20 January 2008

Jeng jeng!!!

Saya dapat nombor Md Zain Jusuh dari Hj Deramang pagi tadi. Saya agak sibuk sikit hari ni. Anak ramai maklumlah, so tak dapat call dia awal2 tu.

Petang tu si Fuat hantar message kata dia dah dapat contact Jeng. Yang mengharukan ialah ayat Fuat "Tak ada kawan yang tak teruja bila dapat call setelah 30 tahun".

So saya terus call Jeng lepas tu jugak. Dia kata dia amat gembira dapat call dari Fuat. Dan dia masa dia dapat address blog dari Hj Dramang, dia kata dia hampir menitiskan air mata bila tengok gambar lama 5SC1 yang Padzilah hantar tu.

Dia kata selepas tengok gambar-gambar terbaru, dia lagi gumbira! katanya kebanyakannya masih tak berubah. Ada ke patut dia kata "aku tengok dahi mu luas macam dulu lagi". hahaha!!

Sekejap tadi Jeng mintak password dari saya. Tak sampai 10 minit selepas saya berikan password, tup tup tulisan sulung beliau sudah terpapar di blog. Tak sangka Jeng begitu canggih. Dalam diam-diam, tanpa kena ajar itu ini, dia dapat publish tulisan dia untuk tatapan kita semua.
Alhamdulillah. Blog kita ni semakin hari semakin rancak. Untuk makluman semua, akses hari ini adalah yang terbanyak dalam sejarah, melebihi 80 orang. Banyak tu! Dan setiap akses tu masa dia lama-lama pulak tu, menunjukkan betapa perhatian kita terpaku kepada tulisan dan paparan yang ada di dalam blog. Selepas 30 tahun memang banyak cerita yang nak ditulis dan banyak cerita dan gosip yang nak dikongsikan. Akses paling lama ialah selama 145 minit dan membaca 59 halaman dalam blog ini. Tak boleh cakap dari mana dan siapa :). Mak aiii...145 minit tu lama oiii. tak terbuat kerja lain la.

Wassalam.

-Asmawi

No comments: