20 January 2008

Beberapa update

1) Abdul Rahman Jusuh:

Hj Deramang dah dapat "trace " si Mohd Zain Jusuh "Mat Jeng" (Weldan, Fuat, Fauzi: you all ingat tak kita selalu buat pengumuman dolu2: "DARI DEWANG BANDARANG KUALA BERANG, INILAH DIPERSEMBAHKANG, MAT JENGG JUSUH!!!". Alhamdulillah, semakin ramai dapat kita jejaki sekarang.

Beliau juga sudah "confirm" akan datang ke kenduri majlis perkahwinan anak Nik Mahizan dan Abdullah Hasan pada 2/2/2008 nanti. Beliau akan sampai Jumaat petang 1/2 dan mencadangkan kita buat majlis "reunion" tak resmi pada sebelah malamnya di mana-mana. Maybe kedai mamak pun ok. Beliau sedang memujuk Kamal Daril dan Mohd Zain. Sure pecah satu dewan ni kalau Mat Jeng, Deramang dan Kamal Daril ada sama-sama. Jom kita join ramai-ramai malam tu. Hari Sabtu kita tak kerja, so boleh stay late sampai pagi kalau bini tak marah :).

(nota kaki: cakap fasal bini ni: ye la kita ni umuq 47 baru dapat jumpa balik kawan2 lama. So, secara tiba-tiba, muncul banyak nama dan watak baru dalam hidup kita yang bini kita tak pernah familiar. Weldan la, Fuat la, Yang Arif la, Anson la, Bakry, Husin dan macam-macam lagi. Sampai anak saya pun dok sebut "abah dah dapat geng baru sekarang!!" Tambahan lagi saya dengan Fuat selalu dok bersms malam2 sampai jam 12 lebih, sampai bini dok sebelah pun jadi curious. Betul ke laki aku ni dok sms dengan someone nama Fuat. Entah-entah kat handphone, keluar nama Fuat Azahari, tapi sebenarnya kat belakang ialah seorang girlfriend or bini lain :) :) . Kadang-kadang Fuat hantar sms jam 12.30 malam, masa kepala dah dok atas bantal, tanya "dah tidoq ka??". Tak ke suspicious orang sebelah tengok mesej macam tu malam2 buta. :):). Ye la kami dah 30 tahun tak bersoreh. Banyak la ceritanya. Apa-apa pun sekarang kami dah kurangkan bersms tengah-tengah malam :). Tak baik untuk kesihatan di usia 48 tahun ni.

2) Projek Gazebo/Pondok:

Ustazah Nik Mahizan call saya semalam memaklumkan bahawa sebenarnya sudah ada 4 orang ahli PIBG yang berjanji nak buat Gazebo/Pondok. Megat Iskandar Pengerusi PIBG mungkin tidak memiliki maklumat terkini tentang status inisiatif tersebut sebab beliau sudah lama tidak datang ke KISAS.

Instead of guna duit itu untuk buat Gazebo, Ustazah cadangkan kita gunakan duit tersebut untuk menurap lantai musalla asrama putera dengan "tiles". Saya rasa ini satu idea yang baik. Kita juga akan tulis bahawa projek tersebut adalah atas usaha bekas pelajar tingkatan lima tahun 1977.

Setakat ini saya sudah terima 5-6 perakuan/janji/pledge untuk memberi derma. Terima kasih dan jazakallah khairan. Mungkin dalam sedikit waktu lagi kita akan mula menerima wang-wang tersebut. Buat sementara waktu, semua sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun RHB saya (email me for details). Saya telah minta no. akaun bank dari Nik Mahizan supaya semua sumbangan untuk projek ini disalurkan terus ke sana selepas ini.

3. Saidi Kadir:

Nik Mahizan juga jelaskan kepada saya semalam bahawa beliau akan cuba mengumpulkan maklumat terkini mengenai Saidi daripada adik perempuan beliau yang mengajar di KISAS juga. In fact Saidi pernah melawat adik beliau itu beberapa tahun lepas dan singgah di rumah Nik Mahizan dan berbual di luar pagar seketika sebab Abdullah tiada di rumah pada masa itu. Memang Nik "confirm"bahawa Saidi telah pun sakit berat pada masa itu. Mudah-mudahan dengan usaha Nik itu kita akan dapat "trace" dan seterusnya membantu sedikit sebanyak penderitaan saudara kita itu.

4. Nik Mahizan dan Abdullah:

Saya kena angkat tabik spring kepada Dollah. Dia call saya untuk bertanyakan login dan password blog kita malam tadi lebih kurang 9.50 malam sewaktu saya memandu di Tronoh. Bila saya sampai ke KL jam 12 malam, tengok-tengok posting dia sudah siap terpapar di blog. Omputih kata "seamless and painless". Jam 10.02 malam lagi. Siap dengan gambar lagi! Tak sangka PK KISAS kita ni begitu mahir dengan penggunaan blog. Tabik Tabik. Orang lain bila lagi? Yang Arif? hang menghilang ke mana?

-Asmawi Mohamad

No comments: