29 January 2008

Terkini

Ada beberapa perkembangan terkini yang memberangsangkan:

1) Normah Ibrahim, Wak Man dan Azhan

Padzilah dapat menjejaki Normah Ibrahim dari 5SC1 semalam. Beliau bertugas dengan Akademi Latihan Belia di Batu Gajah, Perak. Tidak lama selepas itu, Fuat telah dapat menghubungi dan dapat bercakap dengan Normah. Petangnya, saya telefon Normah yang kebetulan pada masa itu ada di Sogo KL. Beliau berada di Shah Alam kerana menghadiri satu kursus yang akan tamat pada hari ini. Malam tadi, kebetulan Wak Man pun datang ke Bangi, kami mengadakan pertemuan di Restoran Darul Ehsan Shah Alam. Yang Arif, Normah, Anson, Wak Man dan saya sendiri. Normah masih steady macam dulu jugak. Ada empat orang anak. Cuma kalau jumpa besar kemungkinan saya tidak akan cam sebab photofit yang 30 tahun dahulu tu dah tidak boleh dipakai lagi. Saya beritahu Yang Arif bahawa visa saya malam tadi ialah visa sementara, jadi tak boleh stay lama-lama. Kamera pun tak bawak so tak boleh ambik gambar. Last-last jam 12.30 baru balik, selepas sambung bersembang dengan Wak Man setelah Anson dan Normah balik jam 11.30 tu. Yang Arif balik jam 11 sebab visa expire (opss...silap. Sebab dia ada kawan datang dari Kedah sebenarnya). Sudah hampir 30 tahun jugaklah saya tidak berjumpa dengan Wak Man. Dia masih kurus dan steady macam dulu. Tak ada perut boroi macam kita semua. Rambut pun masih utuh, walaupun malam-malam tidur tak berapa cukup kerana mencegah mungkar di seluruh Melaka. Siang beliau kerja macam kita semua juga. Walaupun dia seorang "celebrity" (ya la, hari-hari masuk paper fasal aktiviti pencegahan maksiat beliau), sifat rendah diri dan "qana'ah" beliau amat terserlah. Tabik Wak Man!! We are honored to be in the circle of your friends.

Azhan Azmi juga telah ditemui berkat usaha Padzilah. Beliau bertugas di TM Taiping. Nombor telefon beliau telah diperolehi. Sekarang pelajar 5SC1 yang belum ditemui ialah Muhammad Abd Rahman, Fatlillah dan Yusuf Hasan. Berdasarkan maklumat dari Normah, besar kemungkinan Muhammad Abd Rahman akan ditemui dalam seminggu ini.

2) Saidi Kadir dan Cikgu Sushama

I must mention this to everyone, even though Cikgu Sushama may not want me to mention it. Cikgu is really awesome. I wish we could all go back to our early days and sit down and learn again in cikgu's class. You are one in a million Cikgu!

Ampun cikgu! Tulisan saya mohon diampun!

Cikgu Sushama has been following our blog from the very first days, ever since I mentioned it to her. And she has been keeping herself updated about issues that we discussed here, including our search for Saidi, and eventually finding him. And lo and behold! Last Saturday, our Dear Cikgu initiated a call to Saidi, her own ex student. I do not wish to elaborate on the details. But from Saidi this morning I got to know that both of them cried. As for the details, I leave it to Cikgu Sushama dan Saidi to describe them for us. I have already mentioned to both of them this morning to write something. I know all of us will be exhilarated to read something from Cikgu Sushama.

It has been an honor to be your students Cikgu!

Saidi Kadir pun sudah mula akses blog kita. Semalam beliau pergi ke cybercafe selama satu jam untuk membaca dan melihat beberapa gambar. Sayangnya beliau tidak berpeluang melihat gambar beramai-ramai yang diambil di Kelang tempohari.


-asmawi mohamad

No comments: