25 January 2008

Pak Soenaria

ALlahu Akbar!

Selepas saya tulis nombor telefon Pak Seonaria tadi, Muhabbad call saya bertanyakan lanjut sebab minggu depan dia memang akan ke Jakarta untuk satu trip pelancongan yang beliau uruskan. Lima minit lepas tu, Muhabbad call balik memaklumkan bahawa dia telah dapat bercakap dengan Pak Soenaria. Suaranya macam lemah-lemah sikit, mungkin sebab kesihatan yang terganggu. Beliau telah pensiun dari Universitas Pendidikan Indonesia dan sekarang menetap di Bandung. Umur beliau sudah 70 tahun lebih. Beliau hampir menangis menerima panggilan telefon dari Muhabbad tadi.

I plan to call him tonight. He may not recall me I guess.

Long live Pak Soenaria. Saya pernah kena pelempang sekali dengan bapak! Tapi kena sipi-sipi sahaja. Hang kena jugak kan Fuat? Naim? hang dapat berapa biji malam tu?

Kita tunggu cerita lanjut dari Muhabbad sendiri.

Sementara itu, ini saya lampirkan gambar anak beliau, Syaiful Rahman. Waktu Pak Soenaria di KIK, beliau selalu cerita fasal anak lelaki beliau ini. Sekarang Syaiful jadi ketua Jabatan Akuntasi di Universitas Padjadjaran.

-Asmawi Mohamad

No comments: