28 January 2008

Updates

Azhan Azmi:
Saudara Azhan Azmi 5SC1 telah dapat dihubungi oleh Fuat tadi, dengan pertolongan dari Padzilah Said. Beliau bertugas dengan TM Taiping.

Azami Ghani:
Saudara Azami Ghani 5SC2 telah menghubungi saya melalui email tadi, disamping memberikan no. telefon beliau untuk dihubungi. Beliau mendapat tahu kewujudan blog ini melalui Sanusi (budak 5 Sas 3 dari Kelantan).

Tajuddin Jalil:
Saudara Mustafa Mohd Nor telah dapat menghubungi Sdr Tajuddin Mohd Nor, Pengawas 5 Sastera 1 dulu tu. Beliau bertugas dengan JKR Kuari Pekan Awah.

Pak Soenaria:

Bapak atau anak-anak beliau telah mengakses blog kita jam 630PM semalam. Welcome, Ahlan wasahlan dan Selamat Datang ke teratak Blog kami ini Bapak!

Semua orang yang dapat dihubungi semula itu rata-ratanya amat terharu dengan pertautan semula persahabatan lama ini setelah 30 tahun.

Header Blog:
As you can see, the header of this blog has been changed today, nak bagi nostalgik lagi bila tengok bangunan lama tempat kita selalu lalu lalang sebelum ke kelas.

Taaruf:
Wak Man mencadangkan kepada saya supaya kita mengadakan taaruf semula dengan semua rakan-rakan yang telah dapat dicapai oleh Blog ini. Saya sedang merangka format taaruf ini supaya kita dapat mengumpulkan maklumat yang optima mengenai kawan-kawan seperjuangan kita semua. Jika ada apa-apa cadangan, sila emailkan saya. Demi menjaga privacy kita semua, taaruf ini akan diadakan di grup maya (egroup) form5kik77 di Yahoogroups.

-Asmawi Mohamad

No comments: