30 January 2008

NOSTALGIA KIK PART 8

Tahniah


aku tabik di ats perkembangan terbaru dari sahabat Gen77 yg dah mula mengunjungi blog dan dah mula calling2 sesama kita. mcm rakan kita kata org melaka ni aggresif sikit,agaknyer cencalok punye penangan. Mus, Mawi, At, sin canglon, cik pah, kamilah n sewaktu dgn nyer tak kurang hebat jugok. Hok lain pong misti pekena budu lebih sikit. Dekat pasar Dato' keramat melambak ada.Dato' lah kita tetiba angin apa yg bertiup, mencurah2 lak idea dia. Bermula dgn pic cik pah ilang skaf , siti sarah di temui etc. Agaknyer dah terkena tegor oleh Nik mai (kononyer garang), terstop cerita dia jap. Tapi karektor kartun mai ler pulok. itu tanda2 nak dapat menantu/tak cukup tidoq atau nak naik pangkat agaknyer kot.sama2 kita berdoa kebaikan untuk sahabat2 kita. Muhabattein pun dah mula fly sana sini, menyelam sambil sempat tangkap ikan. Dpt jumpa ustaz adham n rakan2 lain.uztaz ni penah jd bapa angkat 5Sc2, waktu kita buat hari terbuka, gerai jualan, pakai kupon,beliau mencadangkan menu2 terbaik dari kelate.Wak man lak asyik skodeng n tangkap merpati jer.Esok kita minta dia tangkap gagak2 yg banyak kat KIK pulok.Masa nak jumpa Saidi pun semcm punyer trill.Nak cari kreta myvi dgn plate number CBV 1678.Aku tabik kat usha2 yg ditunjukan oeh mus n mawi..Lupa nak habaq kat mus n Mawi, kalau bawa wak man ari tu sure jumpa. Dia ada ilmu serapah jampi dari seberang plus teropong pendekar DO RE ME. silap2 Jason King dlm toilet pong dia bleh nampak. itu ler bertapa terujanyer kawan2 kita nak berjumpa dgn rakan yg sedang kesusahan. aku bagi 5 bintang.


1977


Tahun yg bersejarah dan bermakna. Diantara lain kejayaan bayi tabung uji/IVF pertama. Ini penemuan kedua dibidang Sc selepas manusia berjaya menjejaki kaki kebulan.Itu pun setelah 20 tahun penyelidikan.Di atas kecemerlangan dan aura 77 ini kita combinekan usha dan komitmen dlm pelbagai bidang n kepakaran masing2,untuk satu tujuan. Dari semangat n perkembangan depa2 semua tunjukan belum pun sebulan usia blog ini di ketahui ramai,aku yakin, kita semua bleh berjaya. Kalau di kira kebanyakan kita cuma ada 6-7 tahun jer lagi produktif years, sebelum pencen dari service.Aku setuju sgt cadangan Dato' lah untuk mengadakan JV or any kind of business. Bukan untuk profit, tp menyediakan pelbagai peluang dan net working dari pelbagai bidang profession.Tak kira taraf/pendapatan tinggi atau rendah.Setiap dari kita ini ada kelebihan,kita olah sama2, guano mu rahmang, ok tak.


MINGGU TERKEDU


Kebanyakan dari kita terkedu dan terharu satelah cerita Pak Senorea, utz Adham , latest development n trill nak jumpa saidi.Kamilah pun nangis (omputih version), Muhabat lak mcm hero bollywod, kalah YB ronda2 di musim pilihanraya, melawat kawasan.Rahmang n geng mcm org minyak ,kidnap kamal daril etc.Kita tunggu cerita depa nak gi di Jakarta nti. Aku rasa kena bawa video cam, rakam perkembangan terbaru. Mantan presiden (Suharto)lak meninggal. kita pun turut menumpang sedih .Nostalgia ni pun terkedu gak nak kuar.


NOSTALGIA DOBI

Number Dobi-Sebenarnyer Mus, bukanyer aku ingat sokmo. beberapa tahun lepas belajar KIK, musin raya, ramai anak saudara datang rumah n menumpang tidur. emak aku pun keluar ler koleksi bed sheet n sarung bantal warna putih lama.aku tengok ada number ( permenant black ink) kat ujung cadar tu.


SURAU BARU,LANTAI PAPAN N KUAT TENAGA


Bila kita mula pindah ke surau lantai kayu, sebelah opis. rasa best gak. Paip air melambak di byk tempat. tp spot yg popular adalah tepi opis tu gak. beratur ler ramai sambil sembang2. Tengok jadual kat notis board siapa duti kena azan, baca hadis lepas sembahyang etc. Paling best kalau Alias zakaria jd imam, suara terang n jelas. Ingat tak kita kena tegur, bila nak sujuk, ramai2 turun serentak,boooom, bunyi cukup kuat. maklum ler lutut touch lantai papan( masa tu lutut power lagi). lepas tu bila time nak sujut, semua maintain senyap ler .Masa usrah lagi ler best, pecah2 dlm kumpulan kecil, wirid, tahlil etc.


HUJUNG MINGGU YG BORING


Paling boring bila turn pelajar girl outing ke Klang. Pelajar laki2 stay back. Ada gak senior boy yg kirim barang kat girl. Malam nanti warung pak ali jadi tempat passing2 barang.Kekadang aku beli news paper kat kedai mamak tepi main road, kena jalan jauh sikit. Aku, limon, kamal biasa masak meggie. suatu hari tu, kita ada 2 kole, 1 heater kita share.mula2 boil air, heater gantung kat pembuka tingkap narco tu, masuk maggie,letak telor. Bila sampai turn kole ke 2, air masak cepat sgt, masuk maggie ke 2,siap letak lada hijau. wap air tu semacam jer, tetiba kluar cicak dari lubang handle tingkap tu, melompat, tp jatuh terus dlm kole yg dah ada meggie kembang. lor, melopong jer aku bertiga tengok insident tu . geli hati pun ada.Apa pun kita share 1 bungkus magie tadi(kole pertama), makan 3 org. ituler setia kawan namanyer.Ada gak kes, terlupa bila panas air, sampai kering air tu, kalau boleh selamat pun, heater tu akan jadi hitam. kes yg teruk heater tu pecah, tersembur coilnyer n putus terus...

PENGSAN


Selain kisah timah pasal sahidah pengsan terkejut dengar jeritan gollll dari blok C, mawi lak masa assembly. Aku teringat masa demontrasi fire drill. Lokasinyer tanah lapang, depan asrama koboi .Pihak bomba ni bakar minyak dlm tong,student buat 1 bulatan, girl n boy sebelah. api besar n asap hitam tebal. pas tu depa curah air, maka menjulang tinggi api tu naik dan kluar bunyi mcm meletop. Tak salah aku tetiba jer 2 org girl tumbang. Nak padam kebakaran minyak gunakan dry powder tak bleh guna ayak.....


BULAN PUASA


Kita merasa gak berpuasa di KIK. memang ramai yg datang dari sek asrama, berpuasa di hostel bukan perkara baru. Tapi yg best masa nak berbuka n sahur, bunyi siren dari masjid tu memang clear. Kita berbuka sama2 serentak. Kalau tempat lain, ada yg dengar radio, tengok jam dan yg paling syahdu, tengok orang sebelah, dah boleh berbuka ker blom.


PIC CAMERON HIGHLAND




(tengok ragam Mawi n Tok At, dari dulu lagi , masa nak snap pic, posing spontan akan datang. Lambaian ketua dan At lak buat gaya tanggo.Aku (xerox style saidi- masa class photo)sedang tengok bulan.Limon, lok.

saidi,mawi,(X jelas), husni, azhan, weldon
bersambung...............
Bakry
p/s- Mus,husing,ad,kamilah......jgn optional retiremen menulis nohhhhh.

No comments: