjah Siti Sarah ditemui
Dalam tempoh beberapa hari ni saya telah cuba menjejaki Hajjah Siti Sarah yang dicari oleh kawan2 khasnya Muhabbat n Datuk Dollah.
Amboi, Muhabbat...tak jeles ke kakak saya kat sebelah tu bila anda masih menyimpan gambar Siti Sarah tu??? Jangan marah ya kak Nab...
Datuk Dollah...bila saya baca tulisan anda mengenai Siti Sarah ni, baru saya teringat mengenai kawan saya dari Langgark, Kedah ni. Betulla...rupanya kami ber 4 pelajar perempuan Kedah tahun 1977. Maaf la Hajjah, saya terlupa...
Sebenarnya. kebetulan pada tahun lepas saya telah menemui Hajjah dalam satu majlis perkahwinan sepupu saya. Kebetulan saya diwakilkan untuk jadi penyambut tamu, dapatlah berjumpa sekejap dengan Hajjah yang mengajar sama sekolah dengan sepupu saya tu.. Tapi..pertemuan tu sekejap ja, sibok melayan tetamu hingga saya terlupakan beliau. Bila Datuk Dollah sebut semula fasal Hajjah, baru saya teringat semuala dan saya hubungi sepupu untuk mendapatkan fon no Hajjah. Dapatlah no fon rumahnya. Saya telah cuba menghubunginya beberapa kali, tetapi tidak berjaya...Kelmarin, bermula hari persekolahan, saya hubungi sepupu di sekolah untuk dapatkan fon no Hajjah....dapatlah saya berbual panjang dengannya....Alhamdulillah...
Hajjah Siti Sarah sekarang ni mengajar di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar, A. Star. Dulu, dia masuk form 6 sekejap, lepas tu ke maktab, sama dengan Muhabbat kan...Beliau mempunyai 4 anak, 1 lelaki 3 perempuan. Yang sulung 23, lelaki, dah kerja kat Proton S.Alam, Yang ke 2 n 3 masih di IPT, yang bungsu form 5 di Sek.Men Sultanah Asma. Suaminya dah meninggal 4 tahun lepas...Dia minta saya sampaikan salamnya kepada semua kawan2 yang bertanya khabar mengenai dirinya, khasnya Muhabbat, Dollah n Nik. Sesiapa yang berhajatkan no fonnya sila hubungi saya..

Husin n Ariffin:
Amboi3x...kawan saya yang berdua orang ni betul2 buat saya kecik hati tau...sebabnya Jumaat lepas si Arifin dah datang ke UiTM tempat saya kerja n tempat anaknya belajar ni, jumpa anaknya, tapi dia tak jumpa saya pun... saya pernah ngajar anaknya semester lepas. Nak jadikan cerita si Husin bagitau saya Ariffin nak ke rumahnya...Isyk2 tak patut la dia orang ni kan.. Lepas tu saya call Ripin,n dia minta maaf...OK, saya maafkan, lain kali jangan buat lagi tau!

Cikgu dan Ustaz kita:
Pertemuan semula dengan Pak Soenaria dan Ustaz Idham...amat syahdunya menatap wajah terbaru mereka berdua. Terimakasih kepada kawan2 yang berusaha keras menjejaki mereka semua. Betapa besarnya pengorbanan mereka mendidik kita semua, hanya Allah yang layak memberikan ganjarannya, amin ya Allah.

Anson n Ibu2 sekelian:
Chon..petang jumaat lepas Anson call, dapat cakap sekejap je kerana saya nak ke kelas. Keesokannya saya call semula, dia dalam perjalanan balik kg... Dari pemerhatian saya sejak blog ni wujud, nampak sangatlah Anson begitu aktif bersama moderator kita Asmawi n Fuad, ke sana ke mari pada setiap pertemuan.. Selain Kamilah dan beberapa orang lagi ibu2 kita dalam pertemuan di Kelang dulu, mana lagi yang lain2 ya? Harap2 kita dapat jumpa di KIK nanti, InsyaAllah...
Sekian dulu untuk kali ini..

Dollah, aku ni memang tak boleh diam la...he he ..
Wassalam - Che Pah di Perlis-

Updates

Azhan Azmi:
Saudara Azhan Azmi 5SC1 telah dapat dihubungi oleh Fuat tadi, dengan pertolongan dari Padzilah Said. Beliau bertugas dengan TM Taiping.

Azami Ghani:
Saudara Azami Ghani 5SC2 telah menghubungi saya melalui email tadi, disamping memberikan no. telefon beliau untuk dihubungi. Beliau mendapat tahu kewujudan blog ini melalui Sanusi (budak 5 Sas 3 dari Kelantan).

Tajuddin Jalil:
Saudara Mustafa Mohd Nor telah dapat menghubungi Sdr Tajuddin Mohd Nor, Pengawas 5 Sastera 1 dulu tu. Beliau bertugas dengan JKR Kuari Pekan Awah.

Pak Soenaria:

Bapak atau anak-anak beliau telah mengakses blog kita jam 630PM semalam. Welcome, Ahlan wasahlan dan Selamat Datang ke teratak Blog kami ini Bapak!

Semua orang yang dapat dihubungi semula itu rata-ratanya amat terharu dengan pertautan semula persahabatan lama ini setelah 30 tahun.

Header Blog:
As you can see, the header of this blog has been changed today, nak bagi nostalgik lagi bila tengok bangunan lama tempat kita selalu lalu lalang sebelum ke kelas.

Taaruf:
Wak Man mencadangkan kepada saya supaya kita mengadakan taaruf semula dengan semua rakan-rakan yang telah dapat dicapai oleh Blog ini. Saya sedang merangka format taaruf ini supaya kita dapat mengumpulkan maklumat yang optima mengenai kawan-kawan seperjuangan kita semua. Jika ada apa-apa cadangan, sila emailkan saya. Demi menjaga privacy kita semua, taaruf ini akan diadakan di grup maya (egroup) form5kik77 di Yahoogroups.

-Asmawi Mohamad

Nostalgia KIK77

As..kum kwn2 semua, bila buka blog pagi terbaca berita Pak Senario..memang banyak kenangan dengan beliau...masih ingat lagi seluar jeans memang tak boleh pakai di KIK...so ramai kwn2 yg sorok seluar jeans mereka....bila balik cuti ramai lah yg melaram tukar pakai jeans atas keretapi...tapi malangnye jeans yang saya sorok bawah almari telah dapat dikesan oleh prefect..so disimpan oleh warden(Pak Senario), bila habis exam SPM , jadi sape yg nak ambil jeans mereka boleh jumpa warden...rasenye tak de sorang pun yg gi ambil...Tapi dapat bergaya dengan jeans atas keretapi menjadi satu kebanggaan....hahaa,

Utk sahabat ku Mustapa...gambar tu masa saya gi Jordon lepas raya tahun lepas...skrg (golf)handicape berapa?, Utk makluman semua kwn2 yg masih ingat atau baru teringat kembali saya ..skrg saya attach dgn Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, ...Salam juga utk saudara Naim Hasan, harap masih ingat kat saya lagi, Dr.Husni, Dr.Fauzi, Saudara Arpi, Syed Hussein..dll, nanti teringat saya tuliskan nama ....ok.jumpa lagi

Halimon

Kampus UUM dan Matrikulasi Kubang Pasu

Assalamualaikum semua sahabat2/ kawan dan taulan !!!!

Rasanya kebanyakan sahabat2 mempunyai anak2 yg besar2 dan ada yang sedang menunggu keputusan spm...kemungkinan nanti ada yg akan dapat melanjutkan pelajaran ke UUM dan Matrikulasi Kubang Pasu....

Rumah saya hanya beberapa km dari dua pusat pengajian tersebut...jadi kepada semua sahabat2 yg mungkin akan datang nanti saya memperlawa utk bertandang kerumah or mungkin nk minta tolong booking hotel dan sebagainya demi kemudahan sahabat2 terutama yg datang dari jauh....Insha allah...boleh diuruskan setakat yg mampu.....
hp 0125585941
Sekian ....
Husin Changlun.

27 January 2008

Bapak Soenaria Sasmita 3 - Syukur Dapat Menatap Gambar Bapak

Assalamualaikum WBT,
Terima kasih Sdr Muhabad, saudara telah menyambung usaha Sdr Asmawi dengan menghubungi Pak Soenaria dan petang ini saya dapat menatap wajah terkini Pak Soenaria. Syukur Bapak dan Ibu Sihat. Kamilah juga beruntung dapat bercakap dengan Bapak Soenaria. Kebijaksanaan dan kemahiran kita dengan dibantu oleh Teknologi telah menjayakan usaha kita. Dalam tempuh satu bulan lebih sikit saja kita sudah dapat berhubung dan mendengar celoteh suka duka masa kini dan masa silam kita di KIK.

Perjalanan Masa

Difahamkan Bapak Soenaria yang kita ingati di Lahirkan pada tahun 1940. Pada tahun-1975,76,77, Bapak Soenaria bertugas mendidik kita di KIK. Masa itu usia Bapak Soenaria 35,36,37, th, berdasarkan tarikh lahirnya pada tahun 1940. Sekarang tahun 2008 ini bermakna usia bapak dalam linkungan 68 tahun. Pada masa Bapak Soenaria bertugas mendidik kita usia beliau adalah 10 tahun lebih muda dari kita sekarang. Pada masa itu usia bapak 35,36,37.

Kebanyakan kita dilahirkan pada tahun 1959 (rakan dari kel. dan kedah). Ada kalangan kita lahir tahun 1960 (rakan dari Trg, Melaka dan Perak) dan kalau tak silap ada seorang yang lahir tahun 1961. Kita saling kenal mengenal, bekawan dan belajar bersama semasa berusia 16,17,18 tahun ada hingga 19 dan 20 tahun. Sekarang kita dah berusia 48, 49 tahun...

Dalam erti kata lain, perkenalan dan persahabatan kita telah masuk 3 dekad. Jubli Perak kira sudah lepas. Kita tak sambut jubli perak sebab dah lepas. Ya Allah, panjangkanlah umur kami dan guru-guru dalam keadaan sihat walafiat. Kami ingin berjumpa lagi bersama kawan-kawan dan guru kami untuk dua dekad lagi dan lebih...iaitu pada tahun 2027...dan lebih tujuh tahun selepas wawasan 2020. Teruskan perhubungan kami dan waris kami...seperti yang telah terjalinnya hubungan kita dengan anak kepada guru kami Bapak Syaiful yang telah sudi menghantar gambar bapanya untuk tatapan kita.

Salam Ukhuwwah selamat sejahtera. Wassalam.
-mustafa mohd nor-
27 Jan 2008

SALAM DARI KOTA BARU ( 2 )







ASSALAMUALAIKUM WBTH
Teman yang di rahmati Allah

Saya baru terima e mail dari anak Bapak Soenaria di Jakarta
tatapilah wajah terbaru Bapak .......................... SubhanaAllah
MAHABBATEIN

Assalamu’alaikum Pak. Muhabad,
Berikut saya kirimkan beberapa photo ayah (Pak. Soenaria) dan photo saya untuk bapak.
Mohon maaf saya search di laptop baru dapat photo tersebut. Insya Alloh nanti saya akan kirim photo ayah lainnya yang lebih baik.
Sampai bertemu di Jakarta pak tanggal 7 Februari mendatang.
Terima kasih pak,
Wassalam

Syaiful









SALAM DARI KOTA BARU

ASSALAMUALAIKUM wbth

Teman yang di rahmati Allah sekelian

Saya masih di Kota Baru , selepas sesi JEJAK KASUT dengan teman teman KIK 77
Pagi tadi lepas subuh saya dah taip dua muka surat mengenai pertemuan dengan rakan rakan di KB . Malangnya ada virus kat hotel ni , habis semuanya. nanti balik Melaka saya akan karang semula.

Cuma saya nak kawan kawan kongsi bersama WAJAH terbaru Ustaz yang kita sayangi , malam tadi kami ke rumah beliau , cerita lanjut menyusul kemudian,,,,, SubhanaAllah





Ustaz Idham - Moga Allah merahmati Ustaz @ Keluarga

MAHABBATEIN

WakMan di pagi minggu



Assalamu'alaikum wbt.


WakMan doakan semua sehat dan tabah dalam menghadapi ujian hidup di era globalisasi. Teman2 dah berusia 48 - 49 tahun. Ada yang sehat, yang sakit dan ada yang telah pun meninggalkan dunia yang fana' ni. Wakman pun dah tua 49 tahun. Pagi minggu ni wakman cuba sempatkan masa walaupun ada sepasang merpati dah kena tangkap subuh tadi. Baru cal Zaki Abd Rahman, tanya khabar berita dan wakman dapat no.teman sekelas Mokhtar Abd Latif (Kelantan), WakMan cal dia, rupa-rupanya dia cuti sakit kat UTM Skudai. Ramli Awang bolehlah ziarah mokhtar tu, Ahmad Rupaaei dengar dah tukar bidang, dah tak de kat UTM, jadi bisnessman kot, kalau banyak untung jangan lupa menabung kat Blog ni, banyak projek kebajikan yang nak di atur, betul kan Mawi?, Bantu kami, tolong kami, wakman nak kau orang semua berjuang, berjihad melawan hawa nafsu tu.Teman2 yang kat Johor tu, spr Bibik Afrinah, Ct Kitiyah, ct fatimah (kau orng berjiran kan) tolong ziarah Mokhtar tu, isterinya seorang guru. Jangan marah kalau WakMan ni mengarah kau orang (jaluk ngapura se akih-akih}. Ok lah, wakman nak gi program motivasi anak (Thn 6), doakan kejayaan semua anak-anak kita supaya menjadi anak-anak Soleh Solehah. Teman yang sakit makanlah ubat dan berehat, Teman WakMan yang sehat, tolonglah tulis cerita dan nasihat kat Blog ni. Wassalam.


WakMan5sasa5KIK1977.

26 January 2008

Tak Dapat Jumpa Saidi...

Assalamualikum WBT,
Pagi ini saya dan Asmawi mendapat berita dari Rahiman katanya Saidi Kadir akan ke Kuala Lumpur dari rumahnya di Lurah Bilut. Beliau bersama keluarga akan ke Kg Dato' Keramat di alamat: N0.5 Jalan AU1A-3E,Keramat Permai dekat surau untuk menghadiri kenduri. Saya ingat keluarga rumah berkenaan mengadakan kenduri. Saya, Asmawi dan Dr NorBakry bercadang ke sana kebetulan kami tinggal berdekatan dengan kawasan berkenaan. Saya keluar rumah sebelum pukul 1. Dalam perjalanan Asmawi sms dia lewat sikit sebab nak bersama Dr NorBakry yang hanya boleh ke Keramat antara 2.00 hingga 2.30. Saya buat keputusan untuk teruskan ke keramat dan bila jumpa Saidi sambil sembang dan tunggu Asmawi dan Dr NorBakry.

Saya sampai di alamat yang dijanjikan masuk waktu zuhur. Azan di surau dan terus solat. Lihat rumah yang dimaksudkan sunyi sepi. Kemudian keluar lalaki bujang anak tuan rumah. Saya tanya ada tak orang dari Lebah Bilut datang ke rumah? Tiba2 emak dia keluar. Ada dalam pukul 12.30 dia dah pergi kenduri. Masa tu dah pukul 2.00 ptg. Macam mana nak cari tempat kenduri yang kita tak kenal tuan rumah hanya berdasarkan jenis kereta MYvi, warna silver, saya cari sekitar kws parking orang yg datang kenduri tak jumpa... lepas tu call Asmawi yang dalam perjalanan ke keramat permai. Pukul 2 lebih Asmawi tiba... cari lagi MYvi putih CBV 1678. (bedasarkan maklumat Wak Man Melaka) Dr Norbakry tak datang selepas dapat maklumat dari Asmawi. Cari punya cari tak jumpa...

Lepas tu kami ke kedai kopi pekena teh tarik...sambung sembang kat kelang dulu dan balik... isteri dah tunggu...Pukul 5.05 ptg Asmawi call. Dia baru lepas cakap dengan Saidi... dia dah sampai Lurah Bilut. Dia bertolak balik dari tempat kenduri pukul 1.30. Saya cari dia di tempat kenduri pukul 2.00 selisih 30 minit.

Tak apa...panjang umur kita jumpa di Kelang 2.2.08 InsyaAllah. Tn Hj Ab Rahman jangan lupa singgah rumah Sdr Saidi dalam perjalanan ke Kelang. Nanti kita beli kopi Kow dari sahabat kita di Kelang... kopi apa?, Kopi Apa? kopi Apa? kopi ...
Habis cerita mencari sdr Saidi di keramat. Maaf Dr Bakry.miscommunication. Rahiman kata boleh jumpa dia antara pukul 11.30-3.30.

Berjurai Air Mata Petang/Jumaat malam Sabtu...Kuala Lumpur -Changloon, Singapore -Bandung.

Petang jumaat 25.1.08 Ariffin Bakar (Melaka -MRSM Pendang) menziarah Husin Md Isa di Cangloon. Husin sms Mustafa di Bandar Tun Razak. 2,3sms orang Bandar Tun Razak Berderai air
mata...masa tu azan maghrib berkumandang satu masa yang paling sayu dalam satu hari...

Lepas maghrib buka blog. Asmawi foward sms kamilah yang menceritakan dia baru lepas cakap dengan Pak Soenaria di Indonesia (Bandung rasanya). Segarang-garang Pak Soenaria dan se...se...kamilah, difahamkan kedua-dua menangis. 30 tahun punya nostalgia. Itulah realiti hubungan guru yang ikhlas dengan murid. Sabar...InsyaAllah boleh jumpa tu... semua perancangan telah ada. Mari kita berdoa...agar harapan kita menjadi kenyataan.

Cerita Wak Man...
Tahniah Wak Man...anta dah dapat kontact Jamaiah classmate saya yang sentiasa tersenyum. Jamaiah orang penting masa form 5. 77. Suis Loceng di dinding di tepi kepala dia. Cukup masa dia kena bunyikan loceng. Saya rasa dia pun gelabah masa guru sedang syok mengajar di 5 sas 1, cukup masa dia kena bunyikan loceng. Guru yang sedang mengajar kami di 5 sas 1 nampaklah... kelas lain tak nampak...itulah tugas penting Jamaiah selain dari jadi prefect yang sentiasa tersenyum. tak apa Jamaiah...time management...cikgu lain nak masuk pula...Wak Man tolonglah war-warkan perkara ini kepada Jamaiah...

Nostalgia 7 dah sampai...Tkasih Dr Nor Bakry.

Puan Maimun Husin. Guru Bahasa Inggeris Kumpulan D f5kik1977.
Sdr Abdullah Hassan... ini satu permintaan saya... kalau dapat kontact saya sangat suka sekiranya tuan jemput Pn Maimon Husin masa kenduri 2.208. Difahamkan guru lain ada yang dah confirm nak datang...Saya tak ada kontak no beliau. Tak tahulah...ataupun sdr dah jemput...
Ok. InsyaAllah kita jumpa di Kelang 2.2.08

-mustafa mohd nor-

Nostalgia KIK part 7

Tahniah di ats kerja kuat Ramang n the geng.Sejak jd org minyak ni ligat n licik ler mu pulok.Mood nak menulis pun terbantut jap, perasaan sayu n gumbira bercampur. Sampai Kamilah pun terlupa nak ckp melayu, tulis omputih jer.Nasib baik Pak man tak ikut sama tulis Jawa. Bila dpt no tel saidi, cuba contact berkali2,line bz jer, mcm line opis.aku yakin ramai yg try gak.Apa pun aku yakin member kik77 sedang bergayut dgn dia. Aku tabik gak bila bapak senoria dpt di hubungi. Syabas di ats kegigihan sahabat2 semua.

AURA CIKGU.
Pak Senoria- siapa jer tak ingat dia .Misai tebal, bdn sasa.Saling tak tumpah mcm Dicky Zulkarnain, hero filem si 'Bongkok', 'si pitong'.Bukan kah dicky ni pernah berlawan dgn Bruce Lee.Masa tu film Kungfu tengah top. Sampai ada yg beli kasut hitam(kung fu) tu kat kelang.Bapak ni selalu berseluar slack, poket potong melintang.ujung poket tu ada cut turun sikit.Seluar light choklet ada line berpetak kecik2.kekadang sapu tangan dia terjulur sikit dari poket.Bila cerita pasal beliau, wajah Pak Mol pun sure terbayang gak.Rambut kemas berminyak, sikat kebelakang jer.Kesungguhan beliau ajar math memang aku tabik.lagi byk diexplain, lagi bersimpul dan terbelit rasanyer.Kita understood, transition period dan cuba memahami term2 dan gaya bahasa serumpun.
Cikgu Sushama- Masih tegas tp baik hati.Masa jumpa di beryiani klang,Naim pun menyorok2 bila pegang rokok.,'r u smoking'.Naim jwp-'no,no. no teacher'Nasib baik blum nyala api.Naim pun sorok rokok bawah meja.Sampai kat aku lak cikgu tanya 'who is this lady','tell me''TELL MEE'.suara tegas n serius tetap ada.Nasib baik anak naim kecik lagi, dia tak faham. kalau tidak, balik rumah, sure dia report kat mummy, 'tadi ayah takut n nyorok2 jer nak isap rokok'.he2, (sori naim).
Utz Zainal n Naim girls- Kekadang hari cuti atau waktu petang nak gi klas ,terserempak dgn 2 girls anak ustaz. Rupa depa saling tak tumpah mcm girl naim (dlm pic bryiani klang).cuma depa tu besaq sikit.Rambut keriting, mata besaq n sweet jer.geng2 aku kata , bila besaq sure cun nyer ni.Jengok kat porch umah, kreta ford cortina hijau tu ada.Aku heran gak, naper ustaz2 kita ni minat sgt dgn kreta ford. ustaz mad ford escort choklat.Ada sesiapa penah tenyer depa tak. Semasa ustaz zainal jd YB, aku teringat balik, sure anak dia dah kawin n ada brapa cucu Dato' ni.
Utz Razali(Arwah- Alfatihah buat almarhum).-suka tersenyum, baik hati,panic pun slalu gak.Masa dia mengajar dulu, dia risau pasal July paper BM yg dia nak amik nanti.Sbb dia tak pass BM lagi.Dia pandai guna sikologi.Masa dia mengajar di Jln Temerloh, student situ brutal2 sungguh, yg pakai cross pun ada. Dia handle cara diplomasi, dia tidak terus menghukum depa semua. Bab tu aku tabik. Kekadang aku guna petua tu bila menghadapi dilema semasa bekerja. Patut ler isteri beliau sweet jer, cek mek molek.Ada sekali terserempak dia di KIK, sebaya dgn rakan pempuan kita jer, umor lebih kurang 17 tahun jer.
Minggu Orientasi.
Aku tengah mencari pic pakaian beragam masa kita main bola sepak di padang.Ada pakai kain, bju melayu,yg jawa tu mcm jawa betul, termasok Ali Osali, sebiji mcm ceti , mengelit jer nampak dari jauh(maaf Ali), kain putih, dahi ada 3 line cross, siap bawa payung hitam.Masa tu juga selection untuk team bola juga di jalankan .sesiapa yg ada pic tu, kita sama share noh.Depa nak tengok kita ni sporting tak. Cerita keta lipang tu, aku ngan halimon selalu duduk belakang jer,sebab kita tinggi sikit.jadi ikut jer kemana kepala nak gi. selalu terpijak kasut/kaki kawan depan.Kalau nak elak terpijak, kena buka kaki jer.maka jalan pun huru hara gamaknyer. kebanyakn masa ,aku buka mulut jer, tp tiada suara kluar.he2
Masih ingat ker manila kad,potong square, guna pin, cocok kat baju untuk tulis nama2 kita. Semua buatan sendiri. Berapa lama kita kena pakai name tag tu ek.
Waktu nak gi class.
Buku tak byk nak di bawa, sbb byk tinggal di klas.Dah minum pagi, pakai uniform,kita ikut geng masing2,selalu 4-6 org dlm satu group.Selepas cross jln raya,belok kiri, masuk entrance,tepi opis lama tu 4-5 org prefect berbaris ,depa memantau apa2 yg kurang.selalunyer dari gate tu kita dah nampak siapa yg duty.Kalau yg red spot tu, kita jln hampir dgn depa. Tp kalau yg cengih tu, kita jln paling luar, nak touch tepi padang/rumput jer.Sesekali kita nampak team bola sepak ,Zaki(golie- tangan mcm spiderman) dan Azizan (arwah) sedang praktis .Depa semua best jer, tak yah gi klass.Lepas tu kita ada 2 option jln, jln terus ikut jln raya atau belok ikut kedai dobi.Bertemu di porch depan dewan(spot troli roti/biskut cream/kering selalu parking masa rehat),ikut tepi dewan, laluan berbumbung (dari 4 scs ke dewan besaq)dan terus masuk klas 4 sc2.Waktu rehat tak lama, selalu ronda2 gi melawat klas sebelah.Bila kita naik form 5, kita rajin jengok2 adik angkat kat klas bawah, kekadang gi kantin .Ramai gak girl klas aku tak makan roti/biskut kering. Tak tau apa pasai. agaknyer takut tercekik kot,maklum ler masa tu siapa ada bawa air minum atau depa semua dah start amalkan diet.Paling boring 1/2 period yg last. mengantuk semacam jer.especially dry subjects.(Mcm Mus cerita waktu dengar khudbah jumaat)Kalau dapat gi makmal, kita berbaris kat luar, terasa segar sikit biji mata atau cikgu Lemond ajak gi makmal bahasa, kita menyanyi ramai2.Sekarang ni anak aku menyanyi lagu tu semasa di tadika lagi.itu ler di namakan perbandingan antara dua zaman.Tak lama lepas tu terdengar azan zohor dari masjid. Cikgu2 akan berhenti mengajar, menghormati masuk waktu.Jap lagi kita nak balik, terus dewan makan,baca doa,kita soru cukup2.Siapa ingat masa di dewan makan lama kita duduk tempat tu kekal atau berubah2 meja setiap kali time makan.Kekadang hari cuti, lepas kuar dewan, ada org jual aiscream. Beli melalui pagar jaring tu jer.Ais cream potong,kepit dgn roti atau biskut , Alamak , nak gi jumpa saidi di keramat jap. Mudah2an akan berjumpa.insyaalah.
bersambung.......cerita gi klas waktu petang, minum petang, time riadah ,'prep malam' dan cerita student2 yg pernah pengsan sewaktu di KIK.
Sahabat kita wak man, dollah, mus dan sewaktu dgnnyer. teruskan menulis.Aku sokong jer reunion tu dan AJK yg bakal di tubuhkan.Kita pakat datang ramai2, tiada bayaran di kenakan, insyaaalah ada yg bermurah hati nanti jd sponsor. small matter
Bakry

wakman dan saidi


Assalamu'alaikum wbt.

Sobahulkhair, doa dirahmati semua. Wakman baru bercakap dengan Kapten Saidi Kadir melalui no.talian 092375832. Saidi amat gembira dan dia kata wakman orang ke 7 call dia. Anak tunggal saidi (perempuan 19 tahun) yang angkat telefon. Bagi teman-teman di Lembah Kelang atau Kuala Lumpur yang nak jumpa Saidi hari ini, boleh ziarah dia di No 5, Jalan AU 1A/3E, Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur (berhampiran dengan surau). Jangan lepaskan peluang ni, Bakry, Halimon, Mustafa, Naim, Asmawi dll yang membaca berita wakman. Saidi tak de Handphone. Kalau dapat nanti kita bekalkan handphone kat Saidi.
Ok lah wakman nak gi ceramah kat Masjid Tanah, Kg.Halimon n Jalila.
SUKRAN, WASSALAM.

25 January 2008

Wak Man ke Udara.....

Assalamu’alaikum wbt.
Doa semuanya sehat dan gembira disisi keluarga tercinta. Tadi WakMan sempat solat Jumaat kat Masjid Jamek Ar-Rahim, Merlimau. Lepas solat WakMan ziarah kubur Allahyarham Azizian Hamid yang terletak di tepi pagar belakang masjid, masih baru lagi, kayu nesan belum bertukar lagi (Al-Fatihah) . 30 tahun berlalu, hari ini kita bertemu di udara alam cyber,terasa syahdu dan gembira dapat diketemukan dalam suasana yang lebih intim. Budak2 dulu form4-5/1977 tak sama dengan form 4-5 2007 . Jauh panggang dari api, nak mengurat pun tak tahu, apatah lagi istilah-istilah masakini……… nak sebut pun malu. WakMan dulu jadi ahli pustakawan, belajar menaip arab/jawi. Masa itu seronok sebab banyak lawatan dari tok arab, Mesir, Kuwait. WakMan ada gambar tu, rase2nya belakang WakMan yang tengah menaip tu si Mahfuz (orang kuat KDRM), Bapak Moelyadi jadi juruphoto. Rifin (MRSM Pendang) mungkin ingat kat adek cikgu yang jaga perpustakaan itu, tak silap budak Adibah Othman. Rifin, kau tak de ke laptop, nak tulis dalam Blog ni. Penat je si Mawi , Mustafa, Kamilah punya projek besau2 ni. Halimon, gambau kau kat mana tu?, sorang je, .WakMan nak cari teman manja WakMan, Hazizan Hasan, Robaie sadiyo (Kabare?,Waras!), Ismail Hasan dll terutama budak kelas 5sas2. Budak2 perempuan ramai juga tapi mungkin dia orang segan dan malu kot. Mawi boleh semak berapa ramai budak2 form5kik1977 yang curi-curi baca blog ni tapi dia ketawa sorang2 atau dia menangis gembira sebab teringat kenakalan lama tu. WakMan memang suka berkawan, selalu ingat kat kau orang semua. Abd Mugith kat Gurun dah jumpa tempoh hari, Ramli Awang (TRG) WakMan dah ziarah dia kat UTM, dia dah dapat PhD, banyak tulis buku.Sukran Dr.Ramli, buku yang kau bagi tu belum habis dibaca. Ahmad Rufaie x sempat jumpa. Sehari sebelum Raya Korban lepas, WakMan ada kat Sabah, jadi penal forum Konvensyen Nasional Undang2, tak tahu pulak Yunus kat UiTM Sabah, kalau tahu boleh WakMan tumpang semalam kat rumah kau. WakMan pun selalu juga lalu kat Kampong Jawa, WakMan gi Kg.Bukit Naga dan ke Kg.Delek ziarah abang dan adek kat sana, bila lalu kat KIK , WakMan perlahankan kereta beritahu kat anak2, ni tempat buyah belajar, tu asrama buyah, tu masjid buyah gi solat jumaat dan lain-lain, kalau 5 kali lalu itulah benda yang keluar dari mulut WakMan, anak2 kata , buyah cakap benda yang sama. Dia orang tak tahu betapa indahnya bernaung di bumbung KIK. Betul tak Mawi?, Dolah dengan Nik sampai sekarang bernaung kat bumbung KIK. Tadi suami Ct.Aisyah Arifin (kelas 5 ) call, tanya khabar WakMan dan dia kata ,tengah tengok Blog ni, hebat Hj.Abd Aziz Jantan (suami ct Aisyah) tolong tengok bagi pihak isterinya. Ramai ke suami2 yang lain tolong baca kat Blog ni. Kita tunggu apa ct. nak tulis dan ulas dalam Blog form5kik77. WakMan dah jumpa budak singapore tu, Jumaiah Omar, dia mengajar kat Sek.Men Convent Melaka. Asmawi ! Wak Man rase kita kena juga buat Ta’aruf , ringkas je. 30 tahun begitu lama, banyak peristiwa telah berlalu. Kalau yang berkhidmat dengan Jabatan Kerajaan atau Badan berkanun rasa2nya kau orang semua dah dapat skim tinggi2 - S48, DG48, DS52, M52 , M54 , mungkin dah ada yang JUSA C. Yang berkhidmat dengan swasta lagi besau RM9 – 10K. AlhamdulilLah Syukur. Ramai yang dah jadi Pengetua, Pengarah dll. WakMan tumpang gembira. WakMan buruh kontrak je. Budak TiPah pun dah jadi Prof.Madya.Tahniah. Asmawi, Hamid jusoh, Zaki Rahman dll pun apa kurangnya. Tahniah. WakMan dengau ramai geng spmkik77 ada kat UiTM. Rashid Mohd, WakMan jumpa dia kat UiTM Jengka, dia belanja WakMan makan tempoh hari. Abdullah Hj.Said kat UiTM Lendu. Sazali Termizi, pasal apa kau diam je kat Unisal tu, tulislah sikit kat Blog ni. Mejar Ruhaimi sidek masih kat Perak ke? , terima kasih hantau kad raya beberapa tahun lepas. WakMan masih 1 paku (2nd Leftenan), lepas ROTU/PALAPES UKM, WakMan tak joint mana-mana Kem walaupun ada tawaran. Masa kat KIK WakMan tak masuk Kedet sebab mungkin Dolah, Kak Ani, Semawi, Husin tak kasi sebab WakMan kecik nau.Ustaz Ku Hamid hebat jadi orang kuat Kedet KIK. Yahya Daud dulu kat BIMB Melaka tahun 1980an, Abdullah Ahmad (Kedah) pernah bertugas di JAIM tahun 1990an dan pindah semula ke JAKIM dan telah pun meninggal dunia (al-Fatihah). Beberapa tahun lepas WakMan pun dikatakan telah meninggal dunia, Ustaz Robani Hj.Yusuf (PUM Melaka) meninggal, maka tersebar berita WakMan yang meninggal dunia, ada yang telefon, ada yang ziarah. AlHamdulillah WakMan masih hidup dan masih boleh menulis kat Blog ni. Jambatan persaudaraan telah dibina, justeru itu jangan leka, jangan bertangguh, kukuhkan ukhuwah kita semua. Ada syair Arab menyebutkan, Kerja hari ini jangan dilewati, Kerana malas menyusuk diri ,Di hari esok kau belum pasti, Mungkin lemah datang lagi, Selesaikan kerja hari ini, Jangan ditangguh sampai pagi, Siapa jamin di esok hari, Malang tak berbau datang dekati.. Maaf, coleteh wakman agak panjang . Wassalam. WakMan 5sas21977

Telefon dan SMS dari Bapak Soenaria

Saya telah menelefon Bapak Soenaria sebentar tadi dan memaklumkan kepada beliau tentang inisiatif yang sedang kita lakukan, reunion, blog ini, serta pertemuan kita tempohari dengan beberapa orang guru di Kelang. Bila saya sebut semua nama-nama guru yang hadir, semuanya masih diingati beliau, termasuk Cikgu Sushama dan Cikgu Shahrom. Tentang suara sebak dan terharunya tu, usah diceritalah. No words can ever describe it appropriately.

Selaras dengan "mood" dan harapan ramai orang yang menelefon saya, saya telah menyampaikan undangan kepada Bapak dan Ibu untuk datang ke majlis reunion kita nanti. Kita akan uruskan soal tambang kapalterbang pergi balik dan penginapan Bapak dan Ibu di Kelang nanti.

Bapak Soenaria mohon kita doakan kesihatan beliau supaya dapat datang ke Malaysia nanti. Beliau akan mengesahkan kedatangan ke sini pada pertengahan bulan Februari nanti. Seperti dijelaskan oleh Muhabbad, sejak sebulan yang lalu beliau hilang selera makan. Saya maklumkan juga kepada Bapak bahawa kita akan mengirimkan gambar saiz 8R yang kita ambil ramai-ramai di Kelang tempohari untuk kenangan beliau melalui Muhabbad yang akan ke Jakarta pada 6/2/2008 nanti.

-Asmawi Mohamad

Pak Soenaria dan Saidi: Catatan Kamilah

(saya mendapat izin dari Kamilah untuk forward emel beliau yang dihantar ke form5kik@yahoogroups. -Asmawi)

Assalamualaikum semua!!!

Managed to speak to Pak Soenario today. It was so emotional. We both broke down so many times and Pak Soenario refused to put the phone. He kept repeating "Pak rindu dengan kamu semua".

There are so many things he wanted say. Mohabbad also spoke to him and insyaalah will visit him on 6.2.08.

Mohabbad confessed that he is addicted to the blog and not much work get done these days. Mohabbad......trust me, you are not the only one:)

Asmawi, do your thing and invite Mohabbad to the Maya group.

Hj Dramang suggested perhaps we can fly Pak Soenario to KL. Excellent suggestion. Cross fingers, hopefully he can travel.

Dapat bercakap dengan Saidi. Juga sebak...." Ini kamilah ke?........tunggu sekejap sebab saya sebak ni..." Saidi is thankful and excited that his friends remember him. Hj Dramang...you are one mean houndog....pls sniff more names and phone nos.

Juga dapat bercakap dengan Rohana Mahadi. Saya tak ada kereta dan tak tahu Seremban very well, jadi sape-sape yang ada masa jom kita pergi jumpa Ana di Seremban. Ana is doing well and coping with her treatment.

I am sorry to be writing in English. It has been a very very emotional day for me.

UNTUK BAPAK KITA SOENARIA SASMITA A.M

(Gambar diambil di Selat Tebrau, Johor, semasa dalam lawatan Lembaga Ketua Pelajar KIK 1977 ke Selatan dan Singapura).
Berdiri dari kiri: Almarhum Cikgu Mohd Isa Kassim, Abdullah Hj Hassan, Fazial Ahmad, Rabain Hassan, Nik Mohd Rushdi Nik Daud, Fauzi Abdullah, Mohamad Daud, Bapak Soenaria Sasmita A.M.
Duduk dari kiri: Ahmad Samawe Hassan, Saidi Ismail, Ghazali Mamat, Sulaiman Hj Mamat, Nasarudin Che Noh.
ASSALAMUALAIKUM PAK!
DOA' KAMI SEMOGA ALLAH TA'ALA SENTIASA MEMBERI KEBAHGIAAN, KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN KEPADA BAPAK BERSAMA AHLI KELUARGA TERCINTA. IN SYA ALLAH!!!

BAPAK!
KAMI MENGHULUR TANGAN, MENYUSUN JARI SEPULUH MEMOHON AMPUN DAN MA'AF ATAS SEGALA KENAKALAN KETERLANJURAN KAMI ANAK-ANAKMU KETIKA BERPELUANG BERSAMAMU DI KOLEJ ISLAM KLANG, BUMI WAQAFAN, BUMI YANG BERTUAH INI. DI ANTARA KAMI ADA YANG TELAH MEMBUATKAN BAPAK TERASA HATI, TERGURIS KALBU KERANA HASRAT BAPAK UNTUK MENDIDIK KAMI MENJADI INSAN YANG SOLEH BERGUNA KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TERSANGAT TINGGI. TERLALU BANYAK UNTUK DICORETKAN MENGENAI PENGALAMAN2 SILAM YANG PERNAH KITA LALUI WALAUPUN TEMPUHNYA LEBIH KURANG 2 TAHUN (1976-1977). SETIAP PERTEMUAN ANTARA KAMI ANAK-ANAK DIDIKMU ADA SAJA TOPIK-TOPIK BERKAITAN DENGAN BAPAK YANG TERKENAL SEBAGAI WADEN YANG KAMI TAKUT SELALU, KAMI GERUN DAN KAMI SANGAT HORMATI. TETAPI KINI, KAMI SEMUA SUDAH BANYAK BERUBAH! BUKAN MACAM DULU-DULU LAGI. KAMI SUDAH JADI ANAK BAIK! ANAK SOLEH, KAMI SEMUA BEKERJA DAN BERAMAL DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. SEKARANG KAMI CUBA INGIN MEMBANGUNKAN SEMULA UKHUWWAH SESAMA KAMI YANG TELAH SEKIAN LAMA TIDAK DIURUS DAN DIHUBUNG DENGAN BAIK.

BAPAK!
BERSAMA INI SAYA LAMPIRKAN SEKEPING GAMBAR YANG SEMPAT KAMI BERGAMBAR BERSAMA BAPAK YANG MASIH ADA DALAM SIMPANAN SAYA. MOHON IZIN PERKENAN DARI BAPAK AGAR GAMBAR INI MENYEMARAKKAN LAGI SILATURRAHIM KAMI SEMUA!!!

AMPUN PAK, AMPUN....!
WASSALAMUALAIKOM...
abdullah hj hassan
25 jan 08


HIDUP GEN77! KENANGAN LALU SEGAR KEMBALI

ALHAMDULILLAH, ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.
MAHA BERKUASA ATAS SEGALA-GALANYA.
AKU TERHARU, AKU TERKEDU,
AKU BERDIALOG, TAPI ENTAH DENGAN SIAPA?.
MENGAPA BARU KINI TERJADI? YA ALLAH!
AKU JADI SEBAK, SEPERTI BEBERAPA SEBAK YANG PERNAH AKU RASAI SEBELUM INI, TANPA AKU SEDAR MATAKU MENANGIS, SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA ALLAH YANG MEMPERTEMUKAN KAMI SEMULA DALAM DUNIA YANG FANA SETELAH SEKIAN LAMA BERPISAH, MENEROKA DUNIAMU MENCARI SEKELUMIT REZQI ANUGERAHMU SEBAGAI BEKAL TENAGA UNTUK TERUS HIDUP DAN BERAMAL SEBAGAI INSAN HAMBAMU SEPERTI YANG ENGKAU PERINTAHKAN DALAM ACUAN "FASTAQIM KAMA UMIRTA".
DAN DI ALAM MAYA SIBER HASIL USAHA TEMAN-TEMAN YANG SETIA!
TAHNIAH BUAT SEMUA!
AKHIRNYA DALAM BEBERAPA KETIKA SAJA SI ZAIDI DAPAT KITA CARI,
TAHNIAH BUAT HJ DRAMANG! TERUSKAN..... BANYAK MAKLUMAT BERKAITAN TEMAN-TEMAN YANG KITA KETAHUI.
KEPADA BAPAK-BAPAK KITA DAN IBU-IBU KITA, KITA MOHON RESTU ILAHI, BERKATILAH HIDUP MEREKA DI DUNIA DAN AKHIRAT!
PERKENANKANLAH YA ALLAH!
BUAT TEMAN-TEMAN YANG MENDAHULUI KITA KE ALAM BAQA,
KITA SEDEKAHKAN KALIMAT2 SUCI
DAN KITA PANJATKAN DOA KEHADRAT ALLAH RABBUL JALIL
AGAR KESEMUA KITA DAN MEREKA AKAN DIPERTEMUKAN OLEH YANG MAHA BERKUASA DALAM SUASANA YANG DIREDAINYA!
YA ALLAH HIMPUNKANLAH KAMI DI PINTU SYURGAMU DAN MASUKKANLAH KAMI KE DALAM GOLONGAN SOLIHIIIN,
HIDUPKANLAH KAMI BERSAMA PARA ANBIYA' DAN MURSALIIN.
YA ALLAH! TEMPATKANLAH KAMI, DAN SEMUA KETURUNAN KAMI DALAM SYURGAMU!!! AMPUNKANLAH SEGALA KECUAIAN DAN KESALAHAN KAMI
YA ALLAH, YA ZALJALALI WALIKRAM!!!
TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKOM TAQABBAL YA KARIIIIMMM!!!
abdullah hj hassan
25 jan 08

Pak Soenaria Sasmita 2 AllahuAkbar

Tahniah Asmawi dan Muhabad, terima call Muhabad Pak Soenaria Sasmita Sebak...

Itulah SilaturRahim...kita tunggu perkembangan selanjutnya, Muhabad boleh buat anggaran kos perhead package KUL-Jakarta-Bandung-KUL 4 hari 3 Malam. Package ini saya rasa Isteri kita minat nak ikut...maklumlah melancong n shopping. Untuk kita, kita selam dan minum air. Bagi yang telah mula... kita try 18 lubang kat Bandong. Saya tak pernah cuba lagi di luar negeri sebab mahal. Satu lagi di Jakarta ke Bandong kawan kata boleh mandi debu Gunung Berapi untuk rawatan facial. Biar komplection cantik...
Bagus kalau dapat diaturkan...

Sdr Halimon...
Gambar tu kat mane? Casablanca, ke? tak boleh agaklah nak kata kat Florence bukan atau Turin, cerita sikit...

ok
-mustafa mohd nor-

SAIDI KADIR DIJUMPAI

Hj Deramang baru saja call memaklumkan bahawa Saidi Kadir telah dapat dikesan di Felda Lembah Bilut, Bentung Pahang. No. Telefon beliau ialah

09-237 5832

Salam Nostalgia pada semua Kawan2 KIK77

As..kum ...Alhamdulilllah kita dapat berjumpa dan berkomunikasi semula setelah hampir 30 tahun terpisah...pertama saya nak sedekah kan Al Fatihah kepada sahabat saya arwah Azizan Hamid...terima kasih kepada Pn.Jalia, Bakry. Rahiman dan Mustafa Md.Nor kerana menyebut nama saya dalam blog ni...saya lampirkan gambar terbaru saya utk kwn2...terima kepada asmawi kerana usaha murni beliau....teringin nak jumpa kamal Daril, syed dll kwn2 5sc2..bila tgk gambar kelas ..ramai dah lupa...ok nanti sambung lagi...

From,

Halimon

Pak Soenaria

ALlahu Akbar!

Selepas saya tulis nombor telefon Pak Seonaria tadi, Muhabbad call saya bertanyakan lanjut sebab minggu depan dia memang akan ke Jakarta untuk satu trip pelancongan yang beliau uruskan. Lima minit lepas tu, Muhabbad call balik memaklumkan bahawa dia telah dapat bercakap dengan Pak Soenaria. Suaranya macam lemah-lemah sikit, mungkin sebab kesihatan yang terganggu. Beliau telah pensiun dari Universitas Pendidikan Indonesia dan sekarang menetap di Bandung. Umur beliau sudah 70 tahun lebih. Beliau hampir menangis menerima panggilan telefon dari Muhabbad tadi.

I plan to call him tonight. He may not recall me I guess.

Long live Pak Soenaria. Saya pernah kena pelempang sekali dengan bapak! Tapi kena sipi-sipi sahaja. Hang kena jugak kan Fuat? Naim? hang dapat berapa biji malam tu?

Kita tunggu cerita lanjut dari Muhabbad sendiri.

Sementara itu, ini saya lampirkan gambar anak beliau, Syaiful Rahman. Waktu Pak Soenaria di KIK, beliau selalu cerita fasal anak lelaki beliau ini. Sekarang Syaiful jadi ketua Jabatan Akuntasi di Universitas Padjadjaran.

-Asmawi Mohamad

Cadangan Reunion Gen77: Perancangan awal

Assalamualaikum,

Setelah lama berding-dong, saya ingin menulis beberapa noktah sebagai perancangan awal cadangan mengadakan "reunion" generasi SPM Kolej Islam Kelang 1977.

1) Sdr Fuat mencadangkan kita namakan reunion itu majlis "Sirih Pulang Ke Gagang". Saya nak tambah sikit, mencuri istilah Dollah Hasan GEN77, jadi kita namakan majlis itu (subject to changes)

Majlis Sirih Pulang Ke Gagang Gen77

2) Tarikh: Musim cuti sekolah bulan Mac nanti: 7/8 hingga 14/15 Mac 2008. Sorry Kamilah, but we only follow Malaysian school calendar. Too bad!

3) Tempat: Dewan Besar KIK

4) Untuk menjayakan majlis ini, kita kena bentuk komiti. Saya cadangkan nama-nama berikut dimasukkan dalam komiti:
  1. Saya sendiri, Asmawi
  2. Fuat Azahari
  3. Mustafa Mohd Nor
  4. Kamilah Kasim
  5. Abdullah Hasan
  6. Fatimah Hasan
  7. Puaad Muhammad
  8. Noor Bakry
  9. Rahimin Bani
Sila cadangkan nama-nama lain lagi.

5) Jawatankuasa yang perlu dibentuk:
  1. sambutan
  2. publisiti
  3. makanan dan persediaan dewan
  4. program
  5. apa-apa lagi komiti. offhand saya tak dapat fikirkan. Tolong bagi idea

6) Wakil kelas:
Untuk memudahkan usaha menjejaki bekas-bekas pelajar SPM77, saya cadangkan kita lantik wakil bagi setiap kelas. Cadangan tentatif saya:

5 Sains 1: Padzilah Hj Said
5 Sains 2: Zubir Rashid
5 Sastera 1: Husin Isa
5 Sastera 2: Rohani Daud
5 Sastera 3: Siti Kittiyah bt Hj Dakir
5 Sastera 4: Naim Nordin
5 Sastera 5: Muhabat Abd Latif

Ini adalah cadangan tentatif untuk meletakkan nama pada ruang-ruang yang ada. Jika ada revision dan perubahan, sila cadangkan kepada kita semua.

Saya telah wujudkan satu database untuk tujuan ini dan diletakkan di laman yahoogroups kita. Database ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Everything here is still very tentative. But I hope this posting will trigger some intense discussions either here or in our Yahoogroups mailing list so that we can start cracking. We need to get the ball rolling as soon as possible.

-Asmawi Mohamad

Sepatah kata dari pihak penaja :)

Oleh kerana siaran kita agak "slow" sikit pagi-pagi Jumaat ini (Fuat selalu remind saya kalau malam Jumaat supaya baca Yasin dan tidur awal sebab besok pagi nak gi masjid dan kena sujud sajadah- don't worry At. Aku baca Yasin dengan anak-anak malam tadi), pihak penaja ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh beberapa perkara:

1) Blog kita ini sekarang menerima kunjungan lebih 100 orang dalam satu hari. Kebanyakan pengunjung adalah bekas-bekas pelajar Tingkatan 5 1977 yang tahu tentang kewujudan blog ini melalui kawan-kawan atau memang sudah lama aktif dalam blog ini. Perlu juga diingat bahawa selain dari geng-geng seangkatan dengan kita, blog kita ini juga dikunjungi guru-guru kita. Ada beberapa guru yang secara rutin berkunjung ke blog kita. Entah-entah Pak Soenaria pun dapat "access" blog kita dari Indonesia sana. By the way, saya dapat jumpa entry Pak Soenaria di Universitas Pendidikan Indonesia di sini http://fisika.upi.edu/Daftar%20StafDosen.htm. Beliau masih mengajar ilmu fizika di sana :). Siapa rajin nak call beliau, nombor telefon (rumah) beliau pun ada di situ.

So, jangan nakal-nakal sangat tau! So far everything is OK!

2) Kalau saudara/saudari ada alamat emel, sila maklumkan kepada saya di asmawi@gmail.com. Begitu juga jika saudara/saudari tahu alamat emel kawan-kawan yang lain, Setakat ini baru ada 23 entry dalam koleksi emel saya.

3) Saya galakkan saudari/saudari menulis terus ke dalam blog, melainkan jika saudara/saudari sudah mencuba sendiri tetapi masih tidak berjaya kerana apa-apa sekatan jampi serapah yang diletakkan di server tempat kerja saudara/saudari. Jika masih tidak berjaya, emelkan tulisan saudara/saudari kepada saya di alamat di atas. Bukannya apa, kalau tulisan itu terus dimasukkan dalam blog, lagi cepat tulisan itu keluar dan dapat ditatap oleh semua. Kalau dihantar kepada saya dan kebetulan saya pulak tidak online maka lambatlah keluar. Silap2 tulisan tu dah jadi basi.

4) So far, usaha menjejak kawan-kawan lama kita berjalan secara "adhoc" sahaja. Tingkatan 5 SC1 dah hampir lengkap. Kelas-kelas lain agak slow. Saya nak syorkan supaya ini dilakukan dengan lebih sistematik. Lepas ni saya akan tulis fasal hal ni secara berasingan.

Wassalam.

-Asmawi Mohamad

Laaa...

Dollah oiii, awat hang ni....gambaq sopo hang letak tu, makwe hang
masa kat Egypt ke? takkan kot, Nik sebelah hang takkan hang sempat kot...he,he..

Ahmad Rupaai Mamat UTM Skudai




Ini gambar terbaru Ahmad Rupaai Mamat yang Muhabad tanya...5sas5kik77

Muhabad Menyelam dan Minum Air

Petang semalam saya call Muhabad Tuan Travel Agen di Melaka. Dia kata dia akan ke Kota Bharu 26dan 27 Jan 08. Sdr Muhabad prihatin dan nak cari kawan di Kota Baharu kebetulan beliau ada urusan perniagaan di sana. Saya call Ahmad Imran Tahir 5sc1 77 kik. Itu saja kawan di KB yang saya ada kontek. Harap Sdr Muhabad dapat jumpa Ahmad Imran Tahir di Kota Bharu.



Pagi 25.1.08 Muhabad ingat seorang kawan kelantan 5sas5 77, Ahmad Rupaai Mamat, pagi ni saya cari,,, Ahmad Rupaai Mamat sekarang Pensyarah di Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Tel ext saja yang ada, 31848, e mail tak ada...hp tiada rekod.



Rahiman Bani Ada Tugas Berat... Amar Makruf Nahi Mungkar...



Tuan Sheikh Rahiman...anta untung...dapat tugas, kuasa dan authority untuk buat kerja baik. Tapi amat mencabar. Tak apa kata para bijak pandai dan guru pengurusan, Tugas berat kita tukar jadi cabaran... cabaran pula kita tukar jadi peluang...peluang berbakti untuk mencegah kemungkaran. Anak bangsa perlu dididik...mana yang buat salah kita kena halang dengan kekuatan (tangan:kuasa dan authority) dengan dengan lidah bila ada ilmu, dengan hati...itulah selemah-lemah iman...
Hai takut pula bercerita...perkara ini maklumlah cabaran di depan mata sekarang sangat hebat...



ok dulu pagi ni...





-mustafa mohd nor-