25 January 2008

Telefon dan SMS dari Bapak Soenaria

Saya telah menelefon Bapak Soenaria sebentar tadi dan memaklumkan kepada beliau tentang inisiatif yang sedang kita lakukan, reunion, blog ini, serta pertemuan kita tempohari dengan beberapa orang guru di Kelang. Bila saya sebut semua nama-nama guru yang hadir, semuanya masih diingati beliau, termasuk Cikgu Sushama dan Cikgu Shahrom. Tentang suara sebak dan terharunya tu, usah diceritalah. No words can ever describe it appropriately.

Selaras dengan "mood" dan harapan ramai orang yang menelefon saya, saya telah menyampaikan undangan kepada Bapak dan Ibu untuk datang ke majlis reunion kita nanti. Kita akan uruskan soal tambang kapalterbang pergi balik dan penginapan Bapak dan Ibu di Kelang nanti.

Bapak Soenaria mohon kita doakan kesihatan beliau supaya dapat datang ke Malaysia nanti. Beliau akan mengesahkan kedatangan ke sini pada pertengahan bulan Februari nanti. Seperti dijelaskan oleh Muhabbad, sejak sebulan yang lalu beliau hilang selera makan. Saya maklumkan juga kepada Bapak bahawa kita akan mengirimkan gambar saiz 8R yang kita ambil ramai-ramai di Kelang tempohari untuk kenangan beliau melalui Muhabbad yang akan ke Jakarta pada 6/2/2008 nanti.

-Asmawi Mohamad

No comments: